Tuesday, November 17, 2009

Saturday, November 14, 2009

Tuesday, November 3, 2009

Petanda-petanda Besar

Ya, seperti tertera di atas adalah tajuk yg paling digeruni oleh semua makhluk sejagat dan jeragat. Mahupun yang hidup di dalam hutan, rumah, gua atawpun kawah muka, semua sudah mula mencari keinsafan. Tidak dinafikan lagi, waktu dan ketika untuk berlaku perkara ini sangatlah dekat sehingga sekiranya anda terkentut sebentar pasti berada dalam keadaan azab. Akibat dari peristiwa yg bakal berlaku ini, perkara2 pelik mula berlaku akibat kerisauan dan kegusaran yg melanda di benak kantung pemikiran. Antara contoh-contoh senarai di bawah telah berlaku di utp yg dapat disaksikan secara live mahupun hltv. Sila teruskan bacaan anda untuk mengelakkan perkara sebegini menjadi sebagai satu adat resam hidup anda.

1. Berlakunya kekejangan ketiak tanpa usul.
Anda dapat rasakan bukan? Aku percaya, lebih dari 50% daripada rakan2 yang membaca post ini mula merasakan kekejangan ketiak yg melampau secara tiba. Keadaan yg memeritkan ini disusuli dengan tangan terpacak ke udara berulang2 kali demi melempiaskan perasaan seksa yg teramat ini.

2. Bertutur tanpa hala tujuan.
Manusia mula bertutur tanpa arah tuju dan kata butir. Perilaku ini semakin kerap berlaku terutamanya di restoran halaman kaum sendiri. Pertuturan tanpa henti ibarat M4 tanpa reload ini disusuli dengan hilaian piruk seperti pontianak menganduk anak 4. Kebiasaannya, topik tutur ini tidak dapat dikenal passti angkara mengikut peredaran zaman semasa. Perbuatan ini juga sering dilakukan semerta selepas sepasukan ahlul2 yg mengalami kekejangan seperti diatas.

3. Mula mengukur saiz kaki.
Sangatlah aib dan pelik perbuatan ini untuk sesetengah orang. Antara perilaku2 yg paling digeruni oleh seumat manusia. Perbuatan ini telah menandakan peristiwa besar akan berlaku dalam masa yang singkat. Antara contoh2 di utp, rakan2 mula sebuk menanyakan "weh, saiz kaki ko brape ar?". "8, apsal? ko nk pinjam kasut aku ke?". "Ish, mana muat. Kecik sangat". "Abestuh? nk besar2 wat ape?". "Aku nk mintak saiz 13, xabes lagi bace, nk mintak tapak muka aku ni biar koma 5hari"

4. Berlakunya bibit2 hubungan sejenis.
Perkara ini berlaku susulan perasaan tidak sempat untuk keluar bilik untuk melayan awek akibat terlampau khusyuk menjalani keinsafan diri. Antara contoh yg paling ketara telah berlaku, terpampang wajah jejaka hensem dan putih sebagai gambar gtok. Memuja beliau dan mendengar alunan lunak suara beliau. Apetah lagi teros kejang ketiak apabila menggunakan nick beliau.

5. Munculnya Naga dan Beruang pelbagai rupa.
Ini adalah petanda akhir yang paling menggerunkan. Bagi manusia yg sudah terlambat insaf, mereka akan secara perlahan2 bertukar menjadi naga ataupun beruang. Kepulan2 asap bengis mula memenuhi ruang bilik dengan rakusnya kerna perasaan amarah dan rusuh terhadap kepingan2 ilmiah terpaksa ditatap. Yang tidak mampu bertukar wajah kepada naga kurun sebelum zaman pra manusia, ada yg berubah menjadi beruang. Perbuatan liar mengaum kesat tanpa henti, tendangan swing terhadap woofer di bawah meja, hentakan halilintar terhadap mosped, tumbukan memecah laluan angin perut terhadap almari.



Nescaya, petanda2 di atas tersebut amatlah digeruni oleh seluruh manusia sejagat yang turut dan bakal mengalami peristiwa agung ini dimana ia menentukan kewujudan anda sebagai manusia berguna atawpun sampah sarap di dalam sinki. Oleh itu rakan2, silalah insaf berojak, berdota, berPES, dan macam2 lagi ber, demi menghadapi final exam yg hide disebalik kotak merah. Goodluck Exam PIB dan rakan2 yang bakal menghadapinya.

Thursday, October 29, 2009

Makan rojak, minom rojak, tidur rojak

Lama a/p llama dah gua tak memajak karya-karya tak munasabah kat blog feveret gua ni. Mungkin sekarang sudah sampai seruan kuil untuk gua melempiaskan sedikit isi-isi sampah untuk pembacaan ahlul-ahlul sekalian.

Untuk pendekatan kali ini wahai paria-paria sekalian, dan seperti mana terteranya tazjuk(ni bukan typo ya azdik-azdik, ni memang gua tulis dalam bahasa ibunda alkhulul yaitu loghat 'Z' biawak handalan) di atas, gua mau hebahkan sedikit mengenai suatu benda yang bernama rojak.

Kalau gua sebut pasal rojak, korang yang bengap ni suma konfem-konfem ingat gua tengah berbual pasal rojak buah mamak. Korang suma salah! Apa yang gua maksudkan rojak ni adalah sebenarnya sebuah channel kat mirc UTP yang sememangnya pazling femes dan juga yang pazling hangat dan pazling ganas dan pazling gila babi dan pazling anak hazram flugenkhunkhaimen achtung lazjubhoz bapak ko nk mampos!

Yah! Channel rojak ni memang superb. Sebab apa? Sebab semua warga UTP yang gila main game counterstrike (bukan tahap gila da ni, tapi tahap tahik keras punya fan tegar permainan counterstrike) akan berkumpul dalam #rojak, masing-masing rakus angkat tangan nk masok prektis jadi gerila handalan seperti Nordin Mat Top. Main CS dalam #rojak ni tak macam biasa beb, sebab ko tak men secara membuta-tuli macam mat dadah hilang jarum. Dalam #rojak, ko men CS dengan penuh tactical dan tawadhuk bai!

Nak cerita pasal macam mana gua boleh terjebak dalam arena #rojak nih memang tak panjang mana pon. Asalnya gua main CS ni, gua add bot je. Lepas add, gua set difficulty bot tuh kosong dan gua tembak je bot-bot yang macam zombie takde akal tu sampai mampos. Lepas habes tembak, gua terkesima sambil senyum secara bajingan depan PC dengan penuh perasaan riak sebab nama gua kill paling banyak. Kalau gua tak add bot pon, gua suroh je geng-geng gua masok join cantas kepala-kepala bot yang dungu tuh(dorang ni pon sama la macam gua, jenis add bot dan buat riak muka bajingan lepas habes tapau suma bot).

Tapi tu suma berubah bila gua diperkenalkan dengan #rojak. Gua semakin hari semakin menghormati game CS ni. Kalo men ngan bot pon, gua da stop buat muka bajingan. Semua bot-bot tuh gua treat macam saudara kandung gua sendiri. Tapi takdelah gua nk buat kenduri tahlil plak kalo gua tembak bot tuh mampos. Agak-agak la.


Diantara member-member gua yang cirit habes melenjan game CS ni adalah pasha a.k.a raub knife boy, roomate gua yaitu bonbon kedondon, panda bear PMS dari pendang yakni alkhulul albab dan roomate beliau, budak punai kecik sang jelot. Kitorang memang dah addicted. Dah sampai tahap kronik dah. Kalau tak pajak men CS dalam sehari, nescaya perangai sekor-sekor berubah jadi perangai ifrit angkasa. Study pon tak boleh nak paham, makan pon tak lalu, tengok awek sendiri pon rase nak ludah je, ni semua sebab kehausan percikan-percikan darah headshot di kala berperang di arena maya CS. Asal keluar je seruan "tung tung tung tung", sekor-sekor dengan pantas type "o/" sebagai tanda "gua nk cirit, gua taknak study,gua adalah terrorist ulung pernah dijana di tanah malaysia ini, dan sapa pm gua time gua in nanti memang nak makan hasel turapan selipar gua!"

Bukan setakat tuh je, perbualan harian pon dah kena influenced dengan CS beb. Skang ni kalo pegi lepak makan, memang tak sah kalo tak borak pasal CS. Memang tak lengkap kalau tak borak pasal benda-benda bangang yang jadi time game. Ditambah pulak yang kitorang ni memang sinonim dengan melempiaskan aksi-aksi bahlol dan noob ketika game, perbualan hangat bakar-membakar sesama sendiri sememangnya tidak lari dalam rutin harian masing-masing. Antara contoh-contoh perbualan time game:

a)"Tembak burung ka bang??"

b)"Hang pasai po idle??"

c)"Kill pls"

c)"Butoh po weyh! Team kami main 4 orang je neh!!"

d)"Yang hangpa berkawad macam pengakap kuar tunnel tuh pasai po!!!"

e)"Aku tatau nk hide mana weyh. Hide atas c4 boleh?"

Kalau la mak bapak ak tahu hari-hari gua dok menembak... T_T




Wednesday, October 28, 2009

Faizal Tahir dan kepentingannya

Okay post kali ini membincangkan pasal faizal tahir dan kepentingannnya kepada industry tempatan. Untuk pengetahuan semua faizal tahir menyanyikan lagu Malaysia satu yg boleh didapati di mana2 outlet berdekatan. Byk manusia membenci akan faizal tahir, tetapi tahukah anda?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Apakah kaitannya article ini dgn faizal tahir, sama-sama kita renungkan..