Salam semua dan selamat berpuasa diucapkan kepada rakan2 kita yg Islam. Memandangkan sudah lame blog ini tiada sebarang update, mungkin disebabkan kesemua rakan2 telah kembali bersatu padu di bawah ketiak masing2. Aku disini ingin meng'update' sket lah memandangkan untuk event kali ni, tak semua dak2 kte join, dan mungkin boleh dijadikan info sedikit. Sebagai mana yg kite sume tahu, "Iro-Iro" merupakan destinasi idaman setiap ahli tatkala menjelma bulan Ramadhan ini, mahupun yg berpuasa, tidak berpuasa dan pura2 berpuasa dengan tanda meggi kari di celah gigi. Ini kerana pilihan makanan yg terdapat di situ amatlah mengiurkan dan mampu menyebabkan perut anda seolah2 sedang mengandung 12bulan tanpa due date. Contoh makanan yg disajikan; sushi, lamb grill, stim bot, deserts, mee goreng, megi goreng, roti kosong dan pelbagai lagi yg mungkin takkan di dapati di ameeth mahupun sithick (Rahman Corner dikecualikan). Tepat jam 640, 24/8/2009, PIB cawangan V5D telah bertolak ke desa Ipoh untuk memenuhkan perut yg semakin kempis dek puasa di IRO-IRO. Ahli2 termasuklah, Gab, Zopak, Arab, Deng, Bon, Pejol, Paan dan Billy. Kesemua dengan muka yg amat bengis kerna lapar, menaiki kenderaan dan memberi tekanan kepada driver2 kenderaan masing2 kerna mendapati moto kapcai c70 lampu bulat dengan selambe jeh melintas kenderaan ahli. Setibanya di Ipoh jam 705 petang, PIB telah menghantar Paan sbg scout untuk mengusha keadaan di Iro-Iro. Panggilan cemas telah di terima oleh ahli kuda putih selang beberapa minit kemudian, "wei, Iro-Iro tutup ar. cmne neh??" Ayat yg dikeluarkan oleh Paan menyebabkan kami merasakan perasaan lapar membuak2. Dengan mood marah, benci, hina, dinar dan deng, kami mula bertolak dari Ipoh Parade dan berjalan di jalanan Ipoh yg licin dek hujan tanpa arah tuju, tiba2 pejol menjerit keriangan "Weh, bkak pose doploh ingget jeh doh." Masing2 cek dompet sambil Bon membuat pusingan di bulatan depan Syuen sehingga pihak berkuasa terpaksa mengejar di bulatan. setelah membuat persetujuan dengan ahli dari kederaan yg lain, kami mencari parking di hotel tersebut. Seperti biasa, Paan menjadi scout sekali lagi. "Cepat2, naik, makanan lahanat byk." Itu sahaja pangggilan yg diterima. Setibanya di hotel tersebut, kami dijemput oleh staff2 hotel dengan red carpet dan menunjukkan tempat duduk VIP yg telah di book. Paan, Deng dan Bon tanpa segan dan malu terus membajak ayam dan cucur akibat terlampau lapar. Pilihan makanan sgtlah agung sehingga terasa ingin membajak kesemua yg ada. Yang pasti, pilihan makanan adalah sgt sedap dan lagi hebat dari Iro-Iro. Kepada rakan2 yg belum cuba, silalah cuba.
Nikmat tak hengat
Lapar smpi xleh nk kontrol
Antara sajian2 tanpa sebarang tudung saji