Monday, December 5, 2011

Jangan jangan jangan



Pesanan CEO Serunding Kordi, 6 December 2011, 1750 @ Setapak

Friday, November 25, 2011

Jangan main telur member

Jangan main telur member pesanan dari encik bo, 7e paka, 0300.

Friday, November 18, 2011

jangan maen judi


pesanan dari incik zahid bo
@ jalan tun razak, 0030, 19 nov 2011


Tuesday, November 15, 2011

Bersukanlah Untuk Negara

Sekarang ni orang duk sibuk sukan itu ini.
Badminton, berenang, bola, sukan jari, sukan lengan, sukan siku, sukan dagu, dan sukan lutut.
Dari mana asal usul semua sukan ni mungkin boleh disoal siasat dengan Ketua Jabatan Perikanan Kuala Pilah.

Siapa ada kat kerteh & berani nak libas kayu no 1 pegi 200meter boleh roger gua. Dekat awana, petang esok, kita libas sampai orang jaga driving range nak tutup halau pakai parang.

Monday, November 14, 2011

Tazkirah of The Week

Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya~

Sekian.

Wednesday, November 9, 2011

video seterusnya!

beta agak terharu dan terkentot sedikit (tp tidak lah tercirit sbb beta x maen WOW, no offence Deng "bukan nama sebenar) kerana masih ada lagi makhluk di muka bumi ini yg menantikan video2 terlampau. beta igt beta sudah hilang sinar harapan drpd ahli2 laen yg mungkin sudah kna infection zombi walking dead dek kerana para zombi united pastinya tidak reti menulis blog.

malas ckap panjang, video biadab minggu ini, merupakan aktiviti kegemaran Bonbon "juga bkn nama sbenar" tiap kali beliau berkunjung ke roof top Jusco Ipoh.



yang ini pula merupakan video asli hasil nukilan rakyat msia mengisarkan perbuatan mulia seorang posmen dalam melaksanakan tugas beliau menghantar surat2 dengan pantas lagi tuntas walaupon masalah tayar (bukan diperot pejol "nama sebenar") melanda.

Tuesday, October 25, 2011

Semoga Pendek Alat Kelamin

Memang gua doakan alat kelamin author-author blog ni semakin pendek kecuali gua punya. Hari-hari bukak tajuk sama. Kasik la tukar, blog dimiliki bersama, gelak pon sama-sama, bini lain-lain. Kalau abes malas pon, lu letak tajuk tahap najis tanpa isi pon kira oke dah, agak2 orang gelak baca tajuk tu da cukup asam garam da. Gua tau, ramai je yang bukak tapi menunggu je nak hapdet.


Tapi, gua xkecik ati ngan member2 yg xupdet, gua tau semua penat bekerja dan sibuk hal hidup masing2. Gua pon harap2 tak lama lagi akan bakal sambung bekerjaya, da dekat 6 bulan da gua menganggur ni. Boring tahap kuda tu gua da tak reti nak terjemah dalam bahasa apa dah lagi. Da siap masuk dewan pustaka dah. Setelah berkonsultasi dengan beberapa rakan-rakan lain, semua suruh gak gua berkhidmat kat negara sebelah ni, dah negara sendiri xnak pakai khidmat tenaga kudrat kuda petala alam langit dan bumi ni. Gua jugak berharap incek Farhan a.k.a guru sandaran tidak terlatih (gstt) kelas tatabahasa dan gelak iblis untuk syaitan2 nubis ni, berjaya dalam interview beliau. Ada gak peneman gua kat jb nnt.


Gua banyak dengar cerita itu ini, xpuas ati tu xpuas ati ni, kemon people. Takkan cara shave bulu ketiak pon nak kene ajar, apetah lagi menda2 remeh camni. Kasik bincang baik-baik suwda. Kasik semua ada heppy-heppy itu macam, bagi heppy ending jugala. Kasik semua senyum saja nanti, baru la sambut raya nanti xdak gado-gado, parang-parang.


Gua pon da malas nak leter panjang, lantak lu orang la alat kelamin mengecil.


Happy Deepavali to all my Hindu friends! You know who you are!

Sunday, September 18, 2011

Siri Penjagaan Kaki

Kaki, bukan sahaja digunakan untuk berjalan, berlari dan melompat, malahan, banyak lagi perkara-perkara yang munasabah dan beberapa perkara kurang kewarasan akal yang korang boleh lakukan dengan kaki. So, secara tak semena-mena, kaki ni boleh kata penting jugak la untuk kegunaan harian korang, sebagaimana deodorant penting untuk ketiak korang demi mengelakkan daripada muka korang senget 4inci dari kedudukan asal ketika memegang rel untuk imbangan badan dalam lrt sewaktu perjalanan dari klcc sehingga ke gombak.

Hari ni gua nak bagi tips-tips sikit tentang penjagaan kaki yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa korang. Bukan sahaja kepada kaum wanita, malah juga kepada kaum lelaki maskulin dan juga lelaki yang kurang maskulin.



  • Pastikan kaki anda sentiasa di'kiwi' atau di'wax' setiap pagi bagi sesiapa yang suka memakai shorts ataupun mini skirts sekiranya anda wanita (dan lelaki yang menyerupai wanita). Ini untuk memastikan orang-orang awam dapat mengagumi kelicianan kaki anda dan menjadikannya sebagai cermin untuk membetulkan bulu kaki mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kerja-kerja membuang kemuncup dan gula-gula getah yang melekat pada bulu kaki anda.

  • Lilinkan tapak kaki anda setiap kali sebelum keluar ke pusat membeli belah untuk memudahkan anda meng"shuffle" terutamanya kepada penduduk-penduduk Kelantan yang berdekatan dengan KB Mall. Ia juga tertakluk kepada sesiapa yang ingin melakukan aksi terjun tiruk dari tingkat atas bangunan tersebut untuk memudahkan dan melancarkan aksi-aksi yang merbahaya tersebut.

  • Sentiasa jaga kebersihan kaki anda setiap hari, selain dapat mengelakkan jangkita cekam, ia juga dapat mengelakkan kematian secara beramai-ramai angkara bau kaki yang setaraf dengan toksin gred A.

  • Pastikan kaki anda sentiasa dijaga dengan produk-produk terkini seperti sos black pepper puteri, sos cili thai megi, ajinamoto dan pelbagai lagi. Selain menambahkan seri kaki anda, ia juga memastikan kelembapan kaki berada di taraf optimum. Selain itu, ia juga sebagai penambah perisa kepada sesiapa sahaja yang tiba-tiba termakan kaki anda kerana mulut tiada insurans. Ia juga dapat mengelakkan daripada anda diterajang balik akibat si penerima tendangan sedang khusyuk menikmati dan menjilat kaki anda yang pelbagai perisa itu.

  • Gunakan produk veeet untuk mendapatkan kaki licin lagi seksi tanpa bulu. Anda juga akan dapat menayangkan syiling-syiling dan bekas-bekas tembakan di kaki. Kepada kaum Adam, anda akan dapat bonus ekstra iaitu gelak besar dari rakan-rakan yang melihat kelicinan kaki anda yang tak ubah seperti bapuk di nasi lemak ayam kampung. Anda juga akan dapat mengurangkan dosa kerana memakai seluar panjang 4minggu berturut-turut akibat digelakkan oleh rakan-rakan anda tadi.

Selepas olahan dan tips-tips berguna yang diberikan, diharap kepada rakan-rakan dapat memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kaki masing-masing demi kebahagiaan diri dan pasangan masing-masing ketika diranjang.




PS: Senang cerita, jalan pandang tempat pijak, jangan gelak besar kat adik lu yang jalan terhencot-hencot sebab jatuh tangga. Sekarang, gua nak pegi tandas pon dah nyaris nak pakai kerusi roda.

Wednesday, September 14, 2011

Kay empunya youtube channel???

gua tatao pehal, tapi gua saspek mamat kay ni mmg ade pertalian darah (or pusat) dengan ShayCarl yang gegile tu! same gile but cool dowh (yes, aku amek ati kay je...). dude, get a beard and loose your tan. bulu yg laen tu sile reserve cam biase. jgn lupe wat channel baru KayCarl atau KayLink (saye tak racist, korg yg pike lebey2).














anyway, enjoy the video. sori gua sebok smlm. so, video of the week = go green!



Mari Belajo Cakak Ganu










Hari ni aku makang ikang tepi jalang. Makang dengang saing-saing. Saing-saing datang bapok jaoh sekor-sekor. Tige orang dari kuatang, sorang memang orang mamang, due orang keteh, sorang kuale ganu. Kitorang makang ikang siakak dengang ikang tohok. Bahang udang due ekor. Telor die bapok sedak, sedak nanang. Sek mu rugi blake dok joing skali. Dok nyembang sekor-sekor gelok macang natang beruk. Gelok kekek dok hingat ke dunie doh.


Harharhar!




Tuesday, September 6, 2011

Robert toot-tone really puts the fun in body function

Beta tidak mahu bercerita lebih akan tetapi adalah disyorkan untuk ahlul2 supaya memiliki satu set perkakasan hidup ini untuk kebahagiaan diri sendiri (bukan orang lain). Adalah diingatkan bahawa ahlul2 berhak menolak permintaan rakan2 untuk berkongsi alat ini demi tidak mencemarkan ekosistem semulajadi rimba tanpa harimau anda.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri




Gua malas cakap panjang.




Sempena Raya nih, pakcik nk pesan skit:








  • Bangun pagi teros makan, nanti ada rompong tiang mesjid lapah dek korg kes lapar.




  • Salam cium tangan mak ayah biar melutut, jgn wat gaya salam team bola skolah sebelah time frenly.




  • Makan kat rumah biar berpada, sbb korang ada 17 bijik rumah lagi dgn lauk sama nk kene ratah.




  • Toksah la shave jambang ngan misai semata2 nak duit raya dari pakcik dan makcik sekalian, konpem kene lempang ngan talam besi.


  • Gi mesjid jangan lupa bayar zakat last minit. Jgn bantai mintak duit raya kat Tok Imam suda, mau makan tongkat khutbah Jumaat.




  • Jangan dok buat kedekut bagi syiling lima posen xdak sampul. Sampul tu imej, tambah kalau sampul bonia, harrods, m&s. Budak2 skarang tgk sampul Gi*nt, konpem slipar lu kene ludah.




  • Jumpa member2 yang kesempitan wang sbb xkerja, bawak2 la hulur sampul raya gak.




  • Ubat ketiak bagi sapu mcm xnk mandi 3hari. Konpem bepeluh kuda kes bejalan ke umah mak anjang dalam ladang sawit.




  • Paling penting, beraya tu bagi sederhana sudah. Ramai lagi yg xmampu nak beraya sakan dengan baju & kasut baru mcm kita kerna masalah kewangan ataupun masalah tiada daratan.




Sekian, pakcik mintak maap dan ampun dari la zahir dan batin. Batin ni gua tau stgh2 org ada salah silap gak.



Dah gua nk tido, sok nak pegi takbir raya lak.





Wednesday, August 24, 2011

Ulat



Dah bermacam jenis ubat-ubatan dan racun perosak gua cuba.




Tapi makin menjadi-jadi.




********************






*****************






************






*******






*****






***






**






*






***






*******






***********








****************










************************





PS: kepada Akalil, Opah dan Tikus, gua tau korang pakai taktik "Max 2cm dari kulit kepala". Tp taktik tu xpermanent. Nanti dia meliar balek.

Rempit dan pihak berkuasa

Ape, korg igt mat rempit sume jiwa kebal ke? namun bila berhadapan dengan pihak berkuasa, hilang semua kandungan di dalam seluar dalam. peringatan juga perlu diberikan kepada pihak berkuasa kerana mereka belum lagi bertemu dengan mat rempit pib yang berwajahkan manusia.



sesungguhnya beta pernah post video di bawah ini di page fb rasmi pib:





tak lupa juga kepada rempit2 h**** yang meliar di wangsa maju mahupun yang bekerja di offshore works (orang kate ar, wa tatao pon sape)




Tuesday, August 23, 2011

wah, tandas wanita

walaupun bebudak PIB semuanya bermuka makan budak, namun kita semestinya sadar yang prank kita tidak menjangkaui batas jantina. ini adalah kerana jantan-jantan pib semuanya awesome dan kurus-kurus belaka. kita menghormati kaum wanita, tetapi tidak kaum lelaki apatah lagi jika lelaki tersebut adalah flasher agung mahupun mempunyai pertalian saudara dengan gorila dek karena liputan bulu-bulu yang boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. beta sengaja memilih video ini untuk memperlihatkan keadaan di dalam tandas wanita yang mungkin menjadi igauan beberapa ahli yang selalu sahaja meniduri ahli yang lain di ruang tamu wangsa sebagai contoh. moga video ini memberi kesedaran kepada anda semua betapa pentingnya etika-etika ketika berada di dalam tandas.


Monday, August 22, 2011

Survival Tips

Beta dengan ini melantik diri sendiri sebagai duta youtube di blog ini. jika terdapat bangkangan drpd mana2 pihak berwajib, akan beta buat dunno-aje. Ini adalah salah satu usaha murni untuk memakmurkan lagi blog oren serta memberi kemaslahatan kepada kaum manusia sejagat.

Beta juga ingin mewartakan bahawa hari rabu adalah hari rasmi penerbitan/pencedokan video terpilih. namum begitu jikalau rabu tersebut jatuh pada hari cuti mahupun hari keputeraan BSJ, maka tunggulah rabu yang akan datang untuk video seterusnya. tertubiknya video pada hari laen adalah bonus semata-mata.

Sunday, August 21, 2011

Kemandulan Di Bulan Puasa

Salam berpuasa kepada semua ahli2 dan editor2 pemalas kuda sekalian. Gua buat entry ni time lepas azan subuh dek tak leh nk tdo sbb perut kekenyangan. Disebabkan kesian tengok gamba atok kita yang tersengih2 kat perairan miri sorg2 tu, gua nak updet sket la bagi dia ada hepi itu macam. First skali mcm biasa gua nak bagi salam carutan gunung berapi kat author2 yang berat jari dari ponggong dek malas nak hapdet. Gua tau, lu sendiri yang baca ni pon hari2 masuk blog harap ada org updet, tapi pulang hampa dgn sparuh pahala puasa satu hari burn sbb mencarut kat author2 pemalas sekalian. Gua pon malas nak carut panjang kes ni baru pkul 630pagi, kang xpasal2 credit dosa smpi esok.

Lately ni gua jadi lonely sket kes balek kuantan cuti raya 3minggu awal. Apa nak buat, cuti pon sendiri approve, xyah pegi usap cagu kaki boss dlu nk approve document cuti. Apetah lagi nak kene berenang 3hari tanpa henti untuk sampai ke perairan terdekat. Tu pon belom tentu penduduk kat situ petah berbahasa melayu. Perasaan rindu kat halaman Wangsa dan makhluk2 yg bertandang dan bertendang kat sana pon ada. Mana taknya, tiap2 hari ada ja yang join berbuka, puasa ke idak blakang kira. Janji peluh ketiak basah kes berjalan kat bazaar seberang jalan bertempelkan muka cas cas penat puasa yang penting. Cerita plastik itam sithick bersama milo ais tu tak payah nak ungkit la, gua tau tu cerita lama. Tp gua tetap was2 dgn rakan seperjuangan bulan Ramadhan neh.

Bukan la gua nak tuduh lu org tengah makan karipap berbuka smalam dengan muka bajet chineese look time neh, tp tang menda2 yang kurang perasan neh. Almaklum la kan, time2 tengah syok bosan kat opis. Kerja da makin kurang dek bos pon da malas sbb nak raya ni, bukak fesbuk sket, like 19org punya status, bkak blog sana sini sket, ada yang menarik hati sbb ada gamba awek swit tengah makan aiskrim cornetto pakai baju kurung, lu org pon bertandang la baca apa yang awek tu mengomel 5muka surat pasal aiskrim dia makan xsedap. Tengah syok dok baca, lu org naik boring, jari pon mula la nak terjah kat dua lubang yang terpacak kat muka korg tu. Saiz lubang tu da konpem xsama dek salah satu ekstra servis sket. Mula2 main raba2 ujung bulu idong kat pintu gua je, benti kejap kasik usha alat gerudi kot2 ada harta yang da mula nk sangkut, usha line kiri kanan sket, zaass, dua takuk punya jari korg benam. Korek tu gua konpem la smpai ada hasil. Dengan muka serius kening berkerut usha blog awek tu, sret lu tepel bawah meja, dah ilang pahala puasa xpasal2.

Puasa ni pon gua tau ramai rakan2 kita yg bekerja seperti bangla atau pun idak, ngantuk dia lebih sket tambah2 time pkul 10-11. Yang kerja shif xnampak matahari gua xleh nk komen la. Lunch hour konpem2 lu org berdengkur atas meja smpi kaki tertendang wayar komputer kes mimpi jatuh klcc. Lu punya dengkur gua xnak bagi pendapat la, mau satu floor opis kene clear ingat singa terlepas dari zoo negara. Lately ni pon gua ada dengar cerita dari hosmet2 yang ramai melawat Gua Hira' semenjak bulan puasa ni. Bertandang sejam dua pastu sambung kerja. Abes lu org berdengkur macam m4, lu org bgn pegi la menunaikan solat zohor. Tgh syok layan air sejuk2 gunung fuji kat tangan lu org, lu org pon mula buat yang sunat. Air yang xubah macam cendol sejuk tadi lu org buat 'rinse' mulut yang penuh air liur basi, apetah lagi buat ilang bau tungkik sambal tempoyak yg lu org bedal time sahur pukul 6stgh tadi. 3kali kumur, 2 kali je yang keluar balek. Sekali lagi tu da jadi collateral damage da.

Banyak lagi la menda2 yang boleh bagi lu org puasa lepas 1 syawal nnt dengan alasan puasa 6. Gua pon da malas nak banyak bunyi sbb gua tau skang ni mata sekor2 pon da mcm kene hentak dumbell 5kilo atau lu org tengah sebok nak kaver line kantoi ngan ceo baca blog kaler oren ni. Gua nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan2 dan semua umat Islam. Tinggal xlebih 10hari je lagi nak puasa, zakat jangan lupa nak bayar, yang atas laut tu gua xdak idea nak buat cmne, mungkin lu org boleh campak skeping 50 bagi kat dolphin2 tu buat bli rokok 5kotak. Yang bakal xbalek raya tu, gua ucap salam perantauan. Nak post lagu raya kat wall lu orang kang, ada menangis kat bawah meja makan smbil kunyah kuih raya.

Monday, August 1, 2011

Lambang Sejati Perangai Tak Senonoh

Anak2, sape ade beran mao amek ini test? Silalah berlaku jujur dan saksama walhal pada luarannya mereka di luar sana tahu perangai lahanat anda boleh diibaratkan seperti gab yang terbakar bulu kakinya. Namun, siapa tahu, mungkin dengan muka makan budak anda, di dalam hati masih ada funfair seremban.


KASI CLICK SATU KALI INI LINK: http://electricpulp.com/guykawasaki/arse/

Salam Perantauan Dari Miri

Antara priya terkachak di Miri

Asthma gua makin kronik bila singgah blog ni. Berhabuk, busuk, kepam, bau tungkik, tahik luis, semua ada bersepah sini sana. Gua marah betol dengan sikap editor yang tak ada semangat langsung nak menulis. Kalau susah sangat lu nak tulis, lu letak gambar photoshop bogel Siti Zaleha adik sam bunkface pon jadi. At least gua terhibur dan lebih bersemangat untuk hidup di perantauan. Maklum saja lah, semangat gua sekarang tak berapa nak up. Gua dah hampir nak cecah tahap bangla hina sungai gangges sebab kerja 50 hari tanpa cuti!

Tapi apa pon gua nak ucap salam ramadhan pada ahlul semua. Seperti tak biasa, gua nak bagi tips bulan ramadhan pada incik chevron, incik testis loyot perot berurat, dan incik nagieb (serius gua takde idea nak pajak nama timangan untuk lu. Lu jangan kecik hati ok?) - Jangan lupa sahur. Sapa gosok gigi besok memang noob. Berbuka makan kurma dulu. Jangan duk galak sangat bersih berak bunyi 'cak-cak' dalam jamban. Kang batal puasa.

Sebelom gua undur bontot gua yang mantap, mana yang sedih sebab tak dapat usha blue di siang hari, lu usha video ni untuk senang hati.



p/s: Gua nasihatkan lu orang jangan pajak minom air atau ada apa-apa dalam mulut sebelom usha video kucing bedebah ni. Jangan ulang kesilapan gua. Tak pasal-pasal monitor pc gua bersepah dengan air cendol tadi. Celaka btol.




Friday, May 20, 2011

Tazkirah of the week


Asik post berhibur je.

Sekali sekala ingat akhirat.

Wat renungan semua.

Selamat beramal!

Sunday, April 17, 2011

Bro Code Ingin Berhibur

Memandangkan author-author lain dah mula sedar diri dan dah start menulis, gua sebagai AJK sampah kultus berasa berbangga dengan perubahan drastits yang berlaku. Teruskan lagi menulis. Jangan berhenti. Jadikan ia sebagai hobi. Sesungguhnya nirvana penulisan itu mampu dicapai oleh sesiapa pon. Tapi mungkin sek-sek kulit gelap berambut jarang ada lebih peratusan untuk mengecapi nikmat nirvana penulisan berbanding warga-warga normal yang lain. Apa nak buat. Mereka lebih disayangi dewa vishnu.

*****

Gua kali ni ada nak cerita benda penting. Info yang sebenarnya gua dah lama nak lempias tapi asyik terlupa. Gua memang kuat lupa. Kisah lupa gua memang dah tahap legendary dah. Mana ada manusia normal boleh terlupa yang dia tengah pakai seluar pendek dan buat konfiden join orang sembahyang asar? Takde kan? Gua memang special. Tapi jangan duk samakan gua dengan kanak-kanak istimewa. Itu menghina. Tatasusila kena jaga. Jangan duk tiru gaya orang utara. Dah la gay, pelupa pi tinggal jam omega pulak.

Pada yang belom sedar, kehidupan harian kita sebenarnya sentiasa di kongkong oleh undang-undang. Kod tatasusila ni kita kena patuh. Kalau tak patuh akibatnya jadi la macam "datuk trio", pak lah badawi, nuar berahim, dan juga rebecca black. Ni antara nama-nama yang tak dengar nasihat. Yang tak patuh pada kod kehidupan. Si datuk trio tu memang celaka. Dah elok dah nuar berahim nak try main pantat dan lupakan pungkoq, dia leh pi kantolkan org tua tu plak. Memang nuar berahim selamanya jadi pungkoq lover la. Si rebecca black pulak jenis artis baru cap ayam sunti. Vagina belom ada bulu dah mengada nak jadi artist. Suara dia memang tabley lawan suara vokalis gua jelot, apatah lagi kalau compare dengan suara abang jamkang kita, memang rebecca cicir habes. Tapi yang dia pi nyanyi lagu Friday lirik bagai sampah tu buat apa? Lagu tu kalau gua tukar lirik sebut 'jubo,jubo,jubo' sampai habes pon gua rasa lagi sedap.

Jadi untuk elakkan benda-benda tak sihat ni dari menjalar masok ke dalam PIB, gua sebagai AJK sampah tampil dengan bro code kita sendiri. Kod ni patut dijadikan garis panduan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh PIB. Tapi kalau boleh jangan taksub sangat lah. Jangan sampai meletakkan kod ni melebihi Al-Quran dan sunnah nabi. Lu punya account petir lu tanggung sendiri. Gua taknak campur.

*****

Bro Code PIB: Akta Perkara Asas

1. Kalau ada bro yang punyai masalah identiti, sila suap beliau dengan keenakan video maria ozawa dan alexis capri. Jangan biar bro kita jadi macam nuar berahim.

2. Dilarang pow maggie yang dimasak oleh bro yang lain melebihi dua suap. Kalau nak lebih tunggu sampai dia bagi permission. Kalau nak lebih jugak lu pegi masak sendiri.

3. Adalah haram bagi seorang bro dalam diam meminati awek bro yang lain apatah lagi curi-curi cilok gambar awek tersebut untuk buat modal.

4. Adalah wajib untuk seorang bro mengajar bro yang kaki bangku cara-cara menyepak bola sepak dengan betol. Jangan biarkan bro kita diselubungi misteri alam gadis.

5. Jika terbangun tido dek terjaga sebab ada bro badang katang sedang bikin suara pondan ayu becakap ngan awek beliau, sila buat bodoh dan cepat-cepat bermuzakarah. Kalau boleh esok pagi jangan cerita kepada bro-bro yang lain. Tunggu miggu depan baru cerita.

6. Haram mughallazah untuk seorang bro untuk kejut bro yang lain dari tido dengan meraba/mencuit bontot bro tersebut.

7. Adalah dinasihatkan kepada semua bro yang pakai boxer membeli boxer mengikut saiz pinggul dan peha masing-masing. Janganla peha dan jubo besar tong drum ada hati nk pakai boxer saiz S. Akibatnya nanti akan ter-flash telor sana sini.

8. Adalah digalakkan untuk salam tangan bro yang dah lama tak jumpa. Kalau yang dah selalu jumpa tu tak payah salam. Terajang bontot tanda sayang sudah memadai.

9. Adalah wajib untuk tegur bro yang taik hidungnya terkeluar di celahan lubang idung. Tak manis kalau dilihat awek beliau nanti.

10. Wajib untuk seorang bro blah kluar dari bilik setelah mendapati bro yang lain suwda buat muka gatal dan horny nak usha blue. Bagi lah can bro tersebut buang sperma basi beliau.

11. Haram bagi bro yang usha blue guna laptop bro yang lain dan meninggalkan bekas air maniam di atas keyboard mahu pon mouse.

12. Bro yang top class adalah bro yang sanggup cuci muntah bro yang lain yang pentoi dalam tandas lepas pekena "hidangan 2 alam"

13. Nilai hutang yang wajib dituntut diantara bro-bro adalah RM2 ke atas sahaja. Kalau hutang lime posen pon lu nak tuntut maknanya lu seorang bro yang low class!

14. Adalah digalakkan untuk tidak kentut di dalam kereta bro anda. Sebab konfem nanti semua taknak mengaku. Mari elakkan tuduh menuduh dan perpecahan dalaman.

15. Haram untuk seorang bro mengepow rokok last bro lain. Tapi kalau rokok last tu rokok nusantara hukumnya makruh.

16. Jika ada ternampak bro mengeluarkan manly tears selepas usha cerita romantik atau cerita sedih, jangan dibahan atau dicerca bro tersebut. Mungkin beliau kurang kasih sayang dari rumah. Kita tidak tahu.

17. Jika ada ternampak video aksi bro berkongsi kasih sayang di youtube bersama awek beliau di kedai kopi, jangan disalah erti adegan bro kita itu. Mungkin beliau takut bini.

18. Jika ada bro yang berkulit gelap tahap bitumen, adalah haram untuk kita bagi fair and lovely sebagai hadiah hari jadi. Diantara bro-bro tiada sentimen warna kulit!

19. Jika ada bro yang dari jauh datang berkunjung ke rumah, adalah harus hukumnya untuk bro bagi tilam/katil kepada bro yang datang berkunjung tersebut. Tuan rumah tido atas lantai sudah memadai.

20. Jika ada bro yang ajak pergi semayang jumaat, jangan cuba untuk sailang bro tersebut pegi main snooker plak. Tuhan maha mengetahui!

21. Jika ada bro yang tanya "hensem tak aku?' adalah wajib untuk kita jawab "tak. muka lu macam selipar tandas kut". Seboleh-bolehnya kita kena buat bro kita berpijak di bumi yang nyata. Jangan biar dia lupa diri.

22. Jangan dibiarkan lu punya bro hidup single lama-lama. Kalau lu ada adik lawa(orang seremban) apa salahnya kenalkan pada bro-bro yang single. Barulah padu silaturahim diantara bro-bro!

23. Bro yang berenti isap rokok lepas tu beli rokok elektronik lepas tu hisap rokok dunhill balik memang patot kena siku di pipi kiri. Jangan menipu diri sendiri. Tak cool ok!

24. Jika ternampak ada bro dari puchong dan kota warisan tiba-tiba pakai kain pelikat dan sembahyang asar, jangan pulak ambil peluang ambil gambar dan post di facebook pula. Siapa kita untuk mempersendakan iman mereka?

25. Adalah nice dan tawadhuk untuk bro yang gaji melebihi 4k sebulan untuk open table minom air teh ais sebulan skali pada bro-bro yang bergaji sempit.

26. Jika tiba-tiba terpegang tangan bro yang lain ketika syiok berjalan di mesra mall, digalakkan buat bodoh dan teruskan perjalanan. Jangan biar ia berlegar di mainan minda.

*****

Hah itudia serba sedikit bro code PIB yang dapat gua lampirkan untuk tatapan ahlul semua. Kod ni gua sendiri yang pajak dan hanya available untuk akta perkara asas sahaja. Untuk akta adab ketika di mapley dan akta berkunjung kewilayah wangsa, kita sambung pada edisi seterusnya. Gua dah tepu idea nak memajak. Pada masa yang sama, mana-mana ahli yang rasa nak tambah, gua memang galakkan. Nanti agak-agak bro code ni dah banyak dan meliputi segenap aspek kehidupan, boleh la kita kitabkan dan letakkan ia setaraf kitab veda hindhu!






Saturday, April 16, 2011

Hujan Emas di Negeri Orang, Band Hujan di Puchong

gua nak cite sikit je. tu pon sebab gua nak tunggu 'el classico' jap lg.

1. Barisan Nasional menang 2/3 majoriti di Sarawak.

2. Taib Mahmud angkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

3. Zine Al-Ebidine, Hosni Mubarak da down.

4. Muamar Gaddafi on the way.

5. Syria belum lg.

6. UN lancar air strike.

7. Japan kena tsunami, nuclear reactor meltdown.

8. USD, Pound Sterling da tak kuat.

9. China economy growing rapidly at 10%.

10. Minyak akan naik, middle east tak stabil.

11. Inflation increased, as well as commodities.

12. Simpanlah emas, dari simpan mata wang.

13. Jgn layan band hujan.

14. Sokong barca.

Sekian.

Thursday, April 14, 2011

Air Mineral Naik Harga

Setelah arakian lama tidak berbicara di laman sosial tersohor seantero dunia ini, kalini Yamtuan Al-Gaddafi kembali dengan nukilan-nukilandan puitis-puitis minda yang menggegarkan setiap ruang minda dan otak mereka-mereka yang rajin bekerja. Sebelum itu Yamtuan ingin memohon maaf kerana, maklumlah post terakhir adalahlebih kurang 42 tahun lepas, sewaktu baru memerintah Libya. Hanya kali ini sahaja baru ada sedikit masa untuk berbahas dengan warga warga PIB yang sekarang rata-ratanya sudah bekerja. Namun begitu,kelakuan dan identiti seorang ahli PIB masih lagi kekal dan terkesumat di hati setiap inci insan-insan ini yang rata-ratanya masih kekal tak guna. Sebab kekurangan post dari Yamtuan adalah bukan kerana malas,tapi kerana sedikit sibuk melepak di tempat kerja. Masa mengangur pula sibuk melepak di rumah. Jadi kekangan masa inilah yang menjadi penyebab kekurangan post,keretakan rumah tangga dan bisul di pipi.

Kali ini Yamtuan ingin berbicara mengenai topik yang sangat sensitif dan jitu. Harap-harap hasil perbincangan kita ini disimpan antara kita semua sahaja lah ya, antara pembaca-pembaca blog yang tegar ini, serta mana-mana manusia yang tersilap masuk ke page ini. Macam mana boleh tersilap masuk pon Yamtuan taktaulah. Dalam banyak-banyak web porn di luar sana tu, web ni jugak dimasuknya. Tak masuk akal betul. Kerja gila semua ini.

Pernahkah antara kamu semua pergi ke Mahkamah? Ya Mahkahmah. Tempat pesalah-pesalah dijatuhkan hukuman kerana melakukan kesalahan besar, kecil, bodoh atau berbahaya. Baru-baru ini, tanggal 22 Oktober 2010 Yam bergerak ke mahkamah untuktengok perbicaraan pekerja kedai ayah Yamtuan kerana ditangkap meminum air ketum. Atau Ketung dalam bahasa Tganu. Atau Ketuk dalam bahasa Puchong. Keadaan di sekitar Mahkahmah pada hari itu tenang dan aman, di level bawah. Seperti indahnya pantai di bawah sinaran cahaya bulan. Oh indah.

Naik sahaja satu tingkat, terus suasana jadi hablau dan hawau. Macam-macam orang dan macam-macam jenis kesalahan kita boleh tengok dan analisa. Ada budak sekolah yang kena gari, wa (Yamtuan direfer sebagai Wa dari point ini) syak dia pukul budak. Gengster sekolah kot. Tak pun skodeng cikgu pompuan kemudian curi panties. Tak pun curi mesin rumput tukang kebun then jual. Kecik-kecik dah bongok menyusah orang. Besar-besar ni candidate jadi sampah masyarakat. Cubala contohi Aweed menjadi insan berguna (sarcasm).

Nun di hujung sana ternampak sebahagian geng-geng cina 2 3 orang. Wa syak dari muka pukimak diorang ni AhLong. Muka memang ganas semua.Yang sorang tu muka jambu rambut merah, tapi dia tekan jugak muka nak bagi nmpak garang. Dah macam haram wa tengok. Nasib baik polis situ tak lempang. Wa tengok dulu keadaan dan suhu humidity macam mana, kalau memerlukan wa lempang dia sendiri later.

Lepas tu ada seorang ni yang kena gari. Kalau lu tgk dia, dari atas sampai bawah semua nampak jahat. Kalau budak-budak tengok mesti menangis. Kalau mak budak tengok mesti monopaus. Sampai begitulah jahatnya dia ni.

Tup-tup dia lalu btol-btol tepi wa, tiba-tiba terlanggar bahu.Wa terus panas. Celaka. Dia pusing je wa terus maki..."BUTOH HANG LA NAK HARAM. MUKA LU WA TGK KECIK BESA KECIK BESA KANG AKU TIBAI MAMPUIH TRUIH. JALAN TAK NAMPAK ORANG KA NAHARAM BODO?". Tapi tak ada respon. Pertamanya mungkin sebab dia cuak, dan gerun dgn kegangsteran wa. Peh muka wa pon orang tengok takut beb. Ataupun sebab keduanya sebab wa maki dalam hati.

Dihujung sana terlihat kelibat seorang pakcik tua. Pakcik ini sedikit serabai. Gaya macam orang tua lah. Tapi serabai. Bukan barai, serabai. Wa syak dia ni kena datang sebab kes seludup kain pelikat dari Thai. Tak pun curi beras ikut sempadan. Wa bukan nak mengata orang, tapi nampak gaya macam tu lah. Dia ikut geng kami masuk ke dalam hall mahkamah tu. Dalam hall tu ada banyak barisan kerusi. Ada hakim, dan seorang demi seorang pesalah akan masuk kedalam kandang kuda dan dibicarakan. Banyak orang jugak diorang handle dalam satu sesi. Lepas tuduhan dibaca, Hakim akan tanya sama ada dia mengaku bersalah, atau mintak dibicarakan. Yang mintak benda pelik-pelik pon ada. nanti kita diskas.

Lepastu kat side tepi ada polis yang menjaga prosiding atau dalam BI, proceeding. Polis sini wa bukan nak cakap la, tapi semua makan suap. Wa tak tipu lu mat. Tak caya lu tengok la nanti bila masuk mahkamah. Lu pegi tengok polis tu time dia makan nasi. Kalau tak suap macam mana nak makan ye dok.

Bongok.

Ok on the serius note diorg ni kadang-kadang akan cakap leh adjust la apa la, tapi jangan percaya depa ni. sama lahabau macam pesalah. Mana boleh adjust benda dah masuk court. Kadang-kadang rasa nak lempang jugak depa ni, tapi lepas tengok saiz badan dan senjata yang dipegang, niat terus kekal sebagai niat sahaja.

Arakian, tiba-tiba, muncul sa-orang gadis ayu di tepi. Pakai tudung, baik, memang baik habis, takda cleavage. Wa da zoom habis pun gagal. Apa yang gadis macam ni buat kat sini? Pada hemat Yamtuan memerintah selama 42 tahun, mesti la sebab laki dia yang barai perangai seperti kafir Quraisy dok membuat perangai anjing menyusahkan orang ramai.Dah cantik-cantik macamtu dok kawen dengan orang tak tentu hala buat apa. Malang sungguh. Kemudian, bila case seterusnya disebut, pesalah suruh masuk kandang, ada laki 4 5 orang masuk disitu, pastu tup-tup dengan pompuan cun ni skali masuk. Nohorom jahat jugak. Kesalahan aku tak berapa dengar sangat. Mungkin dia bebal mop lantai rumah bos dia menggunakan cangkul. Sapa tahu kan. Benda-benda bengap ni selalu orang buat. Terutama orang Klantan.

Lepastu muncul giliran pekerja ayah Yamtuan tadi, Sulaiman Hassan (Nama sebenar). Si dia ni antara perbicaraan paling lawak la wa tgk. Haha. Hakim baca pertuduhan, lepas tu option boleh pilih, nak mengaku salah atau dibicarakan. Dia pi bijak mintak suruh hakim buang kes.Apekah fungkirnya suruh hakim buang kes? Hakim tu pon aku rasa nasib baik tak ada rifel atau awi rafael. Kalau tak mau kena hentak dengan bontot rifel tu member wa ni. Last2 dia mengaku bersalah, tapi mintak tangguh keputusan hakim sebab nak kumpul duit dulu, sebab nak bayar denda tak cukup nanti.

Lepas tu wa pulang. Wa tak tau apa jadi seterusnya dekat insan-insan ini. Ada yang keluarga duk menangis dekat tepi, ada yang duk menangis sorang-sorang sebab tak ada sapa kasihankan. Ada yang kena gari sampai duk kepit-kepit seluar setiap 5 minit sebab nak garu telur tak boleh. Macam-macamlah.

Oleh itu Yamtuan al-Gaddafi ingin menyeru kepada ahli-ahli supaya kurangkan membuat aktiviti bergaduh, mencuri, membuat onar dan berdengkur. Cuba tukarkan aktiviti kepada yang lain seperti bergaduh dengan syaitan yg mengajak ke arah kemungkaran,mencuri hati gadis, membunuh lipas, dan sebagainya. Sesungguhnya hidup kita akan lebih cemerlang. Bak kata pepatah, bulat air, kerana pembentung. bulat Alkhalil, kerana jamkang.

Selamat Beramal.

Tuesday, February 22, 2011

Dunia Orang Tanpa Arah

Mula-mula sekali gua nak sound yang ini cerita benar. Tiada tokok tambah.

*******

Semalam gua akhirnya surrender dengan ketentuan illahi. Takdir menentukan gua akhirnya tersungkur dengan dakyah masonic billy aman dan sekutu rapat beliau kudhaliaq. Gua dengan ini terpaksa announce yang gua telah terjebak di dalam permainan video terhebat abad ini yakni DOTA. Langkah drastik ini terpaksa gua ambil disebabkan gua sudah tak boleh handle dengan tahap imbaness yang gua capai di dalam permainan video WOW. Apa lu pikir gua tak kesian dengan kanak-kanak hingusan yang belom sempat nak garu telor dah mampos kena lava burst gua dalam battleground? Apa lu pikir gua takde sifat perikebinatangan langsung? Ya gua sedar gua memang suka membunuh macam binatang buas di dalam battleground tapi yang sebenar-benarnya gua adalah lelaki yang berjiwa mulus. Tak larat gua nak menangis seorang diri dalam bilik dek terbahak usha diri sendiri membuli kanak-kanak noob tersebut.

Jadi untuk lari dari semua ini gua terpaksa cari a new game. Permainan baru yang dapat buat gua rasa rendah diri dan stended cap ayam. Dah lama gua tak rasa macam itu!!! Semalam baru gua dapat penangan petala kudha cap ayam ghapla dunga kamu tahu!! Gua seronot!! Yah seronot!! Sebab gua kena buli tahap kaodu anjeng oleh promaster DOTA sekalian yakni Billy aman dan pitmin si kuds kuds! Gua semalam sudah macam Jenny Lee kena ikat empat penjuru atas katil dan ditala 4 dayus warga afrika barat kamu tahu! I felt helpless and noob!! Oh yeah!

Dan yang buli gua semalam tu gua nak bagi peringatan sikit jangan duk gelak lama sangat. Gua akan pastikan yang dalam masa 2 bulan ni akan gua buat gerak gempur pertapaan ilmu DOTA secara intensif. Mengikut ajaran Sun Tzu "The art of War" gua kena selami jiwa enemy secara mendalam. Barulah gua dapat baca gerak geri musuh dengan cemerlang. Gua syak konsep Suntzu ni memang baguih dok ada. Ini membuat gua mengelamun sebentar memikirkan apa akan jadi kalau sekor-sekor member gua betol-betol jadi watak DOTA.

Hmmmmm...

Gua start dengan makhluk ipoh dulu lah.

Heroes Name: Billy the chevron destroyer

Ability:
1. Chevron Orb - Deals 500 nature damage to a single target. Stack up to 5 times. After 5 stacks the damage will burst the enemy for another 250 nature damage.
2. MKJM (Mampos kau jadi monyet) - Hex an enemy into berok makyeh for 4 seconds.
Passive ability: Enemy that stands 5 yards near Billy will feel smaller. They will also feel their punani become smaller as well.
Ultimate ability: Transforms into Wukong. In this form, Billy will feel no remorse and will attack all enemy around 40 yards with his small hairy dick. Effect will not end until Billy is killed.

Seterusnya pula...


Heroes name: Paan The Hell Registrar

Ability:
1. Flashy Testicles - Silence the enemy for 10 seconds. Enemy will also feel dazed for another 5 seconds after the silence effect is finished.
2. Cumshot from hell - Deals 600 nature damage to a single target and immobilize them for another 4 seconds.
Passive ability: Paan will always laugh like an Iblis Handalan when he walks around thus increase 25% of his health every 2 minutes.
Ultimate ability: Tuala Mandiku Harum (TMH) - Once Paan unleash the TMH, it will deal 1000 shadow damage to all enemy around 60 yards. You will also see the effect of muntah darah bernanah of all TMH impacted enemies.


Dan tidak lupa...

Heroes Name: Pitmin the Kudha Slayer

Ability:
1. It's a "dark" world - A preach that turns enemy into a Paria Naidhu. Once enemy is turned into this form, it will stop attacking immediately and will start to tebar roti canai sambal tak mahu.
2. Dumbbell of Wangsek - Slows enemy movement for 80% for 10 seconds. Also deals 200 nature damage during the movement impairing effect. You can also see enemy menangis tak berlagu during this effect (only applies for high graphic quality pc)
Passive ability: Pitmin's armor will increase for 40% everytime he gets to a higher level.
3. Ultimate ability - Summon SheDevil "premila" for 3 minutes. Premila will seduce enemy thus silencing them for eternity. She can also assimilate with pitmin and transform him into Hindhu Demon named Prakash. In Prakash form, pitmin will be able to teleport to any location that he wishes except Ameeth.

*******

Haaa!! Skang baru gua rasa yakin sikit untuk enter room 30 lepas kerja nanti. Memandangkan konsep Sun Tzu ni telah mengajaren gua supaya mengenali musuh-musuh gua, sekarang gua rasa dah well prepared habes untuk bertelagah dalam dunia maya bersama rakan-rakan nanti.

Bak datang you alllzzz!!!

bangun dgn rambut seperti singa?

bangun dgn rambut spt singa??

ya, iklan dr jenama shampu terkenal membuatkan ak gelak mcm org ilang kepala semalam. tp bila dah 2-3 minit ak gelak, rasa macam nak tajak pulak tv tu. tp ak cuak, nnt athe maki segala keturunan ak baru tau. buatnya disumpah alat kelamin muncul dan hilang mcm biskut baru tau. pastu dlm iklan tu dia buat kepala minah tu jd singa berjambang. nasib baik jambang je, buatnyer ade jamlur ke, jamtut ke, lg wathal. kira ak bersyukur gak ar sbb dia amek singa, sbb ak tau ramai org berambut singa bila bgn tido. tp klw dia buat padang rumput ke, kapet pakistan ker, dawai berus ker, mau xmenangis ak dpn tv terasa. tp sekarang rambut gua da terurus. leper dan lurus. lebah terbang konpem dia ingat airport, bukan sarang tebuan atau busut babi. cicak jatuh dr atap klcc konpem selamat. awek tgk konpem ingat rambut gua natural. terima kasih gatsby!

kpd akalil. ko punya alat kelamin didoakan semakin panjang. kpd author lain sila pakai cawat besi utk mengelakkan drpd dipotong atau dicantas.

Tuesday, February 8, 2011

Asal Usul Nama Bota dan Sejarahnya

Dek kerna takot ngn ugutan Captain Bonzer..maka gua update ini blog dgn towel dan boxer yg gua sandang kt bahu gua mcm time Stone Cold menang tali pinggang WWF.

Time gua tgh 'Barry' gua terpikir mcm mane la name Bota nie boleh dpt dan diberi kepada tmpat tersebut..simple tp padu..buat sumer org kt Malaysia nie kenal name Bota.Imuda buat lagu kepada name tmpat ini..Kaza buat lawak pecah perot dgn bermodalkan nama tmpat ini..maka ini lah bnde yg kuar dr otak gua.

Ketua kampung yg sebok nk bina umah utk bini no 4 berinteraksi dgn tokey construction:

Ketua Kampung: Oiii tokey..lu apa bikin?

Tokey: Haiiyyaaa..manyak lansi la lu..gua tgh layan itu Bak Kut Teh maa..apa hal lu kaco2 gua nie

Ketua Kampung: Lu mmg lansi..pekena bak kut teh bukan nk kasi gua sket..ma @#$%^%$#$$%..(cilake btol mulut ketua kampung nie)

Tokey: Ada apa hal lu nie..kasi tau la

Ketua Kampung: Nie gua nk tnya..batu BOTA yg gua mintk nk buat umah bini muda gua lu dh ada stok ka??

Tokey: Batu BOTA??

Ketua Kampung: Errkk...fakkk..typo..

Tokey: hahahahahaha...batu bota..batu bota..batu bota..batu bota...

Ketua Kampung: B**i..typo hanjeng!!


itu lah asal usulnye..yer..mase tu mmg dh ade Yahoo Messenger..

sekian

fungkir

ak tadi da apdet. siap taip panjang berjela guna keped bb gua neh. tinggal nak tekan publish ajek. mungkin tuhan marah kot sbb ak tulis psl daud. mungkin beliau membela jin ataupun ada hanis kat kl neh. sbb tu gua tertekan 'cancel'!!!! arghh!! author2 lain.. semoga alat kelamin semakin pendek dek malas nak hapdet..

Sunday, January 30, 2011

Masih Ingatkah Kita.. Bab 1

Salam 1 Malaysia

Jika kita masih ingat dahulu ketika zaman bangfes di UTP pasukan ini (merujuk kepada pasukan ingin berhibur) di anggotai oleh warga2 yang cuba menghidupkan budaya berhaluan kiri yang sering cuba untuk menceriakan suasana harmoni di kampus UTP. Pasukan ini sering menceriakan gadis2 yg senantiasa berasa gundah dan amarah untuk pergi lecture dengan teguran teguran manja yang membuatkan hati anak gadis tercuit. Perkara ini tidak dilakukan dengan niat mencari undi ataupun membeli undi simpati cinta, tetapi hanyalah untuk keceriaan sahaja.

bangfes = low self esteem, half retarded (sumber wikilick)

Ketika semua anggota pasukan masih mencari identiti unggul dan padu seperti contohnya, pergi ke klas dengan lagak gangster. lagak gangster ini seperti membawa pen sebatang dan kertas boleh dipinjam dari rakan2 yang lain atau gadis. Rambut mahu ketak dan padu ke udara. Bagi bangsa terpilih yang sama dna seperti gua, part rambut memang ada masalah sket. memang haru dibuatnya.Rambut kami ni jenis yang macam spring, tak mampu memberi gaya padu ke udara. Tetapi, mesti kena ada tetapi, kalo tidak tak boleh jadi hero la brader. Tetapi rambut begini ada sentimentel dan artistic value. noktah .

Misai kasi cara ala2 mexcican. muka mahu ganas dan tampan. gelak mahu jantan. Perilaku ini mungkin mahu menonjolkan lagak hero seperti filem tamil lakonan Rajinikanth. Apabila masuk ke kelas perkara pertama yg di bualkan adalah rating yg di berikan pada setiap gadis. ini adalah pasti!!.

Gaya berjalan juga pasti diambil kira, gaya mahu kerass. Gaya berjalan seperti tiada pengertian cinta dalam hati. Gaya seorang yang anti bunga, anti hadiah, anti teddy bear dan barangan berwarna merah dan pink yg berbentuk hati. ini semua yahudi. dan sangat membenci perasaan manja. Bak kata hati, manja itu tahi!!!

Tetapi pada ketika itu(2005,tahun melayu) terdapat juga anggota yg tidak mengambil kira itu semua. Ade aku kesah. bentak hati mereka. Seperti seorang anggota yang berfahaman __________ . Beliau masih berada di alam kayangan gubahan sendiri ketika itu. beliau mngagumi Haikalusinasi.

Ada juga kanak-kanak yang menganggotai pasukan ini atas desakan abang2 dewasa. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Ini akan merencatkan perjuangan pasukan ini. Tetapi jangkaan kami silap. Kanak-kanak ini sangat buas, langkahnya adalah langkah pejuang. Begitu ramai gadis yang terkulai di hadapanya apabila bait-bait sajak rock kapak di ungkapkan olehnya. Ini sangat tidak adil!!!

bersambung di Bab 2 ....

Tuesday, January 18, 2011

Flower on your dickhead??

Lu orang penah dengar quote "Flower on your dickhead"? Kalau belom pernah dengar maknanya lu ni memang tergolong di antara manuasia-manusia yang bernasib baik lah gua kira. Sebab apa? Sebab ia bermakna lu orang masih belom kena tarbiyah pasai ilmu sex dan batang butoh oleh tukang urut ghapla butoh terkenal dari india yakni Partman Ramasinggam aka Ular hitam angkasa!!

*******

Gua mula-mula tak sangka yang Partman (bukan nama sebenar) ni jenis yang amek berat pasal kesihatan kote beliau. Setahu gua, sek-sek pompuan je yang amek berat pasal kesihatan alat kelamin ni. Perempuan lain la, tiap-tiap bulan terpacul air merah. Ada jugak kes-kes perempuan yang naik ketumbit di celah vagina pasal tak jaga kebersihan. Setahu gua lelaki memang sempoi. Kencing tak basuh pon tadahal. Gua ingat kalau lu biarkan kote lu tak basuh 18 tahun pon masih sihat dan steady gonzalez. Tetapi bagi Partman lain pulak ceritanya. Beliau bertegas bahawa kesiahatan dickhead perlu diambil berat dan jagan sesekali dipandang enteng. Tegas beliau, darjah kesiahatan ghapla buth lelaki terletak pada berapa lama ia dapat bertahan apabila digarap ganas oleh amoi kedai urut thailand atas oldtown danau!

Gua naik nak pitam pon ada bila si Partman ni start berbual macam agen penegak kote sedunia. Mana taknya, dia punya duk syok buat demo macam mana nak urut kepala bana anda supaya hilang deria geli in order to make it long lasting like Energizer battery!! "Hang kalau muka hensem kulit cerah pon tak guna kalau kutir hang noob! Kena asah 5 minit pon dah nak cum apa cerita machaa!!?" selamber alam Partman sound member-member dia. Gua naik bingit pon ada. Ada ka cakap gua mampu bertahan 5 minit. Sikit lagi gua rasa nak jek dada si Partman ni. Tapi gua cancel balik niat gua tuh. Partman ni selain dari jadi tukang urut batin, beliau juga ada mengamalkan ilmu gym katang keras. Jadi gua tak berapa nak yakin sangat kalau nak bertarung fizikal dengan dia.

"Ni aku nak cerita. Kalau hangpa urut pala buth macam ni hari-hari (sambil buat gaya usap pala buth.faakk!!) dan kasi urut lama-lama sampai nampak bunga, konpem lepaih ni amoi sembah hang!!" Celaka. Apa punya nasihat dia bagi pon gua tak tau. Celah pluto mana pulak kote buleh nampak macam bunga?? Gua lagi sikit je nak call jabatan agama islam danau soh tangkap si Partman ni. Tapi apakan daya, nombor jabatan agama memang tak pernah ada dalam henset bwackbewwy gua. Gua buat keras je la layan tarbiyah free pasal kote malam tuh.

********

Tapi gua macam perasan yang cik menz (bukan nama sebenar) beriya benor nak blaja cara-cara nak tahan lama. Beliau kelihatan tersipu-sipu bila Partman sebut pasal diri disembah amoi. Gua syak mungkin cik menz ada fantasi liar nak kahwin dengan amoi dan disembah bagai raja chennai setiap hari agaknya. Ada betoi ka cik menz??

Sunday, January 2, 2011

Suatu Petang.... (credit to bani)

Satu petang di Setapak Golf Range wif a few Tan Sri's, Dato's and a non-visa pass through a few pipes and drains to get to malaysia Kelantanese... (and not forgetting a Sepang newbie)




PS to all: Please consult a trainer or an expert before you start Tee-off with a driver in order to avoid 15 unidentified flying golf balls in all direction (including the basket)