Monday, August 24, 2009

Mari Berbuka Dan Makan Sampai Sendat

Salam semua dan selamat berpuasa diucapkan kepada rakan2 kita yg Islam. Memandangkan sudah lame blog ini tiada sebarang update, mungkin disebabkan kesemua rakan2 telah kembali bersatu padu di bawah ketiak masing2. Aku disini ingin meng'update' sket lah memandangkan untuk event kali ni, tak semua dak2 kte join, dan mungkin boleh dijadikan info sedikit. Sebagai mana yg kite sume tahu, "Iro-Iro" merupakan destinasi idaman setiap ahli tatkala menjelma bulan Ramadhan ini, mahupun yg berpuasa, tidak berpuasa dan pura2 berpuasa dengan tanda meggi kari di celah gigi. Ini kerana pilihan makanan yg terdapat di situ amatlah mengiurkan dan mampu menyebabkan perut anda seolah2 sedang mengandung 12bulan tanpa due date. Contoh makanan yg disajikan; sushi, lamb grill, stim bot, deserts, mee goreng, megi goreng, roti kosong dan pelbagai lagi yg mungkin takkan di dapati di ameeth mahupun sithick (Rahman Corner dikecualikan). Tepat jam 640, 24/8/2009, PIB cawangan V5D telah bertolak ke desa Ipoh untuk memenuhkan perut yg semakin kempis dek puasa di IRO-IRO. Ahli2 termasuklah, Gab, Zopak, Arab, Deng, Bon, Pejol, Paan dan Billy. Kesemua dengan muka yg amat bengis kerna lapar, menaiki kenderaan dan memberi tekanan kepada driver2 kenderaan masing2 kerna mendapati moto kapcai c70 lampu bulat dengan selambe jeh melintas kenderaan ahli. Setibanya di Ipoh jam 705 petang, PIB telah menghantar Paan sbg scout untuk mengusha keadaan di Iro-Iro. Panggilan cemas telah di terima oleh ahli kuda putih selang beberapa minit kemudian, "wei, Iro-Iro tutup ar. cmne neh??" Ayat yg dikeluarkan oleh Paan menyebabkan kami merasakan perasaan lapar membuak2. Dengan mood marah, benci, hina, dinar dan deng, kami mula bertolak dari Ipoh Parade dan berjalan di jalanan Ipoh yg licin dek hujan tanpa arah tuju, tiba2 pejol menjerit keriangan "Weh, bkak pose doploh ingget jeh doh." Masing2 cek dompet sambil Bon membuat pusingan di bulatan depan Syuen sehingga pihak berkuasa terpaksa mengejar di bulatan. setelah membuat persetujuan dengan ahli dari kederaan yg lain, kami mencari parking di hotel tersebut. Seperti biasa, Paan menjadi scout sekali lagi. "Cepat2, naik, makanan lahanat byk." Itu sahaja pangggilan yg diterima. Setibanya di hotel tersebut, kami dijemput oleh staff2 hotel dengan red carpet dan menunjukkan tempat duduk VIP yg telah di book. Paan, Deng dan Bon tanpa segan dan malu terus membajak ayam dan cucur akibat terlampau lapar. Pilihan makanan sgtlah agung sehingga terasa ingin membajak kesemua yg ada. Yang pasti, pilihan makanan adalah sgt sedap dan lagi hebat dari Iro-Iro. Kepada rakan2 yg belum cuba, silalah cuba.




Nikmat tak hengat


Lapar smpi xleh nk kontrol


Antara sajian2 tanpa sebarang tudung saji


4 jejaka bajet hensem


Kembung dan sendat


Nampak tak tgn pejol kaver ape tuh??


Dua ahli yg masih mampu mentekedarah

Saturday, August 15, 2009

Happy Birthday PAAN @ CENDAWAN



Allah selamatkan kamu incek PAAN @ FARHAN, Selamat Hari Lahir.

Wednesday, August 12, 2009

Dinner Batch July 5+6

Salam semua,

Memandangkan dinner batch sudah semakin hampir, Ismal telah mengadakan meeting untuk melantik committee2 yg bakal menguruskan dinner yg megah lagi gah neh.
Meeting tersebut telah di adakan pada 12hb August 2009 pada pukul 1030 malam dan dihadiri oleh ahli2 batch July 05 & 06, masing2 dengan tujuan samada ingin melibatkan diri ataupun ingin menyapot meeting tersebut.
Gab, Paan, Zopak dan Bon telah menyelambakan diri mewakili PIB untuk menyapot meeting tersebut.
Setelah beberapa perbincangan keras dan gasar, ahli2 untuk setiap committee telah dilantik atas persetujuan ramai. PIB juga tidak diketepikan dalam event yg mengecutkan jiwa dan kerandut ini.

Logistic & Tech - Paan (leader) & PIB (kesemua ahli)

Memandangkan PIB mempunyai ahli yg cukup ramai, PIB telah di lantik sebagai pasukan Logistik dan diketuai sebagai Paan yg merelakan diri untuk mengetuai projek ini.
Meeting mungkin akan diadakan samada di bilik leader ataupun di MIRC untuk memudahkan ahli2 yg cukup malas untuk bergerak. Di harap kesemua ahli PIB akan memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti ini dan mengikuti segala update2 berkenaan event ini. Sila turut layari MyJuly05 untuk sebarang update. Sekian.