Awek Gua tengah posing comel. Geramnyaaa!
Sabtu lepas gua berkesempatan usha awek gua Emma Charlotte Duerre Watson berlakon siri ketujuh filem Harry potter di TGV Wangsa Walk. Kalau nak ikut weekly schedule gua, filem ni gua patot usha jumaat malam sabtu pukol 11:30. Apa nak buat. Gua sama dua ekor hindhu lain memang noob keras malam tuh. Semua gara-gara pajak menebas sampai terlupa redeem tiket on time.
Gua secara zahirnya memang jenis garang. Ramai yang hilang akal bila gua isytihar yang gua ni fan tegar Harry Potter. Apa lu pikir gua tak minat dengan seni-seni hulur tongkat sakti ni? Gua kalau boleh memang nak sangat berlakon filem Harry Potter. Ada ke patut dia amek Daniel Radclife tu jadi Potter. Parut kena pajak dengan Voldermort kat dahi dia tu buat-buat je. Gua siap ada parut original kat dahi dan berlambak lagi di pipi kiri dan kanan. Gua pon pakai spec macam potter. Apa yang kurangnya gua ni di mata mereka?? (lu orang jangan ada hati nk jawab soalan ni)
*******
Asal usul kewujudan Potter dalam hidup gua sebenarnya bermula lebey kurang 7 tahun yang lepas. Time tu gua form 4. Bulu pubis pon masih sejemput. Misai pon baru tumbuh sebelah. Boleh kata gua baru nak up la time tu. Pada masa yang sama, awek gua pon kipasusahmati potter. Gua siap sedekah buku Potter jilid lima time birthday dia yang ke-15. Tapi masa tu gua tak amek port lagi dengan cerita potter ni. Time tu gua memang rocker\grunge habes. Muka nak serius je hari-hari. Kalau boleh nak pegi sekolah pakai sluar koyak-koyak. Tapi apa nak buat. Gua tak sanggup makan penampar cikgu disiplin hari-hari.
Masa gua tengah ralit hisap suria dalam dorm asrama, gua duk perati sekor budak dormate gua ni tengah khusyuk alam baca buku potter. Gua saspek kalau gua toceng sebelah dia pon dia takkan perasan. "Amar. Buku nombor bape tuh?" gua buat-buat tanya. "Nombor tiga. Syok ooo!" jawab member gua ni dengan nada mintak kaki. "Bosan aa petang ni. Malas syal nak gi prep" gua komplen sambil tarik asap suria dalam-dalam. Member gua amar selambe alam campak buku potter nombor 4 arah gua. "Nah. Bace neh. Konpem ko tak bosan!" Gua mula-mula rasa macam nak jek je si Amar ni. Ada ke patut lu suroh gua baca potter. Gua bukan sissy okay. Campak la benda-benda garang/gothik sket kat gua. Baru masok jiwa beb.
*******
Tapi time tu gua memang dah tahap bosan anjeng. Gua lembutkan diri selak buku potter. 8 jam kemudian gua kena gelak besar dengan member gua si amar tuh. Da macam orang bodo gua merayu soh dia kasi pinjam buku nombor 5. Skang baru gua tau penangan potter macam mana. Memang syok syal~
Why I English
2 months ago