Wednesday, February 11, 2009

Sesi Maruku(Merapu)

assalamualaikum,

sesungguhnya keadaan sunyi,sepi,lonely,lambat tiba ke pejabat,dipaksa melakukan sesi semakan lukisan yang telah dirujuk berkali-kali melibatkan bertingkat-tingkat bangunan yang masih lagi belum disempurnakan sejak pemerintahan Raja Nebuchadnezzar tamadun Babylon mengakibatkan tekanan perasaan dengan hanya melihat kekompleksan lukisan hasil dari seorang bangsa cina berumur pertengahan yang baru dinobatkan sebagai suami beberapa dekad lepas.sejenak terlintas di fikiran bahawa sekuat mana pun dikerah kudrat empat kerat ini namun tidak akan tercapai tahap kebebasan kewangan 99 petala langit milik pendekar laut.dengan pantas fokus dialihkan kepada blog ingin-berhibur yang masih belum dikemaskini semenjak perak jatuh ke tangan barisan nasional hasil aktiviti lompat jauh dan lompat tinggi oleh atlet-atlet dun bota,changkat jering dan ambredon.

sepantas kilat fikiran ini diganggu bayangan nasi goreng kambing karya farouq dan sithick yang amat enak dan lazat sehingga menjilat jari kaki Jazli Izzudin.di kala mengenang kan nasi goreng kambing,teringat pula kepada nasib saudara mara kita yang kini menetap di tebing Gaza yang tidak dapat merasakan kehebatan nasi goreng kambing,milo tabur keruping,roti canai adunan tapak kaki kiri Ameeth,char kuey tiaw Rnz,nasi goreng thai Sabilah,nasi goreng cendawan belakang Deli,kepak ayam NZ dan minuman Lu Slim La Beb.Kehidupan seharian yang tidak menggembirakan.Cuaca yang selalunya dihujani peluru berpandu,langit dilitupi fosforus putih,keadaan sekeliling dikelilingi oleh anjing-anjing liar Yahudi berbekalkan B+4+3 ataupun M16(pajak terus~).

bercerita tentang fosforus putih ataupun nama saintifiknya Azgaloraflebum,kegiatan bahan kimia ini akan mengakibatkan pembakaran terbuka di sekitar lembah kelang ataupun kulit manusia selagi terdapat kewujudan O2 ataupun nama samarannya oksigen-oksigen.hasil dari pembakaran ini akan menyebabkan homosapien yang dibakar akan terus dibakar sehingga yang tinggal hanyalah kasut anti-kebakaran keluaran Bata.bayangkan bagaimana kesakitan yang dialami oleh penduduk palestine ketika serangan anjing liar dari udara oleh pesawat pejuang buatan rejim kabul yang melepaskan peluru-peluru dikandungi fosforus putih.tidak lupa juga kanak-kanak yang di tembak oleh penembak tepat jarak jauh anjing liar ketika sedang asyik bermain bola sepak dengan rakan-rakan di Sports Planet Rafah.

Di kala kegiatan kejam rejim Israel ini terhadap saudara kita sendiri yang dirampas tanahairnya,dihalau keluar dari rumah sendiri,ditembak di belikat kiri apakah yang dapat kita lakukan sebagai seorang muslim ataupun seorang manusia bertamadun mempunyai akal fikiran waras dan hati yang agak gelap akibat asap rokok namun tetap diterangi oleh nur?

adalah wajar kita semua ambil sedikit masa tambahan selama 3 minit,fikirkan sejenak,lahirkan idea-idea bernas,kritis,kritikal dan rasional untuk membantu penduduk-penduduk palestine yang sedang menderita.mereka semua sudah bersedia untuk mati.biarpun mati dibedil peluru kereta kebal jenis panther,mereka terus akan berjuang berbekalkan batu ditangan dan yang paling penting hati yang cekal dan tabah mempertahankan bangsa,agama dan tanahair mereka setelah sekian lama diserang oleh anjing-anjing liar sejak dari kejadian Nakba pada tahun 1948,dimana tanahair mereka dirampas oleh anjing-anjing liar tanpa dipedulikan oleh Persatuan Bongok Belaka PBB.

semoga nukilan,coretan dikala bosan,sepi dan lonely ini dapat membuka mata mereka yang masih lelap diselubungi oleh selimut tebal dengan langsir tertutup rapat.pabila disoal oleh Allah yang maha esa kelak,apa yang kamu lakukan dikala saudara seagama mu ditindas? dapat dijawab oleh rakan-rakan sekalian dengan lancar dan yakin.

sekian sahaja,

assalamualaikum.

5 comments:

GER said...

syahdu gile aku bace coretan kalini...sadis...apekate utk hilangkan bosan kite gi tgk drag kt upm ahad ni??jom2..

ask said...

jom

PeJoL said...

nk join gak

woody said...

wuu drag...
L2 turbo..
Putra GSR turbo...
Campro 1.6...

adeh, xley2..
makan tar ar kete aku...

ask said...

ne drag 125 je.
kah kah kah.