Tuesday, May 19, 2009

Tips mencegah dan mengelak virus Influenza H1N1 (Selesema Babi)

Assalamualaikum. Warta julung saya ini bertujuan untuk memperingati sahabat-sahabat tentang virus influenza pandemik yg menular di seluruh dunia ketika ini. Virus yg berasal dari Mexico ini telah menggegarkan seluruh dunia. Pihak kerajaan kita juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga demi membendung sakit haiwan ini. Hal ini perlu diberi perhatian yg serius
dan teliti kerana apabila sekali terjebak atau terjangkit dgn wabak ini, pembaca sekalian mungkin akan ,erm , bagaimana mahu saya sebut dgn mudah, anda mungkin.... mati. Ya... mati. Anda mau mati? Tetapi tidak apa, ajal kita semua sudah ditentukan dan kita hanya mampu mengharap yang terbaik.

Oleh itu saya ingin berkongsi tentang kaedah pecegahan virus ini agar ia tidak terjebak di kalangan anda semua. Semoga warkah saya ini diberi perhatian yg khusus oleh setiap pihak demi kesejahteraan diri dan keluarga. Lawak, lawak jugak, tapi masa serius, masa memikir hal penting, kita perlu serius. Hatta sila patuhi kaedah-kaedah pencegahan virus influenza H1N1 ini dibawah.

1. Jangan basuh berak bersama dgn pembawa virus H1N1
- Ini merupakah langkah awal demi mengelak jangkitan virus. Hal ini kerana apabila selesai berak, perbuatan cebok dan gosok akan mengakibatkan cebisan-cebisan najis beterbangan dan bergelimpangan dan mungkin akan terkena kepada rakan / pihak lawan. Ini akan mengakibatkan virus tersebar. Perlu diingat virus ini merebak juga melalui sentuhan, oleh itu jangan biarkan jubur anda bergeser/ bersentuhan dgn jubur rakan / pihak lawan yang menggerutu dan berbulu itu, kerana ia juga boleh mengakibatkan tersebarnya virus. Tetapi hasil kajian mendapati sentuhan sesama pundi tidak mengapa. Pihak kerajaan telah mengenalpasti modus operandi dan cara virus ini merebak dan telah menampal notis utk menyedarkan pihak awam agar tidak membasuh berak bersama-sama.


2. Jangan membenarkan pembawa virus meludah ke dahi anda.
- Ini juga kaedah virus selesema babi ini tersebar. 20% daripada pengidap selesema babi
didapati telah berjangkit melalui ludahan ke dahi. Ke organ lain tidak megapa, spesifik kepada dahi sahaja yg mengakibatkan terjebaknya selesema babi. Ini berpunca daripada urat di dahi. Jika anda perasan, ada satu urat di dahi , dinamakan urat alpha, bertindak menghantar maklumat dari otak ke seluruh organ badan. Apabila sistem penghataran maklumat ini dijejaskan akibat ludahan bervirus yg kuat / tegar / impak kuat di dahi, mengakibatkan virus dari ludah itu menembusi sistem penghantaran otak-badan dan mencemari seluruh organ badan.Ini adalah teknik sebaran yg paling berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian dlm masa 24 minit. Secara umumnya, bila dah dapat otak, satu badan la berjangkit dan lumpuh - Dr Syukri, pakar selesema babi.

3. Jangan membiarkan anjing / babi / haiwan lain menjilat kaki seluar anda.
- Ini sebaran secara sulit , nipis dan samar-samar. Byk kes yg didengari pesakit yg dijangkiti
selesema babi adalah akibat anjing menjilat seluar mereka. Mengapa? Begini. Apabila anjing telah menjilat seluar, biasanya si pemakai seluar akan tidak kisah, lalu setelah penat bekerja, akan balik ke blik dan melepak ke dalam bilik. Kebanyakkan mereka akan lepak di katil dan ini menyebabkan air liur anjing td mungkin terkena bantal, selimut atau comforter mereka. Kemudian bila mereka tidur pada malam kelak, Kemungkinan air liur basi mereka akan tumpah ke daerah-daerah yg disulami air liur anjing tadi, dan tindakbalas kimia akan terhasil dan memasuki organ mereka, spt kata Dr. Ajit "Ianya seperti kamu melakukan comolot dgn anjing , cuma bezanya, kamu tak sedarinya". Saya faham kekeliruan disini timbul kerana, selesema babi, tetapi anjing? Ya, anjing. Ini kerana terdapat di negara-negara tertentu di barat, anjing ini didapati lebih suka melakukan seks bersama babi berbanding kaum sendiri. Racist tak bertempat, inilah padahnya. Lagipun kita manusia kenalah faham. Dia sekadar anjing kot. Tak tahu apa-apa.

4. Jauhi tempat-tempat yg sesak, bising, dan dipenuhi orang ramai.
- Hal ini kerana, di tempat-tempat ini terdapat terlalu banyak org yg kita tidak ketahui jenis DNA, sejarah sakit, dan kisah kesihatannya. Banyak jugak dikalangan mereka yg nampak lahiriah baik tetapi di dalam jahat bagaikan syaitan nirrajim. Pentingnya kita mengelak tempat-tempat ini adalah kerana terdapat terlalu banyak penyeluk saku di daerah-daerah ini, dan akan mengakibatkan kita kehialangan harta benda dan duit. Apa akan berlaku nanti sekiranya kita dijangkiti selesema babi tetapi tidak ada duit untuk membeli vaksin? susah bukan? Oleh itu elaklah tempat-tempat sebegini demi kesihatan anda.

5. Simple, cuma ke kedai dan beli ubat selesema.
- Oh tips ini hanya berguna untuk babi.Maaf.

Oleh itu, saya harap rakan-rakan sedar akan kepentingan menjaga kesihatan di musim-musim selesema babi ini. Kesihatan adalah kekayaan, bak kata pepatah English. Semoga kita berjaya mengelakkan virus ini daripada menjangkiti kita nanti. Ini baru selesema babi, belum lagi polio babi,kanser babi, parkinson babi, ulser babi, selesema burung babi, Aids babi dan macam-macam lagi. Sama-samalah kita mencegahnya. Jangan jadi seperti sesetengah rakyat negara barat lain, sudahlah anak haram, makan babi pula. Inilah padahnya.

5 comments:

ask said...

saya dapati penulisan encik syafiq begitu ilmiah skali.dan sy sedang mengguna pkai tips2 yg telah en syafiq bentangkan.sy dapati ianya amat efektif untuk mngelakkan jangkitan.rakan2 serumah semuanya telah dilarang membuang air besar bersama2.tidak lagi seperti dahulu, dimana sesetengah rakan yg kurang prihatin dgn virus ini sering kali melakukan aktiviti menyah tinja beramai2, berkongsi mangkuk jamban.disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Syafiq,Dr Syukri,Dr Ajit dan tidak lupa juga kepada pepatah English yg sedikit sebyk mmbantu saya dalam menangani masalah ini. sekian trima kasih.

syfq amr said...

haha... silalah amalkan ya ..

zopakkun said...

walaupun aku ni latino korg jgn tako berdampingan ng aku.aku da lme x balik mexico.insyaALLAH selamat.

syfq amr said...

jgn lupa asal usul pak... murka kasta ko nt..

|Rb37| said...

oh, tali pusat ku hampir terputus apabila membaca petua2 aneh ini! sungguh pon kesemuanya tepat2 belaka, namun itulah realiti yg perlu kita hadapi...ku merindui zaman2 itu...