Setelah ditinggal kan perkampungan orang asli daerah Puchong, Mukim Saujana Puchong, 360 dan WPP dipandu deras menuju perhentian seterusnya yang terletak di daerah Sepang untuk melaksanakan pengambilan baju milik Teloqq yang tidak menyediakan pakaian yang secukupnya untuk menghadapi perjalanan ke Melaka yang penuh onak dan durian. Setibanya di Sepang, ahlul pasukan dipersembahkan dengan minum petang tajaan Bonda Teloqq dan dilayani oleh dua orang dinda-dinda Teloqq bernama Ami dan Ayoi. Ketika sibuk melayani minuman muktawasitah tersebut, ahlul tertua pasukan Tok Aweed sempat menjalankan pertandingan pemadam yang kian dilupakan oleh masyarakat kini kerna wujudnya permainan lain seperti wow dan dota. Tok Aweed berjaya memperlihatkan kehebatan nya bermain pemadam dimana pencak-pencak kuno beliau disematkan dalam permainan tersebut seperti "Tarian Ifrit Utama" dan "Sayuran Pembawa Kegembiraan". Syafiq Amir tumpas ke tangan Tok Aweed gara-gara kehebatan pencak berikut. Selesai sahaja pertandingan tersebut, air dihidang pun sudah kering di nyotnyoti ahlul pasukan, sekali lagi 360 dan WPP di nyalakan palam pencucuhnya lantas kedengaran deruman enjin Campro 1.3 dan 1.6 auto (noob). Kedua-duanya dipandu deras menuju ke Tol Plus berdekatan.
Perjalanan didapati mudah, 360 dikerah sehingga 18+ km/h sepanjang perjalanan, namun WPP yang dibelakang sangat menyedihkan pabila hanya berjaya 180 km/h maksimum. dengan daya pecutan yang lemah gara-gara membawa Ifrit Utama yang sememangnya terkenal dengan berat dosa bertimbun-timbun yakni Tok Aweed. Sungguhpun WPP dipandu sehingga 180 km/h, namun pemanduan masih lagi berhemah tidak seperti 360 yang menggunakan gaya pemanduan aggresif. Setiap kenderaan yang mencelah dihadapan nya pasti dihambur kan dengan tohmahan, cacian serta cercaan berbaur perkauman. dengan sokongan Kudha Liaq disebelah pasti cercaan yang dilontarkan menusuk kalbu dan akan mematikan sel-sel otak setiap penerima nya.
Kira-kira jam 6 waktu Melaka Raya, ahlul pasukan berjaya tiba di tol Ayer Keroh dengan selamatnya. Tiada kes kehilangan nyawa mahupun kehilangan teruna berlaku sepanjang perjalanan dari Wangsa Maju ke Melaka. Alhamdulillah, Selamat Datang ke Melaka!!
[Bersambung]
4 comments:
360 mmg dipandu secara aggresiff. mcm siall. WPP juga tidak kurang hebatnya .. tetapi kurang menyerlah mungkin kerana hadirnya tok aweed yang sentiasa bersam sayurannya ..hahahaha.. perjalanan ini dibuarkan oleh lagu sepertiii WARKAH yang dipopularkan oleh kumpulan BAU... Tetapi kegembiraan kami didicemari oleh sekumpulan kutu yang menampal selogan SING* IS kING di kereta lembu mereka .. sungguh cibai
antara ayat2 cibai yang selalu di dengari :
'lead lai'
apefak...
gua sangsi lah tiada kehilangan teruna, tambah2 yang seangkatan kereta dengan tok aWeed.
tangan beliau liar kut? cuba cek2 balik lohong blakang anda, mane tau ade yang terbocor ka time tido tuh. haha!
haha.next chapter pls.upload la gmbr ahli pasukan molest hang tuah,alfonso di albaukaki dsbnye
Post a Comment