Tuesday, January 5, 2010

Kalau Bosan

kalo bosan xtau nak ape-ape
click link kt bawah tu
macam nais je

1. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

2. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-ii.html

3. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-melayu-iii.html

4. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-iv.html

5. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/alter-terahsia-bangsa-melayu-v.html

6. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/alter-terahsia-bangsa-melayu-vi.html

7. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/alter-terahsia-bangsa-melayu-vii.html

8. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/08/alter-terahsia-bangsa-melayu-viii.html

*http://mistisfiles.blogspot.com

Saturday, January 2, 2010

AZAM TAHUN BARU



Jika tiada azam baru boleh kene tembak ke?



Bosan dengan kehidupan skema muda mudi sekarang yang mahir menterpoyokan azam tahun baru mereka. Azam nak grand je. Gred A punya azam. Azam ni tak boleh kalah. Pasti menang anugerah skrin ni. Si A(nama hanyalah untuk disamarkan sahaja) mengeluarkan kata-kata yang bersifat lipan, aku mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mahu berbakti kepada ibu bapa, negara.perhh. tapi..perilaku selepas itu membenarkan ia di terajang di bahagian kiri muka oleh bilal ketika berlangsungnya khutbah Jumaat yang ke-2. Ibu suruh solat, Haram ingat bile waktu solat. Ibu suruh kurangkan main and study HARDDD. ‘o/’ selalu apabila tiap kali kuar list. Maki hamun lak lepas tu kalau tak masuk list. Pa lagi start list baru la.


Si B(juga seperti diatas, nama hanyalah bersifat samaran sahaja) pula berkata xkan ade 1 pon lecture yang boleh terMISS sem baru nanti. Start je sem nanti , ermmm tolong sign, tolong nyatakan kehadiran aku dengan cara yang indah, tolong memberitakan kehadiran aku kepada lecturer dengan sifat yang sopan dan suci.

Hmmmm.. dusta, nesta, vista, kusta belaka

Seperti lagu ini

“ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

Sakit penyakit,
Penyakit kusta buat aku derita”
*Lucky Laki – Superman

Kesimpulannye apelah azam tahun baru kita yang betul2 true wahai ahli Pasukan Ingin Berhibur untok tahun 2010 ini?

Sila lempiaskan azam kalian semua di rongga-ronga komen di sudut sirat dan suci di bawah ini.

Sekian, selamat tahun baru 2010 dari saya Opah merangkap setiausaha bahagian prejudis sayap kanan P.I.B.

Friday, January 1, 2010

BBQ

Salam semua dan salam sejahtera. Post patek kali ni bukanlah untuk mengalungkan tahniah kepada sesiapa mahupun membuat bunga kalung. Sebagai mana tertera tajuk, aktiviti BBQ akan diadakan sempena ulang tahun kelahiran Nagieb @ Gab @ Abang Ajib. Disini, saya mewakili Abang Ajib ingin menjemput rakan-rakan untuk menyertai aktiviti ini. Berikut adalah butir-butiran aktiviti:

Location: Port Dickson (Apartment Gab)

Date: 17 Jan 2010

Time: 300pm (Preferably, so boleh terjun laut dulu)

Activities: TBA





  • So kepada sesiapa yang ingin 'in', sila memberi respon di dalam komen ataupun mengontek makhluk-makhluk berikut:
Gab - 013 2167086
Bon - 019 5207017

Thursday, December 31, 2009

Sekalung Tahniah~!



Salam semua rakan-rakan dan taulan. Sempena tahun baru 2010 ni, kita patut mengucapkan syukur sebab dipanjangkan umur. Maklumlah, umur makin tua tapi sekor-sekor bajet muda. Okay, tujuan post ni adalah untuk menjemput ahli-ahli pasukan untuk pergi makan jemput. Boleh la dikirakan jemput, mana tau kot-kot ade tukang goreng baru ker. Maklumlah, perniagaan rakan-rakan kini semakin maju, dengan tertubuhnya satu cawangan baru yang wujud di kota raya Kuala Lumpur. Tidak seperti rakan-rakan lain yang berfikiran sempit dan membuka cawangan di sekitar Universiti Teknologi Petronas sahaja. Oleh itu, mari kita hadiahkan sejuta tahniah kepada En. Nazir yang telah berjaya membuka sinar baru dalam hidupnya. Usahanya yang tidak mengenal erti henti mahupun jutaan capati telah membuahkan hasil.

En. Nazir, seorang yang berwibawa dan kental dalam apa pun pekerjaannya telah berjaya meningkatkan tarafnya setanding dengan rakan-rakan yang lain. Malah, lebih berjaya dari apa yang disangkakan. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan beliau dalam arena mamak ataupun lebih dikenali sebagai 'mapley'. Kegigihan beliau dalam memartabatkan kewibawaan pekerja-pekerja mapley di kalangan siswa dan siswi UTP dan UiTM Sri Iskandar menampakkan hasilnya. Dengan setiap ajakan mapley pasti diiringi 'o/' sebagai tanda setuju dan ikhlas beliau dalam mengusahakan cita-cita dan impian. Kini, hasil beliau melakukan shift-shift malam tanpa kenal penat dan asma, beliau telah berjaya membuka satu cawangan demi memberi kepuasan siswa dan siswi di Kuala Lumpur pula. Oleh itu, kami sebagai ahli pasukan ingin mengalungkan jutaan tahniah di atas usaha anda selama ini.

Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
PS: Ahli pasukan dapat diskaun 20%


Tuesday, December 15, 2009

tshirt pib



atas permintaan ramai, beta secara malasnya telah melakarkan tshirt pib yang terbaru. iya, memang 'lame', so what?~ di sini ada dua design, ala, hitam putih je pon. demi tidak berlaku racism di kalangan ahlul pib yang selalu ke kuil, maka, pilihlah satu sahaja warna yang menjadi idaman kalbu. sila kemukakan pendapat anda diruangan jeritan ye...