Tuesday, November 2, 2010

Cas-cas Bwackbewwy

Sabtu lepas, orang kuat kuantan yakni cik man baru saja sampai key ell. Cik man ni memang suka merantau. Setiap minggu keje dia drive kereta Lambo bodykit satria beliau merentas semenanjung Malaysia ke sana ke mari. Yang peliknya minyak kete cik man ni sentiasa full. Mungkin bapak beliau ada bukak platform minyak kut kat belakang rumah. Asal habes minyak je saudut masok dalam kereta agaknya. Atau mungkin juga cik man ni orang minyak? Yang tu gua agak kurang pasti.

***

Pada hari sabtu yang sama, gua yang masa tu tengah menyangap tahap kuds melayan kerenah noobshet wowers di battleground dikejutkan dengan vibration henset yang gua parking kat sebelah keyboard. Kat screen henset tertera nama Cik Man. Gua syak dia dah sampai key ell. Mungkin nk ajak lepak agaknya. Memang benar tekaan gua. Cik man baru sampai di rumah pakcik kordi. Itu memang port rasmi beliau kalau ada aksi merentas desa ke key ell. Gua tanpa sangsi bersiap, pakai bedak secukup rasa lantas shoot teros ke wangsa maju yakni kediaman pitmin si kudha liar hitam. Seperti biasa, mapley BRJ memang konfem jadi tempat berkumpul. Gua plak time tu cas-cas demam. Memang gua tak berborak sangat. Gua banyak perati diorang berbual dan juga aksi pitmin yang kantoi tenung betis pondan tepi jalan.

Malam tu sebab gua tak sehat, gua cancel balik puchong. Gua decide nak tidur rumah pitmin. Lakonan cemerlang bersama rakan-rakan adalah perlu untuk convince umi gua supaya bagi green light tido rumah member. Tak sangka abang tough pitmin pandai berlakon. Credits to you ma niggah!

Semalaman gua lepak wangsa, gua banyak duk perati Blackberry curve 3G cik man. Belek punya belek, gua rasa blackberry ni takde la best mana pon. Screen kecik, battery cepat habes, camera blur macam kena salut air ludah, and pricey! Takde point mantap untuk gua rasa perlu pakai bb ni. Si pitmin pon cas-cas belek jugak. Agaknya dia pon ada hati nak tukar phone. Mau taknya, henset dia sekarang dah sama taraf dengan tahi lalat leher ****. Setahu gua, henset nokia yang ada torch light tu geng-geng lombong je pakai. Tak sangka member gua pon ada yang jenis 'asli' dan takde taste dalam membeli henset.

****

Lepas layan men poker, gua layan berak sejam dalam tandas. Penat teran taik punya pasal gua terkolap teros lepas berak. Besoknya gua bangun, semacam ada aura blackberry datang mengaum dalam diri gua. Kalau gua boleh translate aura tu kepada pembaca semua lebey kurang macam ni la bunyi nye "Aum! Aum! beli lah blackberry yer.. awwww!". Gua kaget. Adakah ini petunjuk? Adakah ini tahyul khurafat? Gua stret terjah pitmin mintak pendapat dia. Tanya pendapat si kudha ni memang takda makna pon. Tapi gua tanya jugak. Dia tanpa banyak cerita kata "Kalau hang beli, ak pon beli macha!". Hampeh. Tanya lain jawab lain. Nak bagi penumbuk pon gua agak risau. Gua cuak sket dengan orang badan hitam banyak otot ni.

Cik Man yang time tu tengah cas-cas men wow menyampuk. "Jom kita pi Lowyat dulu. Beli tak beli belakang crita. Usha-usha dulu. Amacam?". Ayat panciiiiiiiinnngg bayek punya cik man bagi. Tapi gua setuju dengan pelawaan syaitan tersebut. Gua sedar, silap haribulan memang gua terpajak beli jugak blackberry ni kang.

****

Sampai je lowyat, teka apa jadi?? Gua bagi hint la. Amek nombor PIN gua ni - 23142D8B.

Keh keh keh..

8 comments:

PeJoL said...

Pit berlakon ajak ko gi masjid ke? Haha

woody said...

Haha. Ak ajak pg cheras je. Dem. Pit kot nak pi lowyat. Katanya nak angkat intelli. Tp tah cmne jd alat komunikasi antara tong sampah serata Malaysia neh.

Tok Aweed said...

bonzer kaki racun!

ku.mahu.KAY.tahu said...

angkuh post hang
tahniah~

syfq amr said...

..tggu la nanti aku beli lori aku update post buat pasal lori. baru hang tau.

Tok Aweed said...

why so serious??

Billy Aman said...

cik man kuat ilmu batin de.. klo de ajak tu.. xd pulus better tempek siap2.. haha

woody said...

Jahat sungguh cik man itu. Mari pukul.