Setelah hampir 1 jam kami berbincang dan melontarkan bertan tan buah fikiran dengan Mufti Besar Melaka melalui public phone [pokai beb 5kg duet syiling tabungan dari darjah 2 sampai intern nih] akhirnya kata sepakat telah tercapai iaitu kami bersetuju untuk menyelusup masuk ke tanah tinggalan perang beratus ratusan mungkin juga ribuan tahun dahulu. Bukan sekali perang je tapi mengikut buku Biarlah Rahsia hasil nota kaki Siti Nurhaliza, terdapat lebih 18 kali 2 perang yang telah berlaku di kawasan HITAM dan KERAS ini.
Menurut seorang penduduk kampung yang bernama Pak Among [bukan nama sebenar] terdapat lebih dari 684 456 nyawa telah terkorban dan roh mereka masih merayau-rayau mencari sesuap nasi dikawasan ini. Beliau juga turut menyatakan inilah kubu hantu paling gila kuasa di Semenanjung Malaysia.
Pada tahun 1984 Di bawah akta kawasan keras dan hasutan kaum (b) hasil dari perbincangan Imam-Imam Masjid Tanah Melaka telah mewartakan tidak dibenarkan bagi sesiapa yang umurnya melebihi 18 tahun untuk menjejakkan kaki ke kawasan ini selepas jam 8.02 malam.
Ini bermakna kawasan ini telah menjadi kawasan larangan dari pukul 8.02 malam sehingga ke pukul 9 pagi pada keesokan harinya sejak dari tahun 1984 lagi!!.
Telah banyak gangguan2 yang telah berlaku di kawasan ini baik dari segi mental fizikal malah seksual turut terjadi. Menurut Pak Among [bukan nama sebenar] gangguan seksual amat mengira rupa paras hanya yang ensem dan cantik sahaja yang menjadi mangsa. Sungguh tidak adil….
Kami berlapan menjadi seram tak tentu hala sehinggakan anggota badan kami yang sentiasa tergangtung itu hilang dari tempat asalnya apabila mendengar kabaran itu. Tambahan pula beliau juga menyatakan yang kami ini hensem dan mungkin menjadi sasaran utama hantu2 di kawasan ini.
Tapi keputusan kami tegas mantap amanah fatonah dan zuhud untuk menguji keimanan kami di kawasan KERASS dan berpenunggu ini. Kami melangkah masuk dengan rasa gentar sambil membawa bekal iman yang tinggi dan ini menbuatkan semangat juang kami menghunus tajam tinggi ke kayangan.
Di bawah ini kami sertakan foto2 hantu yang sempat kami rakamkan.
Penonton yang mempunyai penyakit sawan babi , kencing berlari-lari , kusta , penempelan cagu di kaki kiri awek sendiri, dan kudis buta bakal mak mentua adalah dilarang dengan TEGAS. Kami ulang sekali lagi, DILARANG DENGAN TEGAS untuk melihat foto2 ini kerana mungkin akan menyebabkan serangan jantung di bahagian otak kiri dan akhirnya mati tak berkubur.
Kesian…..
**Melihat foto dengan risiko anda sendiri**
PINTU KE ALAM PUAKA
HANTU ANAI-ANAI
BOMOHSANTEKK
KUBUR BELANDA
AWWW SELAMBER JER
KAWAD CAM HANTU
APEFAKK
SEBATT MEREKA!!!!
HANTU TABIKK
HANTU GAYUTT
10 comments:
haha... aku suka kawad cam hantu
siott ak xde dalam gambo tuu ... wuwuwuwuwu :(
mak aih, hantu raya pun xraya tengok korang galak lebih dari diorg.
kuntilanak pun leh ilang anak dan juga pinak tgk korg dok begambo atas kubo general alpontius..
nice UPDATES!!!
antu sume chuak sebab tok aweed bwak TANGKAL!!! dier bwak 'sayur sayurannya'.. ifrit utama pun mntak tunjak ajar dari dier time kt kubo tuu.
haha, cibet opah..
yg ko nyer gambo tuh org tue mane lak tuh?
bukan ke tu gambo monalisa??
hahaha...cam sial la korg neh...
kiwak btol..hantu!!
monalisa pungkok hang..mona fendi!
hahaha...monafendi ek??
sori2...byk sgt redtube neh...
hahaha
baru nampak opah sket
hahaha
'mona fender'
hahaha
hantu pon cuak tgk mona fender
Post a Comment