Monday, March 16, 2009

Selamat Hari Jadi encik BonBon

Di sini aku sebagai wakil kelab unggul Pasukan ingin Berhibur dan kelab paling lama bertakhta di hati,'SOlO rider' since 1987 dengan motto 'solo rider never dies' , ' glory-glory solo rider' dan sebagainya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Encik Rahman b Rosli a.k.a Bonzer a.k.a Bondon a.k.a Isabel(wow pun keluaq sekali).Semoga dipanjangkan segala-galanya,umur,rezeki dan bermacam-macam lagi hendaknya.

Aku dengar ngko dah jadi Rakan Masjid,clarify kat sini?

Wednesday, March 4, 2009

Movie Review: Street Fighter, Legend of Chun Li

Okay,ni ada segmen baru untuk blog ni. Movie Review. So kalo korang ada tengok movie dan rasa mahu komen atau recommend movie tersebut di sinilah tempatnya. Jangan malu jangan segan sila update sahaja.

_______________________________________________________________________

Hai kawan-kawan. Ingat Street Figther? Korang semua mesti pernah baca komik dia atau lebih dikenali sebagai Jaguh Jalanan masa zaman zekolah dulu. Paling koman pun mesti korang pernah main game Street Fighter di Playstation, computer mahupun arced masa ponteng tuisyen dulu-dulu.

Hari Sabtu lepas, sempena meraikan mapley dari Melaka iaitu Billy turun ke syurga dunia,,maka kami beramai-ramai memeriahkan majlis outing ke Midvalley untuk melihat movie. Siyesly agak rasa cam dak sekolah habiskan masa terluang di shoppimg complex petang-petang yang sepatutnya dihabiskan dengan bermain wow, dota, ataupun football manager.

Dijadikan cerita movie yang dipilih ketika itu ialah Street Fighter, Legend of Chun Li. Mungkin pemilihan movie dilakukan atas factor kecomelan Kristin Kreuk bagi Paan. Aku memang sebab minat Street Fighter.Haha. Expectation aku tak tinggi masa tu. Kalau mutu cerita dia kurang sikit macam X-men aku dah puas hati. Namun apakan daya, harapan tinggal harapan.

Secara ringkas, perkara-perkara ni yang membuat aku turn off untuk menikmati movie tersebut:

Camera angle yang kantoi
Serabut! Masa adegan lawan-lawan tuh pening kepala aku tengok. Fokus dekat sangat. Tak menarik.

Pemilihan watak yang tak sesuai
Contoh Balroq. Mamat nigga tuh muka selenge gila. Cam muka lawak-lawak pun ada. Pilih la muka ganas sikit. Kalau aku jadi director aku akan pilih penggusti WWE, Mark Henry untuk jadi Balroq. Aku rasa dia sesuai. Kalau tak pun Kay ke. Eh. Tak boleh tak boleh. Kay indhu bhakk, bukan nigga.

Custom / character tak detail
X-men pun custom dia tak accurate. Tp at least smart lagi. Movie ni plak, custom dah la tak accurate, rambut watak-watak pun tak betul. Vega rambut ikal mayang cam model syampu. Kaman la. Sila ikuti dialog ini:

Zopak : Vega ni hensem. Sebab tu dia pakai topeng. Nak protect muka die.
Billy : Aah. Tapi ko lagi hensem. (ada tokok tambah di situ.haha)

Masa tuh Vega tengah lawan ngan Chun Li dan tiba-tiba topeng dia tertanggal. Kitorang senyap tergamam sebentar kemudian gelak terbahak-bahak.

Gila a. Vega hensem kot. Tp dalam movie ni Vega muka macam Carlos Tevez. Carlos Tevez lagi hensem. Adoyai.

Rating bagi suka-suki
Jalan cerita :6.5/10
Visual :6.0/10
Kristin Kruek :8.0/10
Recommendation :Donlod dc++ sudeyh


Kesimpulannya, movie ni agak hasel. Aku sedang menanti Transformer 2 dan Terminator Salvation. Siapa-siapa nak tengok sila ajak aku ok!

Tandasku, Tandasmu Jua..

aku bangun dalam keadaan mamai, yerp, tgk jam skali, hampir2 pukul 5pagi.
"bleh da nk bangun siap2 gi klas." oke2, tipu lar nk gi kelas kul 5kan, sedangkan klas kul 11pon xnk bangun.
grruuuurrr grrruurrrr
"aiseh, kemak lar perot neh, time2 cenggini pun nk cirit...."
slow2 ak bangun dari katel, usha line bwh, kot2 ade makhluk tengah tdo kat kapet ker.
mane taw, terpijak, ade plak tekeluar gegedang telinge.
skali usha, line clear.
turun katel slow, xnk bagi pasha terjage.
time neh, pasha still rum8 aku.
tips pasal pasha neh, klw ko nk gi maner2, jgn wat bunyi wlwpun satu desible.
telinge die menangkap gle bunyik2an neh, sbb ape pon aku sndri xtaw.
pastuh, jgn pasang lampu time die tdo, tros die jage, bangun n men football manager pas ceros.
siap2 pakai tuala, aku bkak pintu bilik slow2, ces, kantoi gak, pasha bkak mate.
eh2, ke die tdo xtutup mate?
mane2 lah, yg aku taw, chirit da dihujung tanduk.
pelan2 aku jalan kat corridor V1 ke arah tandas yg ade kat ujung.
bilik kay cam bese gelap, pejol pon gelap tp pintu tbukak.
bilik nazir, cam xdek makhluk pun.
bilik zopak, aha, com zopak still bunyi cam org men PES.
jalan skek, bilik daud, gelap.
jelot n paan, gelap, mayb jelot tdo sorg2 lagi kot. sbb xprasan lak paan kat bilik gab awal2.
bilik toge, lampu meja idop. kentang tol stadi.
slow2 masuk tandas, bile mase lak banjir tandas neh.
ade org wat masak megi hape.
tibe2, dengar bunyik pintu tandas tbukak.
crreeeaaaaakkkk
"binatang mane plak bkak tandas slow2 neh, neh bikin bulu ketiak tegang neh..."
xdek tapak kaki plak tuh, da bepeluh2 da aku tunggu kat luar pintu tuh.
maw jek ak terjun masuk bilik toge.
tibe2, masyaAllah.
makhluk paleng besar, berselubung dan mengerikan.
hanye tuhan jek taw, cmner tekejot smpi ilang rase nk chirit.
naseb bek jantong aku xbenti..
"kah kah kah kah~!!!!"
"wei, pehal ko pakai comforter masuk jamban neh? ilang tebiat ape?? berselubung lak tuh"
"aku saket perot, malas nk bangun dari katil, tp xnk melepas kat katel, so xnk bagi ilang feel, aku bwk comforter.." ssambil tersengih selambe GORI menjawab.

Tuesday, March 3, 2009

AKTIVITI BERFAEDAH LAGI MENGHIBURKAN



jom?

Apa kaitan Gab dengan putu mayam?

Mula dari post ini,aku mencadangkan supaya kita mula menulis pasal bende yang penah berlaku pada zaman muda-muda dulu(bajet da tua),yang lawak atau yang sedih atau yang gembira.Nama watak tak perlu ditukar tapi cerita yang berunsur 18SX atau 18PL perlu diubah nama nya.Tetapi dengan nama yang yang berkaitan dengan watak seperti gunakan terma 'bulu','dada' dan sebagainya.Aku tak rujuk kepada siapa-siapa hahaha.

_______________________________________________________

Kisah bermula.

Mende ni jadi sekitar zaman foundation 2nd sem,masa tuh kita duk kat v1 indah permai.Aktiviti harian adalah ke padang untuk melihat cachedon* dengan menunggang motosikal.Aktiviti ini tidak boleh dibuat secara sangat berjemaah yakni 2 orang sudah mencukup untuk mengelakkan cachedon* berprasangka buruk terhadap aktiviti pasukan yang suci murni ini dan tak tersangkal huduhnya.

Maka ada lah satu hari ni salah seorang ahli pasukan,Gab mempunyai masalah dan beliau mahukan ketenangan.Lalu beliau ajak 2 orang kawan beliau,Nazir dan Paan untuk ke UiTM untuk menyaksikan cacherdon* secara live di kafe sana.Maaf kepada ahli pasukan yang tak diajak untuk memeriahkan suasana yang sudah sedia meriah itu.Kadang-kadang hasil dan kadang-kadangan hasel.Sebab kadang-kadang akan dapat makhluk amfibia berjantina dua.

Dan hari itu lain plak jadi nya,Gab ajak kitorang pergi Lumut sebab dah alang-alang nak keluar baik jauh terus.Kami pun mengikut ajakan beliau.Dengan dua buah motorsikal,satu Kuda Silver Vs125 yang memang sedia pemes tersadai di mana-mana akibat ketiadaan minyak dan satu lagi samada moto ger tak pun moto mantis daud.

Kami pun teruskan lah perjalanan.Sekali tuh aku nampak ada lori treler panjang dan tiba-tiba Gab memotong lori treler yang sungguh panjang itu.Aku dan Nazir kaget dengan tindakan beliau.Sehingga kami ingatkan Gab dah rasa dia dah lama hidup dan mengakhiri nyawa beliau dengan lori itu.Aku cuba mencelah-celah dan cuma melihat apa sebenar nya terjadi.

Rupa-rupanya.

Gab sedang berborak-borak dengan lelaki india yang menjual putu mayam.Beliau buat gaya ingin menahan moto tersebut.Moto itu enggan berhenti dan lelaki india itu membuat isyarat tangan mengatakan tak ada lagi putu mayam.Gab kelihatan hampa kerana tak dapat makan makanan kegemaran nya itu.Jikalau ada putu mayam segera dijual di pasaraya,pastilah beliau borong sehabis mungkin.

Aku dapat simpulkan Gab kelihatan mesra dengan lelaki india itu dan makanan kegemaran beliau ialah putu mayam.Haha.

Sekian salah paham yang berlaku,kaget gile babi kut tibe-tibe mamat tuh potong lori trelar panjang nak mampuih,ingat nk bunuh diri ke ape,sekali nak beli putu mayum.haktuihh.Aku rasa Gab mase tu tengah luangkan masa dengan pakcik die kat atas moto.So sweet.hahaha.

Ok rakan-rakan.Segera tulis post tentang kenangan lalu.