Wednesday, May 30, 2012

Gergori Patty, Fingerin Freakin Food

Assalamualaikum WBT

Semalam gua ade naiktarikh blog ni dengan sedikit nukilan tentang dia. Lantas, Gab "The Devil" Gabby Nazaruddin mencadangkan bahawa kita semua berkonvoi secara jemaah, padu ikatan ukhwah, erat silaturrahim, berjabat mesra memeriahkan lagi majlis perkahwinan Mr Gori "BG Bakar" di Terengganu kelak.

Disini ingin gua nyatakan bahawa gua menyokong penuh cadangan beliau dan berharap ahli yang lain akan turut serta menyumbangkan kudrat untuk menjayakan rancangan ini. Sebarang pelan, cadangan, aturcara boleh diusulkan kepada Gab "The Devil" Gabby Nazaruddin.

Dengan ini, gua mengundur diri. Semoga cadangan ini di pertimbangan.

P/S: Untuk maklumat lanjut mengenai cadangan Gab sila layari :

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=2520493783831450981&postID=4115874199365348655

Sekian,

Yang memerintah.

Tuesday, May 29, 2012

Brace yourself, the cult is near

Assalamualaikum Gua tulis ni bukan sebab gua ade idea. Tapi sebab gua takde keje. Lama kemain rasanye tak tulis kat sini. Bak tang gua tulis. Tetapi sebelum itu gua berharap semua ahli sihat walafiat, panjang umur, cukup makan, kurang eksesais, makan kambing. Jangan lupa minum jus tuk guru untuk ingatan yang kuat dan badan yang cergas. Gua ingat gua nak naiktarikh skit la pasal rakan-rakan setakat gua tau. Mana la tau ada yang berminat nak tau sahabat handai buat ape, minum ape, jogging ke tak, mandi air terjun ke, pegi club mane, jual bege ape, duduk mane, naik SBK ke dan lain-lain info yang menarik dan mencuit pelipat. Jadi gua ingat nak start ikut negeri la. Seperti lu orang sedia maklum gua memerintah seremban jadi gua gossip rakan-rakan dalam radius 2 marhalah dahulu. Tapi gua ingat tak jadi la. Boring lak topik ni. Jadi gua ingat nak ucapkan tahniah je kat Tok Guru Aweed Ibnu Suresh Kultus Teratai Tanpa Bayang di atas kejayaan beliau menamatkan zaman single. Semoga berkekalan ke anak cucu. p/s: Gua dengar aweed skang dah start jage adab dan akhlak. Gua harap beliau berjaya menjadi tokoh ilmuwan agama seperti yang dicita-cita kan. Amin.

Saturday, May 26, 2012

Gentle Reminder yang korg leh ikot, tanak sudey

Kejadian pada 10 May tahun ini di GPP A, Kerteh amat menterkezutkan semua pihak akibat letupan kuat kebocoran gas, tambahan pula melibatkan industri o-en-geh-boh. akan tetapi beta bukanlah mahu menceritakan bagaimana kejadian tersebut bleh berlaku kerna punca letupan pon masih menjadi kebingungan pihak petro-othman (dak2 meche club je paham) mahupon pihak contractors. seperti yang korg tau (especially ahlul2 cawangan pantai timur), beta skang bekerja di tempat kejadian dan mangsa yang parah adelah member gua sendiri. jadi, dalam entry ini, selain daripada ingin mengejutkan ahlul2 yang maleh nk hapdet member2 melalui tulisan2 puitis di blog oren, beta ingin memberikan peringatan kepada semua ahlul untuk mempersiapkan/ mereadykan diri sekiranya (mintakla elak ye) terlibat dalam situasi kecemasan, especially bile korg sendiri xsedarkan diri/pengsan etc. 

1. sebelum memulakan sebarang pekerjaan/ aktiviti laknatullah anda, pastikan diri ahlul2 membaca doa ke, solat cukop ke, mintak mahap / memaafkan semua org tak kirelah jikalau member2 anda membuat perangai lahabau mintak makan kaki.

2. henpon. henpon ni memang la important gile babeng. bayangkan jika family / sanak saudara anda gagal dihubungi sebaik sahaja anda ditimpa kemalangan, tak ke sedih member kalau dapat tau lambat mengenai kejadian yang menimpa. tambahan pula kalau2 tak ada org yang sanggup offer kreta ke untuk hantar g spital mahupon kerugian kredit nak call 999 (nub ape,call 999 xya pakai kredit kot!but who knows kalo mmg wujub golongan nub ini). disebabkan keimportantannye yang tinggi, please refer to the list below (ayat biase nk taip emel).

  • Jenis henpon
    • semaken pelik jenama henpon anda, semaken susalah org nk tolong korg. jenama2 cliche spt nokia, sony, samsung, iphone amatlah digalakkan sbb budak2 hingusan berusia 4tahun (billy jgn terase) pon reti pakai fon2 nih. eh, nape blackberry tade dlm list? kajian saintifik hasil usahasama Bersih4.0 mensasarkan henpon canggeh yang dilengkapi OS&GUI berstatus jurassic dengan button navigation pundek menyukarkan bukan pengguna tetap blackberry untuk menggunakan BB dengan efisien lantas panggilan kecemasan kepada sanak saudara anda adelah sukar untuk dibuat.
    • kemahalan henpon juga mampu meletakkan nyawa anda dalam bahaya. bayangkan sekiranya korg hanya mempunyai sorg saksi kejadian, saksi dengan kedekotnye maleh nk pakai fon sendiri. wah, terjumpa pula henpon mahal anda. amek, blah. "ade aku kesah?" kata beliau. seriously beta pernah dengar kes yang bapak mangsa kemalangan mendapat satu panggilan daripada henpon anaknya berbunyi, "encik, anak encik kemalangan kat depan shell Jalan Blabla ." tak sempat bapak dia nk cakap, mamat tu letak fon n off. tapi kire bagos ar mamat tu nk call, kalo dia wat dek je?
  • paswed henpon
    • xyalah nk berpaswed2 bagai. kalo korg xsedar, org yg selamatkan korg pastinya pcah kepala hendak merungkaikan misteri paswed hengpon anda. pemilik hengpon mengenakan paswed bagi tujuan melindungi kandungan henpon. maka sila lah rujuk point nombo 4.
  • nombo kecemasan
    • pastikan korg meletakkan contact person korg yang paling important sebagai nombo satu dalam contact list anda. xkesahlah kalau org tersebot adelah gepren ke, pacar lama ke, parents ke janji bukan shortcut number untuk cek kredit maxis/celcom, *100#??????
    • kalo gepren anda berada di tempat pertama dalam carta contact list anda, pastikan beliau mempunyai nombo untuk menghubungi pihak keluarga anda. kalo bini, sah2 dah ade nombo family mentua kn?
  • kandungan henpon
    • adelah "alamak" dan "memalukan" sekiranya hengpon anda berada dalam genggaman family @ org yg mencopetnye mempunyai kandungan yang memalukan seperti gamba camwhore, aksi2 ganas di bilik air mahupun bersama pasangan, tak dilupakan juga video2 ceramah ustazah maria ozawa. 
  • kredit henpon
    • jgn menkedekotkan diri dengan kredit hengpon anda. korg tatao bile saat penting diperlukan. paling baguih, pakai line tros tp jgn wat lawak bodo untuk lambat baya. perkhidmatan ahlong bukit beruntung masih beroperasi sekiranya terdesak sebagai last opsyen.
  • bateri henpon
    • sile pastikan fon ahlul berbateri penoh. pastinya bateri diperlukan untuk membuat panggilan kecemasan dan family/member anda yang concern akan menghubungi henpon anda berkali2. 
3. papepon jadi kat korg, kuatkan lah diri. jika masih ada peluang, perkasakanlah semangat dan minda anda. sian kat family kot!

itu jelah yang beta nk meremindkan ahlul2 serta diri beta sendri. jaga diri baek2, jgn cari pasai, bermaaf-maafanlah n be awesome. 

Thursday, February 16, 2012

Phuket Mak Btol la!! Part 4

Maaf dek kerna lambat update part 4 ni. Sebok betol minggu ni dengan kerja. Termasuk lah sebok bergegas balik ke Kedah sebab atok meninggal. So dah selesai segalanya baru la layan nk menaip kt blog nie. Korang bosan ke, boring ke bace post aku ni, ade aku amik peduli. Keh3

So, sambung dari Part 3 aritu la yer~......

Phi Phi Yapong Island

Aktiviti utama yang memang dinanti. Spekulasi liar yang bermain di minda selama ini bakal terjawab bila mana kami dah mula menuju ke pulau ni. Selama ini memang digembar-gemburkan yang pulau ini memang memiliki keindahan yang hebat. Mampukah pulau ni memberi saingan kepada Redang? Pagi-pagi lagi kitorang dah terpacak depan hotel menunggu van pickup amik kitorang untuk gerak ke jeti. Masuk van sume orang senyap tanpa kata sebab kene bangun pagi time holiday. Antara pantang2 seorang pahlawan ialah bangun pagi time holiday sebenarnye. Sampai di jeti, snap gambar dan naik ke atas bot ala2 cruise Bruce Wayne. Time tu gua memang rasa mcm nak shoot video clip hip hop. With all the honey tanning atas bot tu, what's not to like. Best. Trip memakan masa 1 jam lebih dari jeti ke Phi Phi island tu. Jauh nak mampos, tapi sebab rasa macam Jay Z sangat tinggi maka boring tu kurang la sikit. Setelah lama atas bot akhirnya sampai la kitorang kat area Phi Phi Island. Memang lawa batu batu yang terpacak kat area tu. Batu yang blocking satu pulau kecik area Phi Phi tu memang menunjukkan kebiruan dan keinzalan air laut yang membiru. Tegang alat-alat sulit ahli melihat keindahan awek yang masuk ke dalam air laut yang biru itu. Eh. Sorry. Tegang sebab melihat air laut, bukan awek laut. Sorry2. Pada masa ini, bagaikan ada telepati, kesemua ahli termenung jauh mengingatkan seorang ahli yang tak dapat join bersama iaitu Pengasas Kultus Teratai Rainbow, Tok Aweed Karipuley ibnu Suresh Maniami. Kerana terlalu merindui Tok Aweed, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan video dan kami tujukan khas kepada beliau agar beliau cemburu buta dan teluka hati apabila melihat video ini kelak.







Sampai sudah ke destinasi kami diberi sedikit taklimat berkenaan kejadian2 yang tak diingini apabila snorkeling terutama sekali terpijak landak laut yang memang banyak kat situ. Risau jugak jadinya tapi memandangkan ada jacket keselamatan kami semua buat-buat berani untuk terjun ke laut kecuali Abg besar Raub yang memang sebati dengan laut dan berkawan baik dengan landak2 tersebut. Malahan landak2 tersebut mencicit2 lari tak keruan kerana bimbang ditangkap dan dijadikan perhiasan dinding rumah beliau atau dijadikan penunjuk kitab untuk adik2 beliau mengaji nanti. Gambaran menakutkan itu sangat ditakuti oleh landak2 tersebut yang hanya mampu statik memerhatikan kami dari bawah.

Snorkelling kat sini agak mengecewakan kerna kebanyakan batu karang yang ada kat kawasan nie kebanyakannya batu karang yang mati. Jadi view yang ada takder la cantik sangat kalau dibandingkan dengan Redang. Oleh kerana kecewa dengan view batu karang yang mati dan benci tengok landak laut yang kurang siuman kat bawah tu, kami beralih kepada pemandangan di permukaan air. Dan ternyata, pemandangan di permukaan air lebih indah dan menambat hati. 30 minit snorkelling kat situ dan kami naik balik atas bot sebab dah takde apa lagi dah yang boleh ditonton. Habis snorkelling tiba masa untuk lunch di Phi Phi Resort kat area pulau tu dan kembali semula ke area Patong.




Thursday, February 9, 2012

Phuket Mak Btol la!! Part 3

Melansi di Bangla Road

Kitorg decide untuk tidur lepas check in sebab ngantok tak tido lagi dan penat membahan Blackberry dan bercadang memulakan hari kitorg di Phuket pada petang hari. Tidor dan bangun pkol 5 ptg waktu tempatan dan trus berjalan menuju Beach Road yakni pantai Phuket yg permai. Kitorg lalu ikot Bangla Road nk menuju kesana, kebanyakan kedai2 kt situ still tk bukak sebab kepala ko nk g strip club siang2 (Bangla Road nie Red Light District kat Phuket). Tak ke bangang namenye. Berjalan di pantai Phuket ibarat berjalan di tepi fitting room yg takde pintu dan ko boleh tgok kt dalam tu. Time tu ko akan kenal berbagai2 jenis string, baik G string mahupon E# string. Sizing juga datang dlm berbagai alphabet. Pendek kata dari A sampai double D tu kacis2 je bleh jumpe. Damn u Phuket. Y U love to show us your 'love'.











Dah puas berjalan kat pantai maka kitorg proceed ke Bangla Road tempat kitorg lalu sebelom tu. Kali nie sebab dh malam maka suasana dh mula jadi happening sket. Mat saleh mula berlegar2 mencari kepuasan dan hiburan malam. Kat Bangla Road ni memang dh jadi Phuket punya Red Light District. Macam2 gelagat manusia ko boleh tgok. Dari yg pompuan sampai la ke pondan. Jilaka pondan. Muka mcm Hulk Hogan lagi nk pakai dress. Jilaka!! Tempat yang kitorg rasa memang kalau boleh nk bawak M16 dan tembak org2 dok menari atas meja ni adalah dekat Soi Crocodile atau Crocodile Club. Club nie open area macam food court kat Pendang je kot. Korang cuba la bayangkan, korang duduk atas meja makan macam kat foodcourt, kat stage depan pondan tgh berjoget. Ko tak rasa nk taji plak kepala pondan2 tu. Demmit. Kalau la ade Nadim, memang mampos la pondan2 tu kene maki hamun, disekolah dan di Jericho bertalu-talu. Mangkaq ko pondan!!!







Lepas muntah 2-3 baldi berjemaah kat situ, kitorg proceed berjalan ke penghujung Bangla Road tmpat kitorg start td nk balik menuju ke hotel. Satu lagi bnde yg tak best kat sini adalah sistem perparitan diorg bak kata Pasha. Longkang diorang memang bau longkang pure! Memang kalau korang bau longkang dier korang akan terus cakap "Yes, this is how longkang should smell like". Busuk macam balbir. Pening der bau longkang dier. Tapi aku tgok mat saleh kat sana sumer muke happy. Macam tak bau je ape yang aku bau. Power betol mat saleh yang dtg Phuket nie.

Main Kad dan Berborak Sampah

Sepanjang 5 hari 4 malam kitorang kat sana, memang tidak dapat dinafikan lagi aktiviti yang ahli2 PIB perlu buat adalah bermain kad sambil berborak sampah. Tak sah kalau aktiviti PIB tak disertai dengan perbuatan ini. Tak boleh. Tak lengkap. TAK PADU!! KO PAHAM TAK? Sorry2 teremo. Maka kad pon dibeli dan permainan kad dan borak sampah mengisi sepangjang perjalanan trip kitorg selama 5 hari 4 malam. Berbekal kan air gas sebotol dan koridor hotel sebagai lokasi, ini sudah cukup memberikan inzal maksimum kepada ahli. Meneutralkan kembali gambaran pondan menari atas stage yg dah tentu bakal menghantui tidur kitorg malam tu. Jilaka pondan!!

Isu dari masalah-masalah negara sampai la membawa PIB ke arus perdana dan memulakan parti politik PIB dibincangkan secara serius di kala ini. Disinilah mulanya revolusi pasukan ini. Tapi malang skali setiausaha kami, Asfirdaus terlupa untuk membuat minit mesyuarat selama kami ada disana. Maka kesemua idea2 bernas yang telah diluahkan semuanya hilang dan lupus dek kerna memory ahli2 PIB ketika ini semuanya hanya 256MB. Jilaka pondan!! nie sume salah korang!! Jilaka!! Jilaka!!

Wednesday, February 8, 2012

Phuket Mak Btol la!! Part 2

Aktiviti Pertama

Kitorg smpai dalam pkol 8 lebih waktu tempatan kat Phuket International Airport dan kat sana trus beratur mcm nohorom dek kerna bnyak kapal terbang yg parking kt airport tu. Jilaka btol kapal terbang byk. Hbes custom check trus tgok driver yg nk pickup kitorg. Trus jumpe mamat pegang sign board Pasha. Nice one. Trus drive menuju ke Patong Beach seperti yang dijanjikan. Berkomunikasi dgn org Thai yg tak reti ckp omputih bukan lah sesuatu yg mudah. Ditambah dengan mengantuk yg super duper, perasaan melayan driver Thai buat aku rasa nk sepak terajang je mamat nie. Budak2 lain kat blakang ade yg dh light off. Ade yg cube nk light off. Trip dr airport ke Patong Beach makan masa lebih kurang 40 minit. Jalan nk ke sana lebih kurang jalan nk ke Pilah lalu jalan lama Bukit Putus. Ganas!!






Sampai2 tempat kitorg menginap tak bleh nk check in lagi. Sebab time check in pkol 1. Jilaka btol. Trus kitorg amik keputusan untuk berjalan2 di area hotel. Dek kerna pancet yg teramat, kitorg singgah makan kt area2 hotel utk meeting tentatif aktiviti sepanjang di Phuket. Makan kat area Patong nie harga dier bersesuaian ngn style dan tempat yg ko makan. Kalo ko dok kt restoren, ko akan byar harga restoren. Kalo ko dok gerai tepi jalan, ko akan byar harga gerai tepi jalan. So, most of the time harga makan kitorg agak mahal la dibanding dgn kebiasaan perbelanjaan harian. Tp mmg nice makanan kt sini. Fresh seafood!





Blackberry di bahan lagi

Masa kitorang dah check in kat hotel, macam biasa la, orang hi tech macam kitorang nie trus mencari sambungan wireless. Nak sambung dengan internet supaya mudah untuk check in dan tweet untuk membakar ahli yang lain khususnya Nadim.Tambahan pula bila orang Raub kita dh pakai SII nie kalau takder internet boleh hangus hotel nie dier bakar. Wireless ada dan password pon dh amik kat front desk. Maka laju2 la ahli mengeluarkan phone untuk dapatkan sambungan wireless. Happy sumer orang dapat sambung ke internet. Hanya seorang ahli yang masih terpinga-pinga terkedu bagai dapat bil credit card hujung bulan. "Asal aku tk bleh connect pon?" Jawapan ringkas oleh As sambil menggayakan tangan di dada lalu seraya berkata "Blacberry~". Maka saudara Faizul hidup selama 5 hari tanpa internet di Phuket. Berbagai usaha yang dilakukan beliau seperti tukar setting, suruh Pasha tukar setting, maki hamun phone itu, ugut akan tukar ke iPhone 4S sekiranya masih tak dapat internet dan macam2 lagi. Malangnya semua tak berhasil. Maka Pejol pasrah dengan Blackberry nya. Takpe Jo. Bulan depan tukar 4S. Ape ade hal.

Phuket mak btol la!! Part 1

Disini, aku menulis laporan untuk menceritakan pengalaman dan dalam masa yang sama membakar ahli-ahli yang tak dapat pergi dek kerna urusan peribadi mahupon bos suruh pek barang pegi Pasir Gudang mahupon Batam. Laporan ini juga ditulis bertujuaan untuk menghasut pengguna-pengguna Blackberry agar mereka berhenti menggunakan Blackberry dan hujah-hujah itu akan dibentangkan menerusi laporan ini. Selamat berhibur.

Prologue (Pagi Jilaka)

Bermula dari rumah Jelot kitorg berkumpul untuk setting sume perkakas dan peralatan untuk menggegarkan Phuket seperti spender striking, deodorant expired, perfume jamban dan juga pati halia Nora Danish untuk bentuk badan yg lebih unta. Trip bermula jam 3.45 pagi waktu tempatan kerna tiket nk ke Phuket time tu nohorom awal nk mampos maka aku beri peluang kepada ahli2 lain untuk nap dulu dan aku stay up utk pastikan ahli2 tk terlepas flight yang mungkin akan membuatkan trip ini jd GG. Aku tak sanggup nk mengambil risiko itu. Aku bersyukur kerna ditemani As yg memang tak mau tido jugak time tu dan lepas kitorg berborak sampah dan sarap maka Pejol pon terjaga dari tidor ayam beliau dan join korum skali.Selang 15 minit Pasha keluar dr bilik dan join disusuli Jelot yg tk sanggup lagi menahan gelodak nafsu borak sampah beliau. Dasar PIB, borak sampah tak kira masa dan ketika.Tidor sanggup dikorbankan demi mencapai inzal borak sampah. Jilaka!. Maka lepas dh siap2 sumer bergerak ke LCCT menaiki kuda tunggangan rasmi perwira Raub yang sangat laju dan ganas!



Air-Asia anti Blackberry?

Lepas kitorg sampai ke LCCT maka ketua trip, Pejol mengambil keputusan untuk takmau beratur macam budak skolah nak amik nasik kt kantin untuk mendaftar masuk ahli sebaliknya menggunakan sistem online berkuasa kuda yg lebih effisyen dan lebih membuatkan kitorg nie nampak high tech macam Chuck Norris. Maka ditala la skrin BB Pejol ke pancaran lampu merah scanner tersebut. Takder respon. Tala lagi. Takder respon. Jilaka! kata pejol kepada mesin scanner yg duduk bodoh atas stand dier. Asfir kemudian mengambil inisiatif untuk mencuba nasib, mane la tau kot2 barcode scanner nie racist ngn phone. Maka ditala la iPhone punya skrin ke barcode scanner tadi dan "TING", process check in kitorg berjaya dan boarding pass terus keluar mcm tahi dari mesin check in tu. Maka suasana janggal terus menjelma dan kerlingan mata kitorg tepat ke telefon pejol yang masih dlm genggaman nya. Kecewa,pasrah dan luruh hati pengguna BB yg setia mempertahankn BB walaupon di tindas oleh iPhone dan SII.Itulah yang terpancar kt muka ketua kelas kitorg. Sampai hati kau Tony Fernandes!! Hahahaha.. XD Sorry Jo.



Pejol tampak bermuram durja der kerna tindakan Air Asia itu. Sampai hati kau Air Asia. Harapkan awek stewardess je cun, tp BB pon ko tak bleh nk read. Terluka hati pengguna BB lepas nie. Lepas nie boleh la anda karamkan BB anda dan beralih kepada NOKIA. Tahan lasak. At least kalo dier tk bleh read pon ko bleh hempuk phone ko kt mesin tu. Confirm tkder orang nk marah ko. Maka agenda membahan BB diteruskan hingga la breakfast kt LCCT. Kitorg beratur untuk mmbeli nasik lemak ayam rendang yg rege macm haram dan rasa mcm stokin. Tp sebab lapa. Apa bleh buat. Telan saja! Nak isap rokok tak breakfast mane padu.


Kerusi Kepala Terbang kau!!

Boarding time. Gua mmg dh happy sgt sebb dah smpi masa dh nk gerak ke Phuket. Yang membezakan kitorg dan Phuket hanya masa 1 jam 20 minit. Gua duduk sebaris dengan Jelot, As dan Pasha. Pejol agak terasing kedudukannya iaitu jauh di seat belakang. Kedudukan seat Pejol mungkin tiada kena mengena dgn BB beliau. Tapi siapa tahu. Agenda mason terhadap BB hanya Tony dan Bush sahaja yang mengerti.Gua dpt seat tgh. Bila gua duduk atas seat nie gua rasa macam tengah nyanyi lagu kebangsaan. Tegak dan berdisiplin. Air Asia, Y U No make seat distance better!!!! Bile pikir balik, name pon tiket murah, takkan lu nak duduk sedap kot, banyak cntik muka ko. Kali ni gua backup lu Tony Fernandes.

Kapal terbang take off and here we go!! Sumer masalah dunia kerja terus kitorg tinggalkan kat tarmac. Memang kitorang takmau amik port dah. Ground rules dah disetup oleh Ketua trip Pejol iaitu barang siapa yang berborak pasal keje kat sana maka dia akan diberi tiket pulang dengan kadar yang amat segera. Challenge accepted!! Selamat jalan KL. 5 hari untuk release apa yang boleh direlease!

Thursday, January 19, 2012

Duckface FTW

.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................
.................................









One Does Not Simply