wokeh, ini dia update yg ditunggu2. sepertimana yg anda sume tahu, sek2 Pasukan Ingin Berhibur cawangan pantai timur telah mengadakan satu lagi percutian yg berjaya tanpa sebarang dana dari Berjaya Holdings ke sebuah pulau peranginan, Pulau Kapas. untuk pengetahuan rakan2 yg masih belum mengenali Pulau Kapas ini, pulau ini bukanlah seperti mana yg anda sangkakan. ia bukanlah pulau di mana terdapat beribu2 pokok kapas tumbuh dan penghuni2nya menggunakan kapas sebagai tempat berteduh, beriadah, berenang, membuang hajat, membuang tabiat mahupun dijadikan sebagai jamuan. ianya adalah sebuah pulau peranginan di mana perjalanan dari Jeti Marang dengan menaiki spid bot hanyalah memakan masa dalam kira2 15-30 minit sahaja. tanpa membuang masa, mari kita teruskan ke agenda utama.
Aktiviti2:
Day 1:
- 1100...tiba di Pulau Kapas dengan 2 bot berasingan kerna sebuah bot tidak mampu untuk menampung keberatan ahli2 pasukan kerna masing2 enggan meninggalkan, apetah lagi mencabot spare tyre masing2
- 1115... Check in ke bilek masing2 yg umpama rumah panjang. menyalin pakaian dan terus terjun ke laot tanpa memikirkan keadaan perut yg berkeroncong.
-0130... Kerna masing2 kelaparan, dan penat berenang sambil memancing lembu laut menggunakan rumpai laut diikat dengan botol 7up, ahli2 pasukan segera ke daratan untuk bersiap2 lunch.
-0300... Ahli2 pasukan terbongkang di tengah2 kehangatan matahari akibat terlampau kenyang dan penat.
-0530... Kami dikejutkan oleh ketua kumpulan, En Mat Ropi, untuk bersiap sedia menaiki bot mencandat sotong.
-0630... Ahli2 pasukan menaiki bot nelayan yg bakal membawa kami ke tengah2 lautan cina selatan untuk menjalankan aktiviti mencandat sutong. Namun, kami tersekat ditengah2 lautan akibat hujan lebat yg melampau menyebabkan kami semua basah kuyup di atas bot.
-0740... Bot2 yg kami naiki mula bergerak menuju destinasi dimana lubuk2 sutong berada. Masing2 pun perot da lapar sebab xdinner akibat kesilapan jadual aktiviti. disangkakan, mencandat bermula pukul 830 malam.
-0815... Bot berhenti dan sauh dilabuhkan. Pokcik2 nelayan sumer mengikatkan alatan2 mencandat untuk semua ahli kerna masing2 buta pancing kecuali bulem. Akibat lautan yg sedikit bergelora, bulem yg asalnya paling semangat nk mencandat didapati terbongkang di tengah2 bot. Kami semua tak dapat mentafsirkan perbuatan beliau, adakah kerna mengantuk ataupun mabuk tp nk kaver. Tanpa memikirkan apa yg bakal di bawa ke permukaan, kami mula mencandat tanpa perasaan belas kasihan terhadap sutong2 yg bakal di jemur untuk dijadikan sutong kering. Perasaan seperti dibuai akibat bot dipukul ombak dan angin laut yg dingin sangat syok untuk dilayan ketika mencandat. Namun, ia juga menjadi faktor kepada ahli2 yg mula menguap seluas mulut lembu laut. Ataupun mungkin lembu berada di lautan. Antara sotong2 yg pertama di bawa naik diperoleh oleh Pejol dan Razie. Namun, mungkin kerana sutong2 telah melompat ke darat, sebarang kelibat sutong pun kami xnmpk. Drebar bot tersebot terpaksa mengubah kedudukan kami ke tempat lebih tengah dan jaoh dari daratan untuk mencari lubok sutong yg baru. Kali ini, sutong2 yg naik agak meriah sedikit berbanding tempat yg pertama tadi. Jelas sekali muka2 ahli makin girang walaupun ada jugak yg tak dapat2 dari tadi. Setelah beberapa aktiviti tarik menarik, sutong2 yg telah diperoleh pun di basuh dan dipotong untuk menjadi juadah hidangan nasik dan sutong masak pedas. hidangan2 tersebot di masak oleh salah seorg nelayan bot tersebot ketika kami masih mencandat. selesai hidangan di masak, bulem yg tak semena2 pun tiba2 bangun dan bingkas mengambil pinggan, makan dan tidur kembali. perbuatan yg buleh menyebabkan beliau di campak kelaut untuk dijadikan sebagai umpan. Oleh kerana masakan tersebut terlampau sedap, hasrat dihati dapat dilupakan dengan aman a.k.a tenang. Mata mula mengantuk, angin pun sejuk aje, apelagi, atas jala jugak kami terkangkang sambil alatan mencandat masih dihulurkan ke dalam laut. konon2 belakon ar mencandat.
-0300.... Sedar2, bot da smpi tepi pulau kapas dan kami terjaga dari lamunan alam mimpi. lalu terpaksa lah balek ke bilek dan sambung tidor.
Day 2:
-1000... Ahli2 mula bangun dan menampakkan muka2 xmandi dan xgosok gigi di tepi pantai. dengan kepala otak yg masih bingung dan tidak berpikiran waras, Tick dan Zahid mengorak langkah dengan menyewa kayak. perbuatan ini diikuti oleh Bon dan Hanis, Pejol dan Paan, Bulem dan Hasan. Walaupun cuak kerna kayak di tengah2 lautan, namun, kami buat2 pro dalam aktiviti kayak ini kerna terdapat gadis yg turut berkayak. Dayungan demi dayungan kami lakukan untuk mengetakkan otot2 bisep di hadapan gadis tanpa menyedari peluh2 masam mula timbul akibat asyik mendayung. Lama2, pancit gak akhirnya. kami berhenti di kawasan 'coral reef''. dengan tangkas nya, seperti kejuaraan iron man, kami melompat dari kayak dan teros berenang ke lautan. Kelihatan ikan2 mula bermain2 di bawah kami. "Weh2, jom snorkeling ar cmnie. cun gle sial bawah nie." ujar Paan kerna terlampau asyik melihat ikan2 yg cumil bermain2.
-1130... Kami dengan hati yg dah tak sabar teros ke booth snorkeling trip dan menyewa bot untuk membawa kami ke tempat yg menarik untuk aktiviti ini. Brader yg jage booth itu pun membahagikan peralatan2 (goggle, tiub pernafasan, life jacket) kepada kami. dengan menaiki bot, brader tersebot membawa ke tengah2 lautan. kelihatan muka ahli semakin ceria, namun, diperhatikan, terdapat juga muka yg resah seperti baru saja tertelan bom C4. "Paan, ko oke x? Rilek ar.." kata salah seorg dari rakan2. "Oke2, aku cuak sket air dalam2 neh. Bon jage aku." Ujar Paan. berhenti sahaja bot, kami teros terjun smbil memegang beskut jagung yg lemak berkrim untuk dijadikan sebagai umpan kepada ikan2 yg cumil. Namun, Paan masih berada di atas bot dengan muka yg masih cuak, "Paan, terjun ar, bes woo". Paan pun terjun ke dalam air, walaupun sedikit gelabah, namun, rakan2 tetap ad untuk menyapot. setelah 2jam bersnorkeling, kami pun pulang ke chalet, bersiap2 untuk pulang.
-0300... Kami pulang ke Jeti Marang.
Why I English
2 months ago
10 comments:
huh.
sek pantai timur ne aktif blako.
nengok muke bong hok senyum lebar.
kami buhsan di KL!!
hanya ada chicks,mic dan maple!! demmit.
mahu ke Pulau Kapas.
hahaha...sek kL ni sume dlm dunia sendiri...WOW...map besau tp xsmpai pon ke pulau kapas...wakakaka
wow banyak pulau tuh..
ko da abes menjajah kepulauan2 azeroth ker as?
haha
pulau dalam wow bley candat sotong ker???
hahaha
jom gi pulau yg kt sgapore tu...
kite mencandat gadis nk??
ger.ko bukan dlm kawasan liputan ke kat kl skg?wakaka
zopak xleh join aktiviti mencandat awek dah..
:P
haha.pnh ke aku g mncandat awek? :P
aku pnh g mcandat sotong skali.siyesly dadah.g 10 org.2 org je x mabuk.aku ng tekong bot tu.org len kagum+jeles.bangga beb.ngeh3 :)
fak singapore.
tolak cadangan ger.
jgn alirkan rm ke singpore.
sinapore go die pls.
perhentian agak mahal kos nyer.. plg best adalah tasik kenyir..
3 hari 2 malam.. dlm bot ade tmpt tdo, astro dsb.
Post a Comment