Tuesday, November 3, 2009

Petanda-petanda Besar

Ya, seperti tertera di atas adalah tajuk yg paling digeruni oleh semua makhluk sejagat dan jeragat. Mahupun yang hidup di dalam hutan, rumah, gua atawpun kawah muka, semua sudah mula mencari keinsafan. Tidak dinafikan lagi, waktu dan ketika untuk berlaku perkara ini sangatlah dekat sehingga sekiranya anda terkentut sebentar pasti berada dalam keadaan azab. Akibat dari peristiwa yg bakal berlaku ini, perkara2 pelik mula berlaku akibat kerisauan dan kegusaran yg melanda di benak kantung pemikiran. Antara contoh-contoh senarai di bawah telah berlaku di utp yg dapat disaksikan secara live mahupun hltv. Sila teruskan bacaan anda untuk mengelakkan perkara sebegini menjadi sebagai satu adat resam hidup anda.

1. Berlakunya kekejangan ketiak tanpa usul.
Anda dapat rasakan bukan? Aku percaya, lebih dari 50% daripada rakan2 yang membaca post ini mula merasakan kekejangan ketiak yg melampau secara tiba. Keadaan yg memeritkan ini disusuli dengan tangan terpacak ke udara berulang2 kali demi melempiaskan perasaan seksa yg teramat ini.

2. Bertutur tanpa hala tujuan.
Manusia mula bertutur tanpa arah tuju dan kata butir. Perilaku ini semakin kerap berlaku terutamanya di restoran halaman kaum sendiri. Pertuturan tanpa henti ibarat M4 tanpa reload ini disusuli dengan hilaian piruk seperti pontianak menganduk anak 4. Kebiasaannya, topik tutur ini tidak dapat dikenal passti angkara mengikut peredaran zaman semasa. Perbuatan ini juga sering dilakukan semerta selepas sepasukan ahlul2 yg mengalami kekejangan seperti diatas.

3. Mula mengukur saiz kaki.
Sangatlah aib dan pelik perbuatan ini untuk sesetengah orang. Antara perilaku2 yg paling digeruni oleh seumat manusia. Perbuatan ini telah menandakan peristiwa besar akan berlaku dalam masa yang singkat. Antara contoh2 di utp, rakan2 mula sebuk menanyakan "weh, saiz kaki ko brape ar?". "8, apsal? ko nk pinjam kasut aku ke?". "Ish, mana muat. Kecik sangat". "Abestuh? nk besar2 wat ape?". "Aku nk mintak saiz 13, xabes lagi bace, nk mintak tapak muka aku ni biar koma 5hari"

4. Berlakunya bibit2 hubungan sejenis.
Perkara ini berlaku susulan perasaan tidak sempat untuk keluar bilik untuk melayan awek akibat terlampau khusyuk menjalani keinsafan diri. Antara contoh yg paling ketara telah berlaku, terpampang wajah jejaka hensem dan putih sebagai gambar gtok. Memuja beliau dan mendengar alunan lunak suara beliau. Apetah lagi teros kejang ketiak apabila menggunakan nick beliau.

5. Munculnya Naga dan Beruang pelbagai rupa.
Ini adalah petanda akhir yang paling menggerunkan. Bagi manusia yg sudah terlambat insaf, mereka akan secara perlahan2 bertukar menjadi naga ataupun beruang. Kepulan2 asap bengis mula memenuhi ruang bilik dengan rakusnya kerna perasaan amarah dan rusuh terhadap kepingan2 ilmiah terpaksa ditatap. Yang tidak mampu bertukar wajah kepada naga kurun sebelum zaman pra manusia, ada yg berubah menjadi beruang. Perbuatan liar mengaum kesat tanpa henti, tendangan swing terhadap woofer di bawah meja, hentakan halilintar terhadap mosped, tumbukan memecah laluan angin perut terhadap almari.



Nescaya, petanda2 di atas tersebut amatlah digeruni oleh seluruh manusia sejagat yang turut dan bakal mengalami peristiwa agung ini dimana ia menentukan kewujudan anda sebagai manusia berguna atawpun sampah sarap di dalam sinki. Oleh itu rakan2, silalah insaf berojak, berdota, berPES, dan macam2 lagi ber, demi menghadapi final exam yg hide disebalik kotak merah. Goodluck Exam PIB dan rakan2 yang bakal menghadapinya.

5 comments:

ku.mahu.KAY.tahu said...

aku ader 5 paper dlm mase 5 hari
setiap hari adalah exam
T_T
tolonngggggg!!!!!!

wan said...

apa lg..susun tektikel la...cm ne nk masuk bomsite (exam hall)...cm ne nk tk... cm ne nk retake...ahaha.... yg penting jgn men piso :P

|Rb37| said...

huh! ganas gak paper ko tuh...leh blipat gak ar usus prot

ask said...

yg penting jgn main piso.

haha!

syfq amr said...

hahahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahaha

gmbar gtok! fak! hahahahahaha