Friday, January 1, 2010

BBQ

Salam semua dan salam sejahtera. Post patek kali ni bukanlah untuk mengalungkan tahniah kepada sesiapa mahupun membuat bunga kalung. Sebagai mana tertera tajuk, aktiviti BBQ akan diadakan sempena ulang tahun kelahiran Nagieb @ Gab @ Abang Ajib. Disini, saya mewakili Abang Ajib ingin menjemput rakan-rakan untuk menyertai aktiviti ini. Berikut adalah butir-butiran aktiviti:

Location: Port Dickson (Apartment Gab)

Date: 17 Jan 2010

Time: 300pm (Preferably, so boleh terjun laut dulu)

Activities: TBA





  • So kepada sesiapa yang ingin 'in', sila memberi respon di dalam komen ataupun mengontek makhluk-makhluk berikut:
Gab - 013 2167086
Bon - 019 5207017

Thursday, December 31, 2009

Sekalung Tahniah~!



Salam semua rakan-rakan dan taulan. Sempena tahun baru 2010 ni, kita patut mengucapkan syukur sebab dipanjangkan umur. Maklumlah, umur makin tua tapi sekor-sekor bajet muda. Okay, tujuan post ni adalah untuk menjemput ahli-ahli pasukan untuk pergi makan jemput. Boleh la dikirakan jemput, mana tau kot-kot ade tukang goreng baru ker. Maklumlah, perniagaan rakan-rakan kini semakin maju, dengan tertubuhnya satu cawangan baru yang wujud di kota raya Kuala Lumpur. Tidak seperti rakan-rakan lain yang berfikiran sempit dan membuka cawangan di sekitar Universiti Teknologi Petronas sahaja. Oleh itu, mari kita hadiahkan sejuta tahniah kepada En. Nazir yang telah berjaya membuka sinar baru dalam hidupnya. Usahanya yang tidak mengenal erti henti mahupun jutaan capati telah membuahkan hasil.

En. Nazir, seorang yang berwibawa dan kental dalam apa pun pekerjaannya telah berjaya meningkatkan tarafnya setanding dengan rakan-rakan yang lain. Malah, lebih berjaya dari apa yang disangkakan. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan beliau dalam arena mamak ataupun lebih dikenali sebagai 'mapley'. Kegigihan beliau dalam memartabatkan kewibawaan pekerja-pekerja mapley di kalangan siswa dan siswi UTP dan UiTM Sri Iskandar menampakkan hasilnya. Dengan setiap ajakan mapley pasti diiringi 'o/' sebagai tanda setuju dan ikhlas beliau dalam mengusahakan cita-cita dan impian. Kini, hasil beliau melakukan shift-shift malam tanpa kenal penat dan asma, beliau telah berjaya membuka satu cawangan demi memberi kepuasan siswa dan siswi di Kuala Lumpur pula. Oleh itu, kami sebagai ahli pasukan ingin mengalungkan jutaan tahniah di atas usaha anda selama ini.

Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
PS: Ahli pasukan dapat diskaun 20%


Tuesday, December 15, 2009

tshirt pib



atas permintaan ramai, beta secara malasnya telah melakarkan tshirt pib yang terbaru. iya, memang 'lame', so what?~ di sini ada dua design, ala, hitam putih je pon. demi tidak berlaku racism di kalangan ahlul pib yang selalu ke kuil, maka, pilihlah satu sahaja warna yang menjadi idaman kalbu. sila kemukakan pendapat anda diruangan jeritan ye...




Wednesday, November 25, 2009

Hikayat Raub

Ketaksuban Pasha dengan Raub tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, tahukah anda asal usul Pahang? Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Sunday, November 22, 2009

PRENLY!!



V5E VS V5D

- de_nuke

kemenangan telah berpihak kepada v5e, 16-6

- de_dust2

kemenangan juga berpihak kepada v5e, 16-13


v5e
-kay
-toge
-tiq
-pasha
-zahid
-jelot(xpernah main lg)
-hanis
-stopek(import-bombay)
-ask(xpernah main lg)

v5d
-pejol
-nadeem
-bon
-gab
-bani
-pitzmint(import-juga dr bombay)



v5b xmo prenly ke?
kaman


v5b
-pitzmint
-stopek
-topex
-nanai
-kicap