Wednesday, February 8, 2012

Phuket Mak Btol la!! Part 2

Aktiviti Pertama

Kitorg smpai dalam pkol 8 lebih waktu tempatan kat Phuket International Airport dan kat sana trus beratur mcm nohorom dek kerna bnyak kapal terbang yg parking kt airport tu. Jilaka btol kapal terbang byk. Hbes custom check trus tgok driver yg nk pickup kitorg. Trus jumpe mamat pegang sign board Pasha. Nice one. Trus drive menuju ke Patong Beach seperti yang dijanjikan. Berkomunikasi dgn org Thai yg tak reti ckp omputih bukan lah sesuatu yg mudah. Ditambah dengan mengantuk yg super duper, perasaan melayan driver Thai buat aku rasa nk sepak terajang je mamat nie. Budak2 lain kat blakang ade yg dh light off. Ade yg cube nk light off. Trip dr airport ke Patong Beach makan masa lebih kurang 40 minit. Jalan nk ke sana lebih kurang jalan nk ke Pilah lalu jalan lama Bukit Putus. Ganas!!






Sampai2 tempat kitorg menginap tak bleh nk check in lagi. Sebab time check in pkol 1. Jilaka btol. Trus kitorg amik keputusan untuk berjalan2 di area hotel. Dek kerna pancet yg teramat, kitorg singgah makan kt area2 hotel utk meeting tentatif aktiviti sepanjang di Phuket. Makan kat area Patong nie harga dier bersesuaian ngn style dan tempat yg ko makan. Kalo ko dok kt restoren, ko akan byar harga restoren. Kalo ko dok gerai tepi jalan, ko akan byar harga gerai tepi jalan. So, most of the time harga makan kitorg agak mahal la dibanding dgn kebiasaan perbelanjaan harian. Tp mmg nice makanan kt sini. Fresh seafood!





Blackberry di bahan lagi

Masa kitorang dah check in kat hotel, macam biasa la, orang hi tech macam kitorang nie trus mencari sambungan wireless. Nak sambung dengan internet supaya mudah untuk check in dan tweet untuk membakar ahli yang lain khususnya Nadim.Tambahan pula bila orang Raub kita dh pakai SII nie kalau takder internet boleh hangus hotel nie dier bakar. Wireless ada dan password pon dh amik kat front desk. Maka laju2 la ahli mengeluarkan phone untuk dapatkan sambungan wireless. Happy sumer orang dapat sambung ke internet. Hanya seorang ahli yang masih terpinga-pinga terkedu bagai dapat bil credit card hujung bulan. "Asal aku tk bleh connect pon?" Jawapan ringkas oleh As sambil menggayakan tangan di dada lalu seraya berkata "Blacberry~". Maka saudara Faizul hidup selama 5 hari tanpa internet di Phuket. Berbagai usaha yang dilakukan beliau seperti tukar setting, suruh Pasha tukar setting, maki hamun phone itu, ugut akan tukar ke iPhone 4S sekiranya masih tak dapat internet dan macam2 lagi. Malangnya semua tak berhasil. Maka Pejol pasrah dengan Blackberry nya. Takpe Jo. Bulan depan tukar 4S. Ape ade hal.

No comments: