Sunday, September 18, 2011

Siri Penjagaan Kaki

Kaki, bukan sahaja digunakan untuk berjalan, berlari dan melompat, malahan, banyak lagi perkara-perkara yang munasabah dan beberapa perkara kurang kewarasan akal yang korang boleh lakukan dengan kaki. So, secara tak semena-mena, kaki ni boleh kata penting jugak la untuk kegunaan harian korang, sebagaimana deodorant penting untuk ketiak korang demi mengelakkan daripada muka korang senget 4inci dari kedudukan asal ketika memegang rel untuk imbangan badan dalam lrt sewaktu perjalanan dari klcc sehingga ke gombak.

Hari ni gua nak bagi tips-tips sikit tentang penjagaan kaki yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa korang. Bukan sahaja kepada kaum wanita, malah juga kepada kaum lelaki maskulin dan juga lelaki yang kurang maskulin.



  • Pastikan kaki anda sentiasa di'kiwi' atau di'wax' setiap pagi bagi sesiapa yang suka memakai shorts ataupun mini skirts sekiranya anda wanita (dan lelaki yang menyerupai wanita). Ini untuk memastikan orang-orang awam dapat mengagumi kelicianan kaki anda dan menjadikannya sebagai cermin untuk membetulkan bulu kaki mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kerja-kerja membuang kemuncup dan gula-gula getah yang melekat pada bulu kaki anda.

  • Lilinkan tapak kaki anda setiap kali sebelum keluar ke pusat membeli belah untuk memudahkan anda meng"shuffle" terutamanya kepada penduduk-penduduk Kelantan yang berdekatan dengan KB Mall. Ia juga tertakluk kepada sesiapa yang ingin melakukan aksi terjun tiruk dari tingkat atas bangunan tersebut untuk memudahkan dan melancarkan aksi-aksi yang merbahaya tersebut.

  • Sentiasa jaga kebersihan kaki anda setiap hari, selain dapat mengelakkan jangkita cekam, ia juga dapat mengelakkan kematian secara beramai-ramai angkara bau kaki yang setaraf dengan toksin gred A.

  • Pastikan kaki anda sentiasa dijaga dengan produk-produk terkini seperti sos black pepper puteri, sos cili thai megi, ajinamoto dan pelbagai lagi. Selain menambahkan seri kaki anda, ia juga memastikan kelembapan kaki berada di taraf optimum. Selain itu, ia juga sebagai penambah perisa kepada sesiapa sahaja yang tiba-tiba termakan kaki anda kerana mulut tiada insurans. Ia juga dapat mengelakkan daripada anda diterajang balik akibat si penerima tendangan sedang khusyuk menikmati dan menjilat kaki anda yang pelbagai perisa itu.

  • Gunakan produk veeet untuk mendapatkan kaki licin lagi seksi tanpa bulu. Anda juga akan dapat menayangkan syiling-syiling dan bekas-bekas tembakan di kaki. Kepada kaum Adam, anda akan dapat bonus ekstra iaitu gelak besar dari rakan-rakan yang melihat kelicinan kaki anda yang tak ubah seperti bapuk di nasi lemak ayam kampung. Anda juga akan dapat mengurangkan dosa kerana memakai seluar panjang 4minggu berturut-turut akibat digelakkan oleh rakan-rakan anda tadi.

Selepas olahan dan tips-tips berguna yang diberikan, diharap kepada rakan-rakan dapat memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kaki masing-masing demi kebahagiaan diri dan pasangan masing-masing ketika diranjang.




PS: Senang cerita, jalan pandang tempat pijak, jangan gelak besar kat adik lu yang jalan terhencot-hencot sebab jatuh tangga. Sekarang, gua nak pegi tandas pon dah nyaris nak pakai kerusi roda.

1 comment:

nazirhussin said...

Veet mmg mujarab.

True story.