Maaf dek kerna lambat update part 4 ni. Sebok betol minggu ni dengan kerja. Termasuk lah sebok bergegas balik ke Kedah sebab atok meninggal. So dah selesai segalanya baru la layan nk menaip kt blog nie. Korang bosan ke, boring ke bace post aku ni, ade aku amik peduli. Keh3
So, sambung dari Part 3 aritu la yer~......
Phi Phi Yapong Island
Aktiviti utama yang memang dinanti. Spekulasi liar yang bermain di minda selama ini bakal terjawab bila mana kami dah mula menuju ke pulau ni. Selama ini memang digembar-gemburkan yang pulau ini memang memiliki keindahan yang hebat. Mampukah pulau ni memberi saingan kepada Redang? Pagi-pagi lagi kitorang dah terpacak depan hotel menunggu van pickup amik kitorang untuk gerak ke jeti. Masuk van sume orang senyap tanpa kata sebab kene bangun pagi time holiday. Antara pantang2 seorang pahlawan ialah bangun pagi time holiday sebenarnye. Sampai di jeti, snap gambar dan naik ke atas bot ala2 cruise Bruce Wayne. Time tu gua memang rasa mcm nak shoot video clip hip hop. With all the honey tanning atas bot tu, what's not to like. Best. Trip memakan masa 1 jam lebih dari jeti ke Phi Phi island tu. Jauh nak mampos, tapi sebab rasa macam Jay Z sangat tinggi maka boring tu kurang la sikit. Setelah lama atas bot akhirnya sampai la kitorang kat area Phi Phi Island. Memang lawa batu batu yang terpacak kat area tu. Batu yang blocking satu pulau kecik area Phi Phi tu memang menunjukkan kebiruan dan keinzalan air laut yang membiru. Tegang alat-alat sulit ahli melihat keindahan awek yang masuk ke dalam air laut yang biru itu. Eh. Sorry. Tegang sebab melihat air laut, bukan awek laut. Sorry2. Pada masa ini, bagaikan ada telepati, kesemua ahli termenung jauh mengingatkan seorang ahli yang tak dapat join bersama iaitu Pengasas Kultus Teratai Rainbow, Tok Aweed Karipuley ibnu Suresh Maniami. Kerana terlalu merindui Tok Aweed, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan video dan kami tujukan khas kepada beliau agar beliau cemburu buta dan teluka hati apabila melihat video ini kelak.
Sampai sudah ke destinasi kami diberi sedikit taklimat berkenaan kejadian2 yang tak diingini apabila snorkeling terutama sekali terpijak landak laut yang memang banyak kat situ. Risau jugak jadinya tapi memandangkan ada jacket keselamatan kami semua buat-buat berani untuk terjun ke laut kecuali Abg besar Raub yang memang sebati dengan laut dan berkawan baik dengan landak2 tersebut. Malahan landak2 tersebut mencicit2 lari tak keruan kerana bimbang ditangkap dan dijadikan perhiasan dinding rumah beliau atau dijadikan penunjuk kitab untuk adik2 beliau mengaji nanti. Gambaran menakutkan itu sangat ditakuti oleh landak2 tersebut yang hanya mampu statik memerhatikan kami dari bawah.
Snorkelling kat sini agak mengecewakan kerna kebanyakan batu karang yang ada kat kawasan nie kebanyakannya batu karang yang mati. Jadi view yang ada takder la cantik sangat kalau dibandingkan dengan Redang. Oleh kerana kecewa dengan view batu karang yang mati dan benci tengok landak laut yang kurang siuman kat bawah tu, kami beralih kepada pemandangan di permukaan air. Dan ternyata, pemandangan di permukaan air lebih indah dan menambat hati. 30 minit snorkelling kat situ dan kami naik balik atas bot sebab dah takde apa lagi dah yang boleh ditonton. Habis snorkelling tiba masa untuk lunch di Phi Phi Resort kat area pulau tu dan kembali semula ke area Patong.
Why I English
2 months ago
No comments:
Post a Comment