Wednesday, April 22, 2009

Kementerian Penerangan

assalamualaikum,

tujuan saya menulis kali adalah untuk menerangkan tujuan sebenar pos saya sebelum ini. mungkin tidak ramai yang menyedari perihal ini, dimana kita sering kali menjurus kearah satu haluan apabila membicarakan perihal ini. pos sebelum ini mungkin ramai yang tidak memahami nya setelah di edit part Epilog kerana mendapat feedback kurang menyenangkan. jadi saya sarankan ianya di buang sekiranya anda semua tidak memerlukan nya.sesiapa yang memerlukan nya boleh copy dan paste untuk digunakan dengan tujuan peribadi.

saya bukan seorang yang rasis. saya tidak akan menyuarakan pendapat offensive kerana perbezaan warna kulit atau cara hidup. segala yang saya keutarakan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, sejarah negara dan rujukan dari orang-orang terdahulu. tiada seorang pun akan saya cerca kerana warna kulit. semua yang diutarakan mempunyai alasan yang tersendiri. jika sesiapa yang tidak berpuas hati boleh membuat rujukan sendiri. lawati lah perpustakaan. cari lah buku-buku berkaitan dengan sejarah malaysia. baca lah perlembagaan malaysia. rujuk lah dari orang-orang yang terdahulu.

saya akur dan faham dengan tujuan blog ini diwujudkan. dan saya berasa bertanggungjawab memberitahu kalian dengan apa yang terjadi sebagai peringatan bukan sebagai hinaan, mahupun fitnah tanpa sebab terhadap satu-satu pihak. jika tujuan saya ini disalah faham, jadi mesej yang cuba saya sampaikan tidak sampai kepada kalian. saya sayang negara saya, bangsa saya dan agama saya. jika tiada sifat ini didalam hati, saya tidak akan menyiarkan pos sedemikian kepada anda semua. kepada yang merasakan saya menggunakan saluran yang salah untuk memberi peringatan kepada rakan-rakan yang sayangi, jadi beri lah idea yang bernas dimana patut saya salurkan peringatan ini. peringatan ini untuk rakan-rakan juga untuk bangsa saya, negara saya dan agama saya.

kepada yang ingin memberikan komen di mana-mana pos di blog ini, anda di alu-alu kan. jikalau tidak berpuas hati dengan mana-mana pos, ingin menyuarakan pendapat anda, sila lah lakukan nya dengan cara yang intelek, berikan hujah anda, nyatakan fakta anda. jangan jadi seperti manusia yang tidak bertamadun dengan menghamburkan kata-kata yang tidak tepat tanpa memberikan hujah yang berasaskan fakta yang benar. tiada siapa pun yang salah dalam menyatakan pendapat jika hujah yang diberikan logik, munasabah, boleh diterima akal oleh manusia normal. jika tidak, hanya akan dilihat sebagai pembawa masalah, pendek akal dan bodoh. jangan memperbodohkan diri sendiri.

akhir kata, secara umum pos ini ditujukan kepada semua. sesiapa yang terasa,sila lah baca berulang kali, dari pelbagai perspektif sehingga anda dapat terima apa yang disampaikan. jika masih tidak berpuas ati, anda boleh hantarkan emel ke ask_311@yahoo.com . dan jika anda masih tidak berpuas hati, anda boleh mengelakkan diri dari melayari blog ini.

sekian, terima kasih.

3 comments:

syfq amr said...

sapot ask.
sapot malaysia.
hidup ask.
hidup malaysia.
ask merevolusikan malaysia.

Anonymous said...

kehidupan di wangsa maju dan stormwind tlah mematang dan mendawasakan ask utk menge-pos pos yng begitu sensitif lantas memerlukan ketelitian, keterbukaan dan kelulusan skurang2nya lulus SPM utk membaca pos ini.

sebagai ahli baru yang belom ditauliahkan oleh ahli lembaga pengarah pasukan,guild leader mahupon raid leader, sy ingin megucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan yang terlibat secara langsung mengembangkan empayar pasukan yang kini semakan menempah nama dalam arena sukan antarabangsa dalam acara berenang dalam guni dan cali gula2 dalam perot bulem..

semoga pasukan ingin behibur teros maju utk keseimbangan dunia dan keselamatan manusia sejagat..

ku.mahu.KAY.tahu said...

ahhahaha
perghhhh
dayatt pon ader nie siot
meriah2
marilah memeriahkan lagi blog ingin berhibur
yg bakal menjadi komuniti yg hebat satu hari nnti insyaAllah