Salah seorang ahlul pasukan ingin berhibur iaitu terpaksa ditugaskan kelaut oleh syarikat beliau.Akibat supervisor terpaksa meninggalkan atas urusan-urusan yang tak dapat dielakkan,beliau mengambil inisiatif untuk tinggal bersama ahli-ahli pasukan ingin berhibur cawangan pantai timur.Namun masing-masing tidak ada di rumah melainkan ahli veteran pasukan ingin berhibur,Paan.Walaupun cuma ada seorang sahaja ahli bukanlah bermakna Pasha telah mengambil keputusan yang salah dalam hidupnya kerna Paan sudah kembali ke jalan yang benar.
Aktiviti dimulakan dengan minum petang di Pantai kemasik(nak cerita jugak walaupun dua orang) dengan kami makan pisang goreng,rojak buah dan air kelapa pandan.Akibat kerusi di atas pasir,kerusi kami tiba-tiba mendap jatuh kedalam tanah.Kejadian ini bukanlah disebabkan oleh berat ahli-ahli pasukan yang naik setara akibat mulia nya hati Petronas memberi makanan-makanan percuma(Special case : Hanis sudah naik pinggangnya menjadi Size 32 dari Sie 29).
Keesokan harinya,ahlul-ahlul kelab mengambil inisiatif untuk bertemu dengan seorang lagi ahlul,Pejol di Kemaman.Beliau telah membawa kami makan makanan yang sungguh hebat sehingga segenap air liur di mulut merembes tanpa henti.Kami tiba di perkampungan nelayan turun dan makan makanan seperti Paih,Otak-otak,Sotong goreng tepung kecil dan Kepok Lekor.
Berikut gambar-gambar makanan yang di-oda oleh ahli pasukan.
Figura 1 : Ini adalah ikan baghat bakar yang diwarwarkan oleh ahlul pasukan Akalil yang menceritakan akan keenakan nya dibakar.namun rupa paras nya tidak setara dengan kesedapan nya.
Figura 2 : Sotong goreng tepung paling enak pernah aku makan - Pasha
Figura 3 : Pasha kelihatan cuma melantak sotong goreng tepung bersaiz rasaksa,melupakan nasi serta lauk-lauk lain.Kelihatan tom yam ayam ditepi yang akhirnya menjadi air siraman pokok bunga jiran sebelah kerana ahli-ahli pasukan yang lupa kewujudannya.
Figura 4 : Paan kelihatan sedang makan dengan kedua-dua tangan akibat lapar tak terhingga.
Figura 5 : Pejol sedang menyiram pokok bunga dengan tomyam ayam.
Figura 6 : Ikan sotong dan nasi sudah habis tetapi tomyam ayam tidak terusik.
Why I English
2 months ago
11 comments:
bakar line bak, sume terbakar tuh..
yg aku heran, apsal pipi pasha da cam ade ikan kembung kat due2 belah?
adakah makan terlampau banyak atau visual effek kamera paan untuk menunjukkan yg semua org kat dalam gambar tuh da maken gemok??
huahuahuahua
very nice update~!!!
mungkin itu kesilapan teknikal camera fon aku...paan xbawak camera tym tuh....
bile lagi nk makan ikan baghat???
aku in o/
Diminta En.Pasha memulangkan baju purple sebelom agent2 aweed datang mai potong kerendot anda. Dah nk dekat 4 abad dipinjam. Oh.. jgn lupa samak dulu sblom pulang, jika ada tompokan air putih punai munawir, sila jilat sampai bersih ya.
hahaha
aku amat menyayangi baju mu
waaaaaaaaa
jangan mengambil kekasih ku itu
^.^
SOTONG GORENG TE[UNGGG ADALAH TORRBAEKKK..
LALA JUGA ADALAH HEBAT
PAII JUGA AMAT MENYEDAPPKAN
MAHU MENCARI ISTERI ORANG TERENGGANU
oh deng, ko nyer jam swatch tertinggal las sem xsilap.. ad dlm beg aku.. da 2kali gi kL manjang lupe nk hulur..
Tempat nh name dier KUBANG IKANG!!!
MMg syokk woooo
hahaha
ikang baghatt rase mcm dapat makan pizza setalah 21 hari berpuasa tanpa sesuap pun makanan apatah lagi makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak.. bayangkan lah mcm ne best dier
"Walaupun cuma ada seorang sahaja ahli bukanlah bermakna Pasha telah mengambil keputusan yang salah dalam hidupnya kerna Paan sudah kembali ke jalan yang benar."
hahahah
GG
ikan baghat mmg syiokk beb...
ikan baghat sgt agung
terima kasih pejol kerna memperkenalkan nya kepada ku
ak sudah berubah sifat kejam ku kepada lebih kejam lagi akibat ikan baghat itu
yes~~!!!
apa salah ikan baghat tuh samapai ko makin kejam??
Post a Comment