Tuesday, December 30, 2008

Adieu 2008,It's been nice knowing you.

Selamat tahun baru beta ucapkan kepada semua ahli-ahli Pasukan Ingin Berhibur.Semoga taun baru neh kasik lagi banyak benda best dekat korang.Taun lepas kita tak pergi mana-mana pun.Beberapa orang ahli pulak pergi trip ke Genting,maaf sebab tak dapat ikut.Nampaknya taun depan kita patut adakan trip yang lagik best,lagi best dari Trip Langkawi dulu.

Cadangan semua boleh taruk je kat sini.Jangan risau tak akan ada bantahan atau apa.Wiken jugak kita boleh buat apa-apa aktiviti.Macam Boys Night Out ke,tak kesah la ape-ape.Makan besar bersama rakan-rakan ke.Yang tak dapat hadir tak apa,sebab kitorang tau korang busy dengan kerja,awek dll.Semua cadangan boleh korang letak dekat post.Letakkan details macam tempat,masa dan aktiviti sekali.

Akhir sekali,apa kata kita letak kan azam baru kita dekat komen pos ni(aku tau gila-bapak-poyo-tapi-pegi-mampos).Ngah bosan ni kat opes.

Monday, December 29, 2008

Hookah Session

Ok semua ahli-ahli pasukan ingin berhibur.Bagaimana dengan keadaan masing-masing di lokasi tempat kerja.Aku tau ada segelintir yang sedang tidur tengah hari dan ada yang lari dari kerja (Ini sumpah bukan Pejol,bukan Pejol yang lari dari kerja lepak umah Zaid) pagi ini.

Pada sabtu lepas.Beberapa orang ahli telah mengadakan re-union secara kecil-kecilan.Antara nya Pejol,Arep,Paan,Gab,Zopak dan Ger.Tempat bertempat di kedai Arab(Bukan Arab b. Ramlan) di Damai,Ampang.Semua ahli sesak nafas setelah menghisap hookah a.k.a sisha selama dua jam.Arang tukar tiga kali mana tak rasa nak pengsan.Semua yang hadir cuma berborak-borak matang serta dewasa.Dialog seperti:

Paan : Ko tau tak perut aku ni perut idaman gadis.Tengok bila aku gelak dia vibrate.

Gab yang mula-mula tadi membuat cubaan mengempiskan perut bila gadis-gadis lalu di hadapan mula menunjukkan rupa sebenar perut beliau.Mungkin beliau terfikir kebenaran kata-kata Paan itu.Zopak dah mula pening-pening lalat sebab tak berhenti-henti naga.Pejol pun dah mula surrender dan Arep pulak terpaksa pulang segera kerana hal tertentu.

Selain itu,ada rahsia-rahsia ahli pasukan yang terbongkar.Salah seorang dari ahli pasukan pernah berkata 'Raoup tuh jambu lah,jambu tonggek' ketika foundation dulu-dulu.Ini aku tak nak bagitau siapa yang keluarkan ayat ini.Tetapi boleh tanya pada ahli-ahli yang hadir ke meeting kecil-kecilan itu.Semua berikutan kehadiran Raoup di kedai Arab itu,tetapi sumpah rakan-rakan,dia duduk di meja lain.Tak ada kaitan dengan kami.

Sekian.

p/s:weekend bila-bila jum lah lepak lagi.Zopak dah menginap di rumah aku dah.Weh aku 'hit the gym sebab free-lah',bukan sebab aku Fan mamat tuh,cipet.

Sunday, December 28, 2008

Baek Punya Cilok...!!

salam sejahtera rakan2, sahabat2, taulan2, dan lain2.

seperti mana yg kte sume tahu, incik Stopek a.k.a Syafeeq mengalami keadaan "baek punya cilok".
atau lebih dikenali sbg kecurian yg dilakukan dikala beliau x sedar.
stakat yg diketahui, beliau telah kehilangan desktop(yg korg slalu men pes tuh), gitar electric dan amp.
dianggarkan(anggaran aku sahje) sejumlah RM4000 telah terkorban akibat perbuatan si lahanat yg pandai dlm aktiviti2 sebegini.
takziah di ucapkan kpd incik Stone, benda dah nk jadi.

peringatan kepada rakan2 yg lain, specially to those yg duduk kat umah sewa @ umah bujang, silalah berhati2 ketika meninggalkan premis anda.
biasanya, org sebegini akan "usha" line dlu b4 die pecah masuk rumah.
make sure kunci sume pintu, tingkap tutup, selimut lipat, tuala sidai, spender pakai, dll, dilakukan sblum meninggalkan rumah utk ke kerja or ke mana2.
to those yg ada bilik sendiri, bolehlah mengunci bilik dengan solex, selak, tombol, mangga dan buah-buahan lain utk mengalih perhatian pencuri daripada memecah masuk ke dalam bilik.
tp, pencuri zaman skarang da terer, a.k.a xnoob dah macam dulu.
diorg xguna pintu, sebaleknya, menggunakan atap @ siling utk memecah terjun masuk ke dlm rumah.
wlwpun dah mmg xley nk wat per da klw die masuk ikot siling, at least, simpan lah barang2 berharga tuh kat tmpt tersorok.
susah2, bwk lah pg tmpt kerja.
tp jgn bawak anak pulak, mahupun binatang ternakan, nnt org pandang pelik.
xdilupakan, kejadian samun di waktu malam.
pastikan korg tdo kunci pintu, or tdo atleast 2 person per room.
mende neh utk mengelakkan sbrg kejadian buruk, klw sorg tuh kene ikat, yg sorg lagi tuh dan lar nk hempuk pencuri tuh.
tp, klw due2 kene ikat. pasrah ajela.
biasanya, diorg akan mintak duit, bagi ajela, konpem2 abeh kuat dalam wallet korg ad rm50 jeks.
so, better slamat nyawe dr slamat duit.
tp klw mintak kereta, hamburkan segala carutan dan makian.
pastikan dalam bahasa turk, timor leste mahupun bahasa2 yg mungkin xdikenali.
klw diorg bodoh, mungkin diorg ingat korg panik.
tp klw diorg bijak, mungkin diorg ingat yg korg tgh bagi arahan cmne nk larikan diri, so ad possibility yg korg mungkin kene jotos smpi pengsan.
tp, perkara terbaik ialah mengucapkan "nandaiyo?' berulang2 kali.
mungkin diorg akan givap utk berkomunikasi ngan anda.

so,
pape pun, jadikan lah kejadian yg terjadi dan mende dah jadik neh sbg iktibar, bukan bendera berkibar.
pastikan keselamatan anda, keluarga, anak2, cucu2 dan harta benda berada di keadaan tip top.

Monday, December 15, 2008

Selamat Berinternship

Selamat menjalani internship rakan2.Walaupun tempat tak same dan jarak plak jauh2,kalo ade aktiviti jangan lupe roger.

Wat rakan2 di KL,Shah Alam dan kwasan sewaktu denganye dijemput memeriahkan aktiviti futsal seperti butiran di bwh:

aktiviti:futsal
ari:sbtu (20/12/2008)
waktu:9-10pm*
venue:sprt plnet subang grand (dulu sunway)*
contact person:safuan (safuan11@gmail.com) /aku bole juge

* subject to change,kalo rmai nk join mayb tuka tempat dan tambah mase

Sunday, November 16, 2008

BBQ Sebelum Internship/Habis exam.

Aku sebagai salah seorang pemegang mohor-mohor besar 'Pasukan Ingin Berhibur',mengutuskan supaya kita jalankan aktiviti terakhir sebagai penutup semester,bagi menyambut kehadiran program internship dan habisnya exam untuk semua course.Hell yeah!

Semua tahu,aku wakil bebudak civil memang marah macam pukaimak sebab paper kami habis lambat.So aku cadangkan kita buat BBQ ni hari sabtu malam.Tak kisah ada majlis tari-menari ke selepas itu,tapi aku harap semua pemegang mohor-mohor besar dapat hadir.Paper dak EE habes hari kames,Meki hari jumaat,Chemi pon hari jumaat gak.Tak jadi masalah kan?Mungkin ada pussy yang balik awal.

Sile berhubung dengan Zulfadli Ahmad(ha!korang mesti tatau sape neh) untuk masukkan nama.Semoga semua dapat hadir.

Ciao bello.