Wednesday, February 8, 2012

Phuket mak btol la!! Part 1

Disini, aku menulis laporan untuk menceritakan pengalaman dan dalam masa yang sama membakar ahli-ahli yang tak dapat pergi dek kerna urusan peribadi mahupon bos suruh pek barang pegi Pasir Gudang mahupon Batam. Laporan ini juga ditulis bertujuaan untuk menghasut pengguna-pengguna Blackberry agar mereka berhenti menggunakan Blackberry dan hujah-hujah itu akan dibentangkan menerusi laporan ini. Selamat berhibur.

Prologue (Pagi Jilaka)

Bermula dari rumah Jelot kitorg berkumpul untuk setting sume perkakas dan peralatan untuk menggegarkan Phuket seperti spender striking, deodorant expired, perfume jamban dan juga pati halia Nora Danish untuk bentuk badan yg lebih unta. Trip bermula jam 3.45 pagi waktu tempatan kerna tiket nk ke Phuket time tu nohorom awal nk mampos maka aku beri peluang kepada ahli2 lain untuk nap dulu dan aku stay up utk pastikan ahli2 tk terlepas flight yang mungkin akan membuatkan trip ini jd GG. Aku tak sanggup nk mengambil risiko itu. Aku bersyukur kerna ditemani As yg memang tak mau tido jugak time tu dan lepas kitorg berborak sampah dan sarap maka Pejol pon terjaga dari tidor ayam beliau dan join korum skali.Selang 15 minit Pasha keluar dr bilik dan join disusuli Jelot yg tk sanggup lagi menahan gelodak nafsu borak sampah beliau. Dasar PIB, borak sampah tak kira masa dan ketika.Tidor sanggup dikorbankan demi mencapai inzal borak sampah. Jilaka!. Maka lepas dh siap2 sumer bergerak ke LCCT menaiki kuda tunggangan rasmi perwira Raub yang sangat laju dan ganas!



Air-Asia anti Blackberry?

Lepas kitorg sampai ke LCCT maka ketua trip, Pejol mengambil keputusan untuk takmau beratur macam budak skolah nak amik nasik kt kantin untuk mendaftar masuk ahli sebaliknya menggunakan sistem online berkuasa kuda yg lebih effisyen dan lebih membuatkan kitorg nie nampak high tech macam Chuck Norris. Maka ditala la skrin BB Pejol ke pancaran lampu merah scanner tersebut. Takder respon. Tala lagi. Takder respon. Jilaka! kata pejol kepada mesin scanner yg duduk bodoh atas stand dier. Asfir kemudian mengambil inisiatif untuk mencuba nasib, mane la tau kot2 barcode scanner nie racist ngn phone. Maka ditala la iPhone punya skrin ke barcode scanner tadi dan "TING", process check in kitorg berjaya dan boarding pass terus keluar mcm tahi dari mesin check in tu. Maka suasana janggal terus menjelma dan kerlingan mata kitorg tepat ke telefon pejol yang masih dlm genggaman nya. Kecewa,pasrah dan luruh hati pengguna BB yg setia mempertahankn BB walaupon di tindas oleh iPhone dan SII.Itulah yang terpancar kt muka ketua kelas kitorg. Sampai hati kau Tony Fernandes!! Hahahaha.. XD Sorry Jo.



Pejol tampak bermuram durja der kerna tindakan Air Asia itu. Sampai hati kau Air Asia. Harapkan awek stewardess je cun, tp BB pon ko tak bleh nk read. Terluka hati pengguna BB lepas nie. Lepas nie boleh la anda karamkan BB anda dan beralih kepada NOKIA. Tahan lasak. At least kalo dier tk bleh read pon ko bleh hempuk phone ko kt mesin tu. Confirm tkder orang nk marah ko. Maka agenda membahan BB diteruskan hingga la breakfast kt LCCT. Kitorg beratur untuk mmbeli nasik lemak ayam rendang yg rege macm haram dan rasa mcm stokin. Tp sebab lapa. Apa bleh buat. Telan saja! Nak isap rokok tak breakfast mane padu.


Kerusi Kepala Terbang kau!!

Boarding time. Gua mmg dh happy sgt sebb dah smpi masa dh nk gerak ke Phuket. Yang membezakan kitorg dan Phuket hanya masa 1 jam 20 minit. Gua duduk sebaris dengan Jelot, As dan Pasha. Pejol agak terasing kedudukannya iaitu jauh di seat belakang. Kedudukan seat Pejol mungkin tiada kena mengena dgn BB beliau. Tapi siapa tahu. Agenda mason terhadap BB hanya Tony dan Bush sahaja yang mengerti.Gua dpt seat tgh. Bila gua duduk atas seat nie gua rasa macam tengah nyanyi lagu kebangsaan. Tegak dan berdisiplin. Air Asia, Y U No make seat distance better!!!! Bile pikir balik, name pon tiket murah, takkan lu nak duduk sedap kot, banyak cntik muka ko. Kali ni gua backup lu Tony Fernandes.

Kapal terbang take off and here we go!! Sumer masalah dunia kerja terus kitorg tinggalkan kat tarmac. Memang kitorang takmau amik port dah. Ground rules dah disetup oleh Ketua trip Pejol iaitu barang siapa yang berborak pasal keje kat sana maka dia akan diberi tiket pulang dengan kadar yang amat segera. Challenge accepted!! Selamat jalan KL. 5 hari untuk release apa yang boleh direlease!

No comments: