Jika tiada azam baru boleh kene tembak ke?
Bosan dengan kehidupan skema muda mudi sekarang yang mahir menterpoyokan azam tahun baru mereka. Azam nak grand je. Gred A punya azam. Azam ni tak boleh kalah. Pasti menang anugerah skrin ni. Si A(nama hanyalah untuk disamarkan sahaja) mengeluarkan kata-kata yang bersifat lipan, aku mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mahu berbakti kepada ibu bapa, negara.perhh. tapi..perilaku selepas itu membenarkan ia di terajang di bahagian kiri muka oleh bilal ketika berlangsungnya khutbah Jumaat yang ke-2. Ibu suruh solat, Haram ingat bile waktu solat. Ibu suruh kurangkan main and study HARDDD. ‘o/’ selalu apabila tiap kali kuar list. Maki hamun lak lepas tu kalau tak masuk list. Pa lagi start list baru la.
Si B(juga seperti diatas, nama hanyalah bersifat samaran sahaja) pula berkata xkan ade 1 pon lecture yang boleh terMISS sem baru nanti. Start je sem nanti , ermmm tolong sign, tolong nyatakan kehadiran aku dengan cara yang indah, tolong memberitakan kehadiran aku kepada lecturer dengan sifat yang sopan dan suci.
Hmmmm.. dusta, nesta, vista, kusta belaka
Seperti lagu ini
“ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting
Sakit penyakit,
Penyakit kusta buat aku derita”
*Lucky Laki – Superman
Kesimpulannye apelah azam tahun baru kita yang betul2 true wahai ahli Pasukan Ingin Berhibur untok tahun 2010 ini?
Sila lempiaskan azam kalian semua di rongga-ronga komen di sudut sirat dan suci di bawah ini.
Sekian, selamat tahun baru 2010 dari saya Opah merangkap setiausaha bahagian prejudis sayap kanan P.I.B.