Thursday, December 31, 2009

Sekalung Tahniah~!



Salam semua rakan-rakan dan taulan. Sempena tahun baru 2010 ni, kita patut mengucapkan syukur sebab dipanjangkan umur. Maklumlah, umur makin tua tapi sekor-sekor bajet muda. Okay, tujuan post ni adalah untuk menjemput ahli-ahli pasukan untuk pergi makan jemput. Boleh la dikirakan jemput, mana tau kot-kot ade tukang goreng baru ker. Maklumlah, perniagaan rakan-rakan kini semakin maju, dengan tertubuhnya satu cawangan baru yang wujud di kota raya Kuala Lumpur. Tidak seperti rakan-rakan lain yang berfikiran sempit dan membuka cawangan di sekitar Universiti Teknologi Petronas sahaja. Oleh itu, mari kita hadiahkan sejuta tahniah kepada En. Nazir yang telah berjaya membuka sinar baru dalam hidupnya. Usahanya yang tidak mengenal erti henti mahupun jutaan capati telah membuahkan hasil.

En. Nazir, seorang yang berwibawa dan kental dalam apa pun pekerjaannya telah berjaya meningkatkan tarafnya setanding dengan rakan-rakan yang lain. Malah, lebih berjaya dari apa yang disangkakan. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan beliau dalam arena mamak ataupun lebih dikenali sebagai 'mapley'. Kegigihan beliau dalam memartabatkan kewibawaan pekerja-pekerja mapley di kalangan siswa dan siswi UTP dan UiTM Sri Iskandar menampakkan hasilnya. Dengan setiap ajakan mapley pasti diiringi 'o/' sebagai tanda setuju dan ikhlas beliau dalam mengusahakan cita-cita dan impian. Kini, hasil beliau melakukan shift-shift malam tanpa kenal penat dan asma, beliau telah berjaya membuka satu cawangan demi memberi kepuasan siswa dan siswi di Kuala Lumpur pula. Oleh itu, kami sebagai ahli pasukan ingin mengalungkan jutaan tahniah di atas usaha anda selama ini.

Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
PS: Ahli pasukan dapat diskaun 20%


2 comments:

Billy Aman said...

style rival wat liputan ni.. care nazir.. disebalik usaha2 bon meng'up'kn ko..bek ko cek celah2 bedah dapur ko nnt..mne tau ad kemiyan ke balutan kain kuning ke..lol

PeJoL said...

bon bg sambutan or sajer jer nk downkan nazir? maklumla..rival