Thursday, December 31, 2009

Sekalung Tahniah~!



Salam semua rakan-rakan dan taulan. Sempena tahun baru 2010 ni, kita patut mengucapkan syukur sebab dipanjangkan umur. Maklumlah, umur makin tua tapi sekor-sekor bajet muda. Okay, tujuan post ni adalah untuk menjemput ahli-ahli pasukan untuk pergi makan jemput. Boleh la dikirakan jemput, mana tau kot-kot ade tukang goreng baru ker. Maklumlah, perniagaan rakan-rakan kini semakin maju, dengan tertubuhnya satu cawangan baru yang wujud di kota raya Kuala Lumpur. Tidak seperti rakan-rakan lain yang berfikiran sempit dan membuka cawangan di sekitar Universiti Teknologi Petronas sahaja. Oleh itu, mari kita hadiahkan sejuta tahniah kepada En. Nazir yang telah berjaya membuka sinar baru dalam hidupnya. Usahanya yang tidak mengenal erti henti mahupun jutaan capati telah membuahkan hasil.

En. Nazir, seorang yang berwibawa dan kental dalam apa pun pekerjaannya telah berjaya meningkatkan tarafnya setanding dengan rakan-rakan yang lain. Malah, lebih berjaya dari apa yang disangkakan. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan beliau dalam arena mamak ataupun lebih dikenali sebagai 'mapley'. Kegigihan beliau dalam memartabatkan kewibawaan pekerja-pekerja mapley di kalangan siswa dan siswi UTP dan UiTM Sri Iskandar menampakkan hasilnya. Dengan setiap ajakan mapley pasti diiringi 'o/' sebagai tanda setuju dan ikhlas beliau dalam mengusahakan cita-cita dan impian. Kini, hasil beliau melakukan shift-shift malam tanpa kenal penat dan asma, beliau telah berjaya membuka satu cawangan demi memberi kepuasan siswa dan siswi di Kuala Lumpur pula. Oleh itu, kami sebagai ahli pasukan ingin mengalungkan jutaan tahniah di atas usaha anda selama ini.

Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
PS: Ahli pasukan dapat diskaun 20%


Tuesday, December 15, 2009

tshirt pib



atas permintaan ramai, beta secara malasnya telah melakarkan tshirt pib yang terbaru. iya, memang 'lame', so what?~ di sini ada dua design, ala, hitam putih je pon. demi tidak berlaku racism di kalangan ahlul pib yang selalu ke kuil, maka, pilihlah satu sahaja warna yang menjadi idaman kalbu. sila kemukakan pendapat anda diruangan jeritan ye...




Wednesday, November 25, 2009

Hikayat Raub

Ketaksuban Pasha dengan Raub tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, tahukah anda asal usul Pahang? Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Sunday, November 22, 2009

PRENLY!!



V5E VS V5D

- de_nuke

kemenangan telah berpihak kepada v5e, 16-6

- de_dust2

kemenangan juga berpihak kepada v5e, 16-13


v5e
-kay
-toge
-tiq
-pasha
-zahid
-jelot(xpernah main lg)
-hanis
-stopek(import-bombay)
-ask(xpernah main lg)

v5d
-pejol
-nadeem
-bon
-gab
-bani
-pitzmint(import-juga dr bombay)



v5b xmo prenly ke?
kaman


v5b
-pitzmint
-stopek
-topex
-nanai
-kicap

Tuesday, November 17, 2009

Saturday, November 14, 2009

Tuesday, November 3, 2009

Petanda-petanda Besar

Ya, seperti tertera di atas adalah tajuk yg paling digeruni oleh semua makhluk sejagat dan jeragat. Mahupun yang hidup di dalam hutan, rumah, gua atawpun kawah muka, semua sudah mula mencari keinsafan. Tidak dinafikan lagi, waktu dan ketika untuk berlaku perkara ini sangatlah dekat sehingga sekiranya anda terkentut sebentar pasti berada dalam keadaan azab. Akibat dari peristiwa yg bakal berlaku ini, perkara2 pelik mula berlaku akibat kerisauan dan kegusaran yg melanda di benak kantung pemikiran. Antara contoh-contoh senarai di bawah telah berlaku di utp yg dapat disaksikan secara live mahupun hltv. Sila teruskan bacaan anda untuk mengelakkan perkara sebegini menjadi sebagai satu adat resam hidup anda.

1. Berlakunya kekejangan ketiak tanpa usul.
Anda dapat rasakan bukan? Aku percaya, lebih dari 50% daripada rakan2 yang membaca post ini mula merasakan kekejangan ketiak yg melampau secara tiba. Keadaan yg memeritkan ini disusuli dengan tangan terpacak ke udara berulang2 kali demi melempiaskan perasaan seksa yg teramat ini.

2. Bertutur tanpa hala tujuan.
Manusia mula bertutur tanpa arah tuju dan kata butir. Perilaku ini semakin kerap berlaku terutamanya di restoran halaman kaum sendiri. Pertuturan tanpa henti ibarat M4 tanpa reload ini disusuli dengan hilaian piruk seperti pontianak menganduk anak 4. Kebiasaannya, topik tutur ini tidak dapat dikenal passti angkara mengikut peredaran zaman semasa. Perbuatan ini juga sering dilakukan semerta selepas sepasukan ahlul2 yg mengalami kekejangan seperti diatas.

3. Mula mengukur saiz kaki.
Sangatlah aib dan pelik perbuatan ini untuk sesetengah orang. Antara perilaku2 yg paling digeruni oleh seumat manusia. Perbuatan ini telah menandakan peristiwa besar akan berlaku dalam masa yang singkat. Antara contoh2 di utp, rakan2 mula sebuk menanyakan "weh, saiz kaki ko brape ar?". "8, apsal? ko nk pinjam kasut aku ke?". "Ish, mana muat. Kecik sangat". "Abestuh? nk besar2 wat ape?". "Aku nk mintak saiz 13, xabes lagi bace, nk mintak tapak muka aku ni biar koma 5hari"

4. Berlakunya bibit2 hubungan sejenis.
Perkara ini berlaku susulan perasaan tidak sempat untuk keluar bilik untuk melayan awek akibat terlampau khusyuk menjalani keinsafan diri. Antara contoh yg paling ketara telah berlaku, terpampang wajah jejaka hensem dan putih sebagai gambar gtok. Memuja beliau dan mendengar alunan lunak suara beliau. Apetah lagi teros kejang ketiak apabila menggunakan nick beliau.

5. Munculnya Naga dan Beruang pelbagai rupa.
Ini adalah petanda akhir yang paling menggerunkan. Bagi manusia yg sudah terlambat insaf, mereka akan secara perlahan2 bertukar menjadi naga ataupun beruang. Kepulan2 asap bengis mula memenuhi ruang bilik dengan rakusnya kerna perasaan amarah dan rusuh terhadap kepingan2 ilmiah terpaksa ditatap. Yang tidak mampu bertukar wajah kepada naga kurun sebelum zaman pra manusia, ada yg berubah menjadi beruang. Perbuatan liar mengaum kesat tanpa henti, tendangan swing terhadap woofer di bawah meja, hentakan halilintar terhadap mosped, tumbukan memecah laluan angin perut terhadap almari.



Nescaya, petanda2 di atas tersebut amatlah digeruni oleh seluruh manusia sejagat yang turut dan bakal mengalami peristiwa agung ini dimana ia menentukan kewujudan anda sebagai manusia berguna atawpun sampah sarap di dalam sinki. Oleh itu rakan2, silalah insaf berojak, berdota, berPES, dan macam2 lagi ber, demi menghadapi final exam yg hide disebalik kotak merah. Goodluck Exam PIB dan rakan2 yang bakal menghadapinya.

Thursday, October 29, 2009

Makan rojak, minom rojak, tidur rojak

Lama a/p llama dah gua tak memajak karya-karya tak munasabah kat blog feveret gua ni. Mungkin sekarang sudah sampai seruan kuil untuk gua melempiaskan sedikit isi-isi sampah untuk pembacaan ahlul-ahlul sekalian.

Untuk pendekatan kali ini wahai paria-paria sekalian, dan seperti mana terteranya tazjuk(ni bukan typo ya azdik-azdik, ni memang gua tulis dalam bahasa ibunda alkhulul yaitu loghat 'Z' biawak handalan) di atas, gua mau hebahkan sedikit mengenai suatu benda yang bernama rojak.

Kalau gua sebut pasal rojak, korang yang bengap ni suma konfem-konfem ingat gua tengah berbual pasal rojak buah mamak. Korang suma salah! Apa yang gua maksudkan rojak ni adalah sebenarnya sebuah channel kat mirc UTP yang sememangnya pazling femes dan juga yang pazling hangat dan pazling ganas dan pazling gila babi dan pazling anak hazram flugenkhunkhaimen achtung lazjubhoz bapak ko nk mampos!

Yah! Channel rojak ni memang superb. Sebab apa? Sebab semua warga UTP yang gila main game counterstrike (bukan tahap gila da ni, tapi tahap tahik keras punya fan tegar permainan counterstrike) akan berkumpul dalam #rojak, masing-masing rakus angkat tangan nk masok prektis jadi gerila handalan seperti Nordin Mat Top. Main CS dalam #rojak ni tak macam biasa beb, sebab ko tak men secara membuta-tuli macam mat dadah hilang jarum. Dalam #rojak, ko men CS dengan penuh tactical dan tawadhuk bai!

Nak cerita pasal macam mana gua boleh terjebak dalam arena #rojak nih memang tak panjang mana pon. Asalnya gua main CS ni, gua add bot je. Lepas add, gua set difficulty bot tuh kosong dan gua tembak je bot-bot yang macam zombie takde akal tu sampai mampos. Lepas habes tembak, gua terkesima sambil senyum secara bajingan depan PC dengan penuh perasaan riak sebab nama gua kill paling banyak. Kalau gua tak add bot pon, gua suroh je geng-geng gua masok join cantas kepala-kepala bot yang dungu tuh(dorang ni pon sama la macam gua, jenis add bot dan buat riak muka bajingan lepas habes tapau suma bot).

Tapi tu suma berubah bila gua diperkenalkan dengan #rojak. Gua semakin hari semakin menghormati game CS ni. Kalo men ngan bot pon, gua da stop buat muka bajingan. Semua bot-bot tuh gua treat macam saudara kandung gua sendiri. Tapi takdelah gua nk buat kenduri tahlil plak kalo gua tembak bot tuh mampos. Agak-agak la.


Diantara member-member gua yang cirit habes melenjan game CS ni adalah pasha a.k.a raub knife boy, roomate gua yaitu bonbon kedondon, panda bear PMS dari pendang yakni alkhulul albab dan roomate beliau, budak punai kecik sang jelot. Kitorang memang dah addicted. Dah sampai tahap kronik dah. Kalau tak pajak men CS dalam sehari, nescaya perangai sekor-sekor berubah jadi perangai ifrit angkasa. Study pon tak boleh nak paham, makan pon tak lalu, tengok awek sendiri pon rase nak ludah je, ni semua sebab kehausan percikan-percikan darah headshot di kala berperang di arena maya CS. Asal keluar je seruan "tung tung tung tung", sekor-sekor dengan pantas type "o/" sebagai tanda "gua nk cirit, gua taknak study,gua adalah terrorist ulung pernah dijana di tanah malaysia ini, dan sapa pm gua time gua in nanti memang nak makan hasel turapan selipar gua!"

Bukan setakat tuh je, perbualan harian pon dah kena influenced dengan CS beb. Skang ni kalo pegi lepak makan, memang tak sah kalo tak borak pasal CS. Memang tak lengkap kalau tak borak pasal benda-benda bangang yang jadi time game. Ditambah pulak yang kitorang ni memang sinonim dengan melempiaskan aksi-aksi bahlol dan noob ketika game, perbualan hangat bakar-membakar sesama sendiri sememangnya tidak lari dalam rutin harian masing-masing. Antara contoh-contoh perbualan time game:

a)"Tembak burung ka bang??"

b)"Hang pasai po idle??"

c)"Kill pls"

c)"Butoh po weyh! Team kami main 4 orang je neh!!"

d)"Yang hangpa berkawad macam pengakap kuar tunnel tuh pasai po!!!"

e)"Aku tatau nk hide mana weyh. Hide atas c4 boleh?"

Kalau la mak bapak ak tahu hari-hari gua dok menembak... T_T




Wednesday, October 28, 2009

Faizal Tahir dan kepentingannya

Okay post kali ini membincangkan pasal faizal tahir dan kepentingannnya kepada industry tempatan. Untuk pengetahuan semua faizal tahir menyanyikan lagu Malaysia satu yg boleh didapati di mana2 outlet berdekatan. Byk manusia membenci akan faizal tahir, tetapi tahukah anda?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Apakah kaitannya article ini dgn faizal tahir, sama-sama kita renungkan..

Komik Siri Darah

Wednesday, October 21, 2009

Sekitar Pasukan (TO ASK)

assalamualaikum,

da lama gua tidak menjalankan tugas yakni mengupdate blog ni. maklumlah sejak kat utp ada sahaja perkara yang perlu dilakukan tidak seperti intern dulu dimana pabila bosan bekerja tulis blog, bosan bekerja pergi tidur, bosan berkerja main snuker. takda idea pon sebenarnya.masa ada idea ada kerja. ekstensial sial!

hatta, disini gua nak memberikan sedikit berita terkini ahli pasukan dari perspektif gua (GPOV, Gua Point of View). sudah menjadi trend sekarang dimana ahli2 sering mengadakan perjumpaan dunia virtually (virtual rendezvous) setiap hari.


(TO ASK: CONTINUE PLS)

Thursday, October 15, 2009

Ape itu Kitai??

aduh.makin hari makin semak tgok blog nie.tolong la update wahai penulis2 yg pemalas.aku tulis rencana nie pkol 6.22 pagi dan bukan utk mengutuk blog org lain mahupon nak bongkak ngn PIB yg claim diri merekalah yg membuatkan dinner batch menjadi best.tkder mase nk berlagak sombong.sorry.tp nk update sket pasal apekah makna kitai dlm kamus harian PIB selepas RCLAN Party- CS Tournament kat IMAX Ipoh minggu lepas.

ok.mane ek aku nk start.hmmmm.selepas dinner batch yg PIB claim diri mereka best pada malam tu, ader certain2 org dlm PIB kene bangun awal pagi2 besok nye dek kerna membuat keputusan yg bleh kate bangang jugak la utk menyertai pertandingan Counter Strike 1 .6 anjuran Wazi The Ponder dan rakan2 beliau.keputusan ini dibuat drastik oleh 6 org pemain yg memg bz ngn macam2 hal dan ditambah pulak mereka baru start main CS sem nie.so kami pergi sebagai team under piggie la dan tk claim plak diri kami best kat sane.Zestt jauh la skali.Team yg digelar PIB Gaming nie disertai oleh gua,Jelot,Pasha,Bonzer,Nadim sebgai El Capitan dan jugak Topek.

Mcm nie citer nye....

Pkol 11 pagi lagi kitorg dh mandi dan bersiap walopon bdan rase letih mcm anak hazzzrremmm dek kerna seminggu sudah tido tak lena mandi tak basah tp masih kenyang makan kerna minggu tu memg macam2 kerja dtg menimpa.Penat yg Tuhan jerla yg tahu.tp nk tknk bangun jugak walopon byak setan2 dtg swoh hampakan jer harapan member2 ko utk main terni nie.OK.so proceed la kitorg menuju ke IMAX Gopeng belakang McD yg kiter slalu lepen tu utk main terni nie.Smpi kat sane kitorg register group member dan diajar serba sedikit tentang setting kat PC sane sebb kebanyakan kit yg digunakan oleh ahli2 PIB hanyalah PC tukun kaler putih dan laptop.so dah setel sumer kitorg pon lepen dlu kt McD sebelom game pertama start.Oh dan tk dilupe juga kitorg sempat lah berkenalah ngn legend2 CS seperti Alip,MJ,Ayub Beding dan jugak geng2 pecah kepala yg lain yg sebaris dengan Kontolagenda.

First Match PIB vs Bekok C (2-16)

Kalo dipandang pada result itu,memg sgt najis bukan kerna kami hanya menang 2 round jer.Tp jgn terpedaya kerna pada waktu jadi Terrorist kami berjaya menanam2 C4 hampir setiap round.(kT5 sgt cemburu ngn pencapaian kami..hahahaha).Cume kami tk mampu nk defend C4 itu smpi meletop dek kerna hebatnya team Bekok C nie retake balik bomsite.Game pertama ini memberi kami sedikit sebanyak mcm mane terni CS nie dijalankan sebb sebenarnya kami haram tk tau cner nk main terni nie.slalu men CS kat #Rojak je.huahuahua.

Second Match PIB vs MapPy (0-16)

Lebih najis bukan.hahaha.5 time defending champion berjaya mengitai kami dengan kejam tnpa memberi satu round pon kepada kami dan mereka dengan zalimnya tembak kepala kami tnpa belas kasihan langsung.Dedem.Pasrah bak kene ngn diorg.Tp diorg sgt cool dan chill dan byak brand2 equipment gaming yg dpt kami ketahui dr diorg sebb nk amik skill diorg rase mcm tk mampu sgt.so dpt tgok equipment pro diorg pon jadilah.

Third Match PIB vs Krk (2-16)

Team Krk nie antara favourite team to win la so mcm bese PIB memg kene kitai kaw2 pnye.Tkder hal sebb memg game nie fun habes pasal Mookie membuka pertandingan CS nie dgn memisau ahli2 PIB sesuka hatinya sehingga terluka hati kitorg kene pisau ngn dier.isk3.

Fourth Match PIB vs Elle (3-16)

Elle is july05 pnye team yg dikepalai oleh AMPORLO.antara team2 yg kitorg lawan, nie la team yg paling bnyak round kami menang dan jugak kami berjaya tembak ngn senapang katak sehingga menang 1 round.(sorry bakar).tp diorg memg power.layan kitorg tk perlu byak strategi pon.pakai satu strategi pon dh berjaya kitai kitorg.

Fifth Match PIB vs KT5 (1-16)

Game yg pada mulanya sgt tense utk PIB kerna pada mulanya kami menganggap yg dpt memberi saingan walopn ramai dlm team diorg nie mata sharp mcm naiqharam utk pecahkan pale kitorg tp kitorg tetap gembira kene kitai dan mereka sgt bahagia mengitai kitorg.But overall it was a good game.

Sixth Match PIB vs Team[X] (1-16)

Ok.aku nk eleborate panjang sket pasal game ni pasal PIB telah mencipta sejarah dlm game nie dgn mengajak team x berlawan pedang kat map de_dust2.tk pernah dlm sejarah dimana semua pemain bersetuju utk berlawan pedang mcm dlm citer kingdom of heaven dan lord of the ring kat dlm tournament CS nie sebanyak 2 round.Giler tol.Diorg nie memg sempoi habes. diorg sgt2 gembira bermain ngn kitorg sehingga legend pasukan mereka iaitu MJ pon sempat membuat lawak dengan membiarkan ahli pasukan kami iaitu Jelot menanam C4 sebelom beliau sepaikan kepala Jelot diatas tanah dengan sniper awp.hampir pecah perot sumer org yg tgok game tu melihat perbuatan tak bermoral MJ tp still,kelakar mcm balvir.it wasa a great game between them dan kitorg sgt2 enjoy game tu.

so kesimpulan yg bleh dibuat,memg PIB kene kitai dan inilah kitai yg kami maksudkan dlm kamus hidup kami sebb kalo nk gune perkataan kene belasah mahupun lauk itu still bleh consider melawan atau nasib tk menyebelahi tp kitorg totally kene kitai.Kitai..kitai..kitai..Walopon di belasah..sumer ahli pasukan PIB Gaming tk idle dlm terni nie menunjukkan kami memg berusaha keras utk kill.tp nk buat cner..team lain pon kill jugak kan??

gmbar2 bukti terni nie.oleee~~











Wednesday, September 16, 2009

Pre Hari Raya Aidilfitri 2009

Sudah sekian lamanya ak rasa blog nie hampir kusam,usang dan berbau masam dek kerna kemalasan author2 dan editor2 yg lebih gemar menggaru perot ketika di bulan yg mulia ini dek kerna tk pernah rase lapar seperti ini di bulan puasa. Ya. Ogos-September 2009 menyaksikan satu lagi episod PIB berpuasa di bulan Ramadhan seperti tahun2 sebelom nya.tak dilupakan ada juga muka2 tenang yg bleh melompat hingga pkol 11 malam tnpa perlu berbuka puasa dan ada juga yg berpura2 berbuka puasa dan mengenakan muka KANTAT seperti org yg 16 hari tk jumpe nasi dan air. Indah sungguh suasana bulan puasa.macam2 kerenah yg ditayangkan oleh ahli2 PIB kerna dibulan2 lain suma ahli PIB hanyalah seperti org2 biasa yg berpura2 seperti student.Pandai korang menyamar ye.

Jadi tujuan ak cebok blog nie dek bnyak sgt tayek yg ditinggalkan oleh visitor2 luar hanyalah utk menulis laporan penuh berkenaan Majlis Berbuka Puasa Perdana Hal Ehwal Pasukan Ingin Berhibur tahun 2009 yg dianjurkan oleh PIB Bhd di Hillcity Hotel.Enjoy.

15 Sept 2009 -

Nazir: Deme rase la kan. Kitey patot adey majleih berbuke puasey bersame2 rakan2 PIB kite sebelom pulang beraye nie.Kome rase lagu mane Zahid.Okay ke??

Zahid: Oooooowhhhh!!!aku sek Pake bereh belake.Darilah raksaso deneso.Eh.tu sek baghat.oowhh.Daghat demo.Eh.tu sek baghat lagi.

Maka, dengan lengkapnya perbualan tu..timbul lah idea kejam Nazir utk memperkenalkan majlis berbuka puasa perdana yg dia pon tk tahu bleh jadi ke tak dek kerna suma ahli2 PIB dah tk larat nk makan grand dah.keje makan grand je.tp dgn tekad dan usaha seorg warga Perak keras,Nazir pon mengepost thread kepada sumer ahli PIB menyeru agar sumer ahli PIB menyokong gerakan berhaluan masam ni utk menjayakan nya. Dan seperti Rohirrim menyahut panggilan Rohan, seperti Counter Terrrorist yg menyahut panggilan 'Need Backup' dan seperti seperti Pasha menyahut seruan 'Raid,Raid

16 Sept 2009-

6.00 Ptg- tepat seperti yg dijanjikan, sumer ahli sudah pon bersiap dgn muka masam dan marah dek kerna lapar tk terhingga dan tension menunggu member2 mereka bersiap mengalahkan seorg model bertubuh langsing 5kaki 9 inchi dgn ukuran bdan 34-25-36.bersiap mengalahkan janda.tapir btol.sapelah tu.maka tepat jam 6.45 petg kami pon bertolak menuju ke Hillcity hotel dgn hati girang gumbira.seramai 34 ahli termasuk ahli2 dr kaum Hawa pon turut serta.mereka dr kaum hawa adalah awekz2 kepada ahli2 PIB yg tk henti2 memberikan sokongan padu disamping memarahi balak mereka dek kerna memiliki kawan2 yg tak senonoh seperti ahli2 PIB.ish ish ish.kereta2 yg bergerak adalah kereta milik GAB,AS,KAY,JELOT,TOPEX dan juga JAZ dan tak dilupa ahli2 pasukan tak reti2 henti berhibur MAJIN dgn bala-bala 'krishnan' mereka.

7.35- Smpi di hillcity,menusuklah bau2 nikmat dunia yg tk dpt disangkal oleh deria hidung lagi.bau air sirap bandung,rendang ayam dan ikan percik dan jugak bau ketiak Arab yg sgt mudah dikesan oleh hidung2 ahli kerna lapar tahap hanjeng.dan memg tk dinafikan,kalo tkder makanan kt Hillcity tu memg dah lame dh kami pajak ketiak Arab.kami agak lewat smpi kerna condition cuaca yg tak mengizinkan iaitu hujan lebat di sepanjang perjalann.maka terbantutlah niat kami utk berbuka on time kerna jalan jem mcm niaqqqq haaazzzreeemmm!!!!.lapa.marah.dan benci.itu jer yg mampu dikatakan. dan event diteruskan dgn aktiviti makan mcm Balbir dan mengutuk member2 yg suka melebamkan kawan2 nya yg lain.Indah suasana itu terutamanya suasana ketika mengutuk2 member yg disebutkan diatas dan terhibur dgn lawak KontolLagenda yg berjaya menensionkan Wazi dlm permainan computer Counter Strike.


Berikut adalah bukti2 kami berjaya menakluk Hillcity Hotel:'

perot bukan penghalang kemachuran

team jacket kejam @ Hillcity Hotel
Nadim khena pajak ngn Gab
Pejol yg malu-malu bergambar dgn awek Hillcity Hotel
No price to buy this kind of guys.Love you all
(Extended Version Of Pasukan Ingin Berhibur)
Inilah si Kontolagenda yg dimaksudkan
(Mok ditgah-tgah)
SDARian buat Reunion kat majlis nie
Can u put a price on this.Hell No!!!!


Lastly, event ini ditutup oleh ucapan pengurus event, saudara Nazir yg penuh patriotik dan berbaur ketuhanan dan mengajak agak sumer ahli bersatu padu dan elakkan diri dari dipajak oleh makhluk2 halus.Terima kasih yg tak terhingga kepada umat2 yg menjayakan majlis yg julung juling diadakan ini.Terima kasih.

Sekian dulu laporan yg ringkas dr saya,
Kay Ashraf.
Pasukan Ingin Berhibur Club

Saturday, September 5, 2009

kisah bebenor... lakonan terhebat ahlil D23

The story begins pada ketika berlangsungnya pesta graduan 2009 tempoh hari di bumi gersang toronto. azan maghrib berkumandang namun seruan tersebut disambut dengan mesra oleh penghuni penthouse D23 dengan laungan 'Owning', 'Double Kill' etc. serta carutan2 agung i cant describe here due to isu2 perkauman serta status kepiggyan yang dikurniakan oleh penghuni2 sendiri. namun, that maghrib was no ordinary maghrib kerana.....

Beta serta senior beta telah dikunjungi oleh seseorang yang aneh lagi asing yang mengunjungi suite beta. pada ketika itu, berbagai2 questions pondered dalam minda beta...
beta bertanya; "ye? ko nak sewa kereta ke?"
manusia aneh: "tak, nak sembang sikit"
beta bertanya lagi: "ko kenal aku ke?"
manusia aneh: "tak, ni nak berkenalan la ni. meh la sini jap" (sambil mengajak beta keluar dari suite beta)
what the fish
beta keluar sahaja dari bilik melayan kerenah rakyat however kepala hotak berjambul beta dikejutkan dengan kehadiran two tablighs outside the suite. sekali lagi...
what the fish
+
shittake
=
JIMBIT
(terkena aku kali ni)
tabligh2 tersebut menyatakan bahawa mereka would like to copy perbuatan yang pernah dianjurkan oleh penghulu manusia (kalau tak kenal, bawak2 la pergi masjid ye anak2) pada zaman hidupnya. mereka menyatakan bahawa aktiviti ini akan dijalankan pada waktu after maghrib on every weekend. those tablighs mahu deliver dakwah kepada beta akan tetapi...
jeng jeng jeng dan jeng...
beta telah mendapat ilham yang pintar pada saat dan ketika itu. terbuktilah kepala hotak beta tidaklah berjambul after all. beta dengan gagahnya berkata, "ha, elok lah tu! bende yang elok ni baek kalo kite wat ramai2. kite panggil satu rumah!" tablighs seakan disagree menerusi riak wajah mereka namun sebelum mereka cuba membantah beta telah memulakan langkah2 beta dahulu. 

"hoi pejol, ni dorg nk ckp sket neh...jom la~" senior beta mereply, "ah, aku busy!" (padehal baru je pas sembang ngan aku)

beta continue my steps to another room without menghiraukan perbuatan tablighs yang cuba menghalang beta yang membuat kecoh...langkah beta terhenti di pintu bilik shaman beta a.k.a tok aweed (bomoh agung) yang hanya memakai boxer sahaja pada ketika itu sambil terlantar di atas katil. kelibat lain yang ada di dalam bilik itu termasuklah syaitan mapley a.k.a Gab Bunc yang juga memakai boxer sahaja, enchek woody (minta maaf, beta tidak mahu memberi nama manja kepada beliau kerana beliau adalah founder blog ini, kipas2) serta flasher terkenal yang ketika itu memakai uniformnya lengkap dengan aksesori tambahan= boxer flash + towel. 

beta mengajak para tabligh berkunjung ke bilik itu, kesemua makhluk terkesima dan tidak bernafas. namun enchek woody dengan tenang menghulurkan kerusi suitenya kepada tablighs sambil making his way exiting the room. Bunc tidak mensia-siakan peluangnya lalu mengikut jejak langkah enchek woody dengan pantas sambil menyatakan beliau mahu ke bilik air sebentar (sumpah orang yang menghuni di bawah bilik boleh dengar beliau lari dek kerana berat badannya serta langkah lipas kudungnya yang super menggelabah). akan tetapi, the best performer pada malam itu adalah tok aweed! at the time tablighs masok bilik, tok aweed mengambil langkah bijak menutup pusat bujir serta kepala lututnya dengan tuala beliau namun apabila beliau melihat Bunc melarikan diri, beliau teros mencampakkan towelnya dan bingkas bangun tanpa berkata apa2 lalu mengeluarkan dirinya dari suite! (korg da rugi satu nikmat kehidupan sbb xpat tgk cara aweed lari kuar blk!) 

dengan itu, tinggallah beta serta paan di dalam bilik tersebut melayani sahaja perbualan tablighs talking about life and death. namun, janganlah para pembaca lupa bahawa enchek paan masih lagi memakai uniformnya pada ketika itu! sesekali tablighs menoleh ke arah paan (tergoda mungkin). sedar akan dirinya diperhatikan, paan grabbed his towel dan menutup boxer flashernya yang terkenal~ sayang, tablighs tidak dapat melibat suatu keajaiban dunia yang telah dinikmati oleh penghuni2 D23 sejak sekian lama. tablighs tidak kecewa malah meneruskan madahnya dan sesekali menoleh lagi ke arah paan (mungkin masih berusaha untuk melihat 'bebola ikan' itu). kini, paan cuba pula menutup pusatnya sambil mempamerkan wajah cool and buat 'dunno' je~ 
postmortem 
kepermergian tablighs disahut dengan hilaian tawa syaitan bakk oleh seluruh penghuni D23. berikut adalah kata2 yang diluahkan oleh tok aweed sejujurnya dari lubuk hati dan parunya:

tok aweed: bende cannih, nak marah xleh, mende betol. nak halau kang kene sambar petir. so kesimpulannya, blah je! 

Syabas semua...

Monday, August 24, 2009

Mari Berbuka Dan Makan Sampai Sendat

Salam semua dan selamat berpuasa diucapkan kepada rakan2 kita yg Islam. Memandangkan sudah lame blog ini tiada sebarang update, mungkin disebabkan kesemua rakan2 telah kembali bersatu padu di bawah ketiak masing2. Aku disini ingin meng'update' sket lah memandangkan untuk event kali ni, tak semua dak2 kte join, dan mungkin boleh dijadikan info sedikit. Sebagai mana yg kite sume tahu, "Iro-Iro" merupakan destinasi idaman setiap ahli tatkala menjelma bulan Ramadhan ini, mahupun yg berpuasa, tidak berpuasa dan pura2 berpuasa dengan tanda meggi kari di celah gigi. Ini kerana pilihan makanan yg terdapat di situ amatlah mengiurkan dan mampu menyebabkan perut anda seolah2 sedang mengandung 12bulan tanpa due date. Contoh makanan yg disajikan; sushi, lamb grill, stim bot, deserts, mee goreng, megi goreng, roti kosong dan pelbagai lagi yg mungkin takkan di dapati di ameeth mahupun sithick (Rahman Corner dikecualikan). Tepat jam 640, 24/8/2009, PIB cawangan V5D telah bertolak ke desa Ipoh untuk memenuhkan perut yg semakin kempis dek puasa di IRO-IRO. Ahli2 termasuklah, Gab, Zopak, Arab, Deng, Bon, Pejol, Paan dan Billy. Kesemua dengan muka yg amat bengis kerna lapar, menaiki kenderaan dan memberi tekanan kepada driver2 kenderaan masing2 kerna mendapati moto kapcai c70 lampu bulat dengan selambe jeh melintas kenderaan ahli. Setibanya di Ipoh jam 705 petang, PIB telah menghantar Paan sbg scout untuk mengusha keadaan di Iro-Iro. Panggilan cemas telah di terima oleh ahli kuda putih selang beberapa minit kemudian, "wei, Iro-Iro tutup ar. cmne neh??" Ayat yg dikeluarkan oleh Paan menyebabkan kami merasakan perasaan lapar membuak2. Dengan mood marah, benci, hina, dinar dan deng, kami mula bertolak dari Ipoh Parade dan berjalan di jalanan Ipoh yg licin dek hujan tanpa arah tuju, tiba2 pejol menjerit keriangan "Weh, bkak pose doploh ingget jeh doh." Masing2 cek dompet sambil Bon membuat pusingan di bulatan depan Syuen sehingga pihak berkuasa terpaksa mengejar di bulatan. setelah membuat persetujuan dengan ahli dari kederaan yg lain, kami mencari parking di hotel tersebut. Seperti biasa, Paan menjadi scout sekali lagi. "Cepat2, naik, makanan lahanat byk." Itu sahaja pangggilan yg diterima. Setibanya di hotel tersebut, kami dijemput oleh staff2 hotel dengan red carpet dan menunjukkan tempat duduk VIP yg telah di book. Paan, Deng dan Bon tanpa segan dan malu terus membajak ayam dan cucur akibat terlampau lapar. Pilihan makanan sgtlah agung sehingga terasa ingin membajak kesemua yg ada. Yang pasti, pilihan makanan adalah sgt sedap dan lagi hebat dari Iro-Iro. Kepada rakan2 yg belum cuba, silalah cuba.




Nikmat tak hengat


Lapar smpi xleh nk kontrol


Antara sajian2 tanpa sebarang tudung saji


4 jejaka bajet hensem


Kembung dan sendat


Nampak tak tgn pejol kaver ape tuh??


Dua ahli yg masih mampu mentekedarah

Saturday, August 15, 2009

Happy Birthday PAAN @ CENDAWAN



Allah selamatkan kamu incek PAAN @ FARHAN, Selamat Hari Lahir.

Wednesday, August 12, 2009

Dinner Batch July 5+6

Salam semua,

Memandangkan dinner batch sudah semakin hampir, Ismal telah mengadakan meeting untuk melantik committee2 yg bakal menguruskan dinner yg megah lagi gah neh.
Meeting tersebut telah di adakan pada 12hb August 2009 pada pukul 1030 malam dan dihadiri oleh ahli2 batch July 05 & 06, masing2 dengan tujuan samada ingin melibatkan diri ataupun ingin menyapot meeting tersebut.
Gab, Paan, Zopak dan Bon telah menyelambakan diri mewakili PIB untuk menyapot meeting tersebut.
Setelah beberapa perbincangan keras dan gasar, ahli2 untuk setiap committee telah dilantik atas persetujuan ramai. PIB juga tidak diketepikan dalam event yg mengecutkan jiwa dan kerandut ini.

Logistic & Tech - Paan (leader) & PIB (kesemua ahli)

Memandangkan PIB mempunyai ahli yg cukup ramai, PIB telah di lantik sebagai pasukan Logistik dan diketuai sebagai Paan yg merelakan diri untuk mengetuai projek ini.
Meeting mungkin akan diadakan samada di bilik leader ataupun di MIRC untuk memudahkan ahli2 yg cukup malas untuk bergerak. Di harap kesemua ahli PIB akan memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti ini dan mengikuti segala update2 berkenaan event ini. Sila turut layari MyJuly05 untuk sebarang update. Sekian.

Thursday, July 16, 2009

TAR TAR TAR BAEK

assalamulaikum,

dua kurun sudah berlalu sejak aku melempiaskan segala coretan tidak munasabah ke dalam blog ini menyebabkan aktiviti otak untuk menaip kian layu. berlalu la sudah sesi internship yang best gila niaq haram kapla dunga, namun segala memori pasti terpahat dalam ingatan masing-masing. jika diajukan soklan berbentuk subjektif mengenai apakah yang paling dirindui ketika internship ini kepada aku, memang gua jawab TAR Villa r.

TAR villa adalah tempat aku tidoq, makan, minum, mandi, curik tilam gori, kutuk beliau, lepen, mintak tunjuk ajar dari sifu-sifu seperti nazir, kay dan topek, hindhu kerja, pilow talk mengenang zaman sekolah rendah yang sweet bagi sesetengah ahli, xlupa juga yang violent milik gua, tapau makan hindhu kat bawah, kutuk guard rocker, jamming untuk performance yang xjadi, hedonisme dan banyak lagi.

TAR villa boleh diumpama kan sebagai melaka di zaman silam, ia adalah tempat persinggahan pedagang-pedagang india yang mencari kerja seperti En G dan En N (En N berkerja keras mengumpul wang demi membeli pedal, bukan kesukaan beliau untuk datang berhijrah ke TAR villa mencari kerja dan meninggalkan kampung halaman di bombay). Tidak lupa mereka-mereka yang datang dari pantai timur bermalam di TAR villa di kala tiba di kota ibu kota Kuala Lumpur. Ada juga imigran puak orang asli puchong bahagian narkotik singgah di sini sehingga mendapat panggilan telefon oleh ummi agar beliau segera pulang kerumah bermanja dengan keluarga. Tidak kurang Ketua Pemuda Bawah 15 Tahun Umno Putrajaya yang sering lepen di kala ujung minggu berkaraoke bersama penduduk-penduduk TAR Villa. Begitu juga yang terjadi kepada adik angkat Nawawi Exxon yang acap kali menempatkan diri di sini bagi menghindari jiran-jiran hindhu nya yang berkubu di Port Dickson.Di uar-uar kan bilangan mereka hampir menyamai batalion Zionist Rejimen ke-17. Bilangan penduduk TAR Villa yang pada zahirnya hanya 8 orang akan bercambah pesat setiap kali tiba hari jumaat setiap minggu. Bagaikan hindhu di Bt Caves menjelang Deepavali.

Apakah yang menarik sangat dengan TAR villa sehingga ia menjadi pusat pengumpulan umat manusia?Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang dilancarkan oleh penduduk-penduduk TAR villa setiap minggu amatlah menarik untuk di hirau kan. Segala ritual, tradisi, perkelahan, perkemahan tidak boleh dipandang enteng. Setiap aktiviti yang dianjurkan pasti menarik minat manusia seantero dunia.

Dari sudut ritual misalannya, setiap bulan tanpa gagal Pit Kudha akan mengambil pesanan dari rakan-rakan menjelang tiba nya 19aribulan. Maka pulanglah beliau di malam ari dengan membawa hotdoggerz(bak kata Pit) untuk rakan-rakan yang bukan sahaja lapar bah kan pelahap dan kuat mentekedarah.

Secara tradisi pula,sudah menjadi lumrah para penduduk bergotong royong mengemas rumah yang sudah bertukar rupa menjadi sebuah pusat pelupusan sampah pabila tiba hari minggu. Ahad ataupun Isnin sudah ditetapkan sebagai hari treasure hunt dimana segala harta karun, duit syiling, baju 2 tahun lepas, spender koyak fluorescent(ni gua tambah), daun kering dalam plastik ubat, naga dan karam singh waliya akan dijumpai semula. Habuk mula menghilang, kepala mula senang, televisyen tersemat rapi di atas meja, karam singh waliya ditempatkan kembali ke sri pentas, naga disusun rapi bawah meja Nanai, dan DBKL tadi berubah menjadi hotel 7 bintang seperti Burj Al-Arab yang memukau setiap mata yang singgah.

Perkelahan dan perkemahan tidak perlu aku uraikan lagi kerna suda cukup report yang telah di post oleh rakan sejawat.

Aku pasti akan merindui tempat ni. Adik aku intern nanti aku suh die sewe uma ni. Anak aku intern pon aku suh die sewa uma ni. Semua kaum kerabat akan aku paksa diorang sewa uma ni.

P/S:Ni serius skit.tapi yang paling best sebab ade kawan-kawan cam korang di sisi. Kalo duk TAR Villa xde korang pon xbermakna. Untung gila ada kawan cam korang. Terima kasih semua!

Sunday, July 5, 2009

Kula Eksiden

Salam, salah seorg rakan kita incek Ammar atau lebih dikenali dengan nama manjanya Kula @ Kekula @ Kulas baru sahaja kembali ke pangkuan ibunda di rumah akibat kemalangan jalan raya. Kejadian yg amat mengerikan sehingga menyebabkan bulu roma dan tengkuk naik stim nih telah berlaku di lebuhraya karak berhampiran tol gombak. Mangsa ketika kejadian sedang menunggang motosikal LC135 sambil mendendangkan lagu "Perempuanku" dan mengekori sebuah proton Saga. Ketika sampai di bahagian chorus lagu dimana memerlukan si penyanyi menarik suara sepenuh perut, kereta saga yang beberapa sentimeter sahaja di hadapan telah menunggilkan stereng keretanya ke kiri. Akibat tunggilan tersebut, mangsa yang baru sahaja lelah menarik chorus tertunggil akibat diberikan 0.2saat untuk mengelak perbuatan tunggilan stereng pemandu Saga tersebut. Sambil melakukan terjunan tiruk peringkat ilmu dewa dewi garam dan cuka, mangsa telah menciumkan tangan kanannya ke jalan raya mengakibatkan tangannya melakukan sprint 100meter dimana ia telah lari dari soket dan patah akibat putus cinta dengan soket tulang. Sambil dalam keadaan tenang alam, pemandu saga tersebut menyatakan beliau tidak salah kerna beliau menipu memberi signal. Pemandu tersebut menyatakan tangan beliau telah menyentuh signal, mungkin tangan beliau sgt lah panjang kerna mampu menyentuh signal di bhgian depan dan blakang kereta smbil memandu. Namun, setelah penipuan si pemandu berjaya, beliau dengan tenang menghantar mangsa ke hospital.

*cerita di atas telah diubah suai isi kandungannya untuk memudahkan sesetengah pembaca yg memiliki kurang daya upaya untuk membaca dalam bahasa Melayu.

Thursday, July 2, 2009

Lucky Ball for Dummies (Rules and Regulation)

Yariba yariiibbaa para ahlul pasukan,

Seperti yang tertera tajuk post diatas, buat julung-julung kalinya penulisan mengenai Lucky Ball diterjemahkan ke bahasa melayu pada kali ini. Kepada warga nepal barat dan vietnam timur, ak mintak maaf banyak lah, terjemahan ke bahasa korang payah nk buat. Tulisan berbelit bak bulu jubho, mau amek masa lapan dekad nk terjemah sampai habes.

Ramai yang bengap tak tahu, tabiat bermain lucky ball nih sebenarnya feymes bhak di kalangan warga malaysia sahaja. Kalo ko pegi mana-mana negara sekali pon, jarang-jarang ko nampak permainan ini di pra-tontonkan oleh rakyat disana. Orang malaysia memang kreatif lagi bastard dalam membikin sukan yang bertemakan "jom peradak duit kao kao". Di tambah plak sukan luckyball nih memang sesuai habes dengan konsep 1malaysia yang dilaung-laung perdana menteri kita. Mahu taknya, cina, india, dengan melayu semua bersatu padu bila main sukan nih, bukan setakat padu saja bersatu, duit bersama wallet dan maruah pon turut bersatu dalam konteks sukan lucky ball nih. Silap hari bulan paduan penumbuk pon turut melayang dek KHENA paw kao-kao dengan apek-apek tempat snuker yang sememangnya pro tahap barua dalam mengecutkan saiz lilitan wallet anda semua.

Cakap banyak pon tak guna kalo korang sumer dop ahu hapekejadahnya sukan lucky ball nih. Cara nk main lucky ball nih senang jeh. Apa yang penting ko kena ada member-member dalam 3 orang. Pastikan member-member ko nih antara jenis golongan yang paling senang dihasut dengan wang ringgit dan wanita bogel. Kalo ada member-member ko jenis yang tertarik ngan batang kote pon ajak aje la, nk wat canne dah dilahirkan sebagai mat gay keras. Pegi mampos la dia gay pon, janji leh pow duit dia atas meja satgi. Tapi papehal pon make sure mereka sumer tuh jenis yang berduit dan bukannya mat mintak sedekah di persiaran jalan pudu.

Okeyh. Kaki da ade. Sumer skali 4 orang lelaki mata duitan termasok ko, dah ready nk pajak men lucky ball nih. Seterusnya pegilah korang carik port snuker TARBAYEK yang penah wujud kat area umah korang. Hape yang penting port snuker tuh mestilah:

a. Harga tak melebihi RM13.00/hour
b. House que semua okay xdak yang terbengkok sana sini cam huruf L.
c. Pastikan karpet meja snuker tak koyak dan tak menggerutu macam kulit muka Luiz
d. Pastikan port snuker tuh bebas dari mamat kacak hensem kaki pow tegar yaitu En. Aweed Ghapla jingga, bagi memastikan korang tak balik berbekalkan kotak arak tiger untuk cover konek masing-masing.

Port da ade, sumer da ready, duit skoler pon baru pi cucuk kat CIMB bank terdekat, tunggu po lagi, let's get started yariba yariba yiriki nale la. So bagi yang tak penah main lucky ball, sukan ni pon ada dia punya rules and regulation. Setiap jenis sukan memang kena ada undang-undang lah. Kalau takdak rule, apekan daya chef wan dapat bikin biskut 'Ruul and Tardul' di rancangan uli-uli aidilfitri patbelas tahun yang lepas??

Jadi setiap permainan wajib ada rules yer adiks adiks.. awww.. mengancam!. Apefak kuar line bapok plak nih!! Okeyh. Peraturan-peraturan lucky ball niih mmg cukup ringkas dan padat. Senang jeh nak ingat dan tak perlu puasa 2 bulan mahupon ganti puasa yang dah 4 tahun tinggal untuk ingat. Rules nya adalah :

1. Cai daun terup kao-kao sebelum dibahagikan 7 keping kad sama rata diantara 4 pemain.
2. Cabut 1 kad untuk menentukan sape yang start dulu. Pastikan takde member-member yang jenis suka cabut seluar atau cabut lari bila dah menang banyak time men lucky ball. Orang-orang camni kalau boleh kite elakkan lah. Dorang nih sumer sememangnya takdak semangat profesionalisme dan komunisme yang tinggi, dan mungkin juga mereka punyai penyakit selsema babi.
3. Sape dapat kad nilai paling besar adalah manusia pertama yang akan jalan dahulu dan bukanlah manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan yer adik-adik.
4. Jadi kad dah ade. Semua bola punya nombor, dari nombor satu sampailah nombor 15.
Contoh senang nk pancarkan kat kepala hotak korang yang lembab susah paham ni camni :

kad ace = bola 1
kad 2 = bola 2
kad 3 = bola 3
......
......
kad jack = bola 11
kad queen = bola 12
kad king = bola 13
kadbod = kepala hotak ko kadbod!! ko wat lawak nk kena lempang ke babih!!??

5. Bola 14 dan 15 adalah bola kegemaran warga lucky ball lah. Bola-bola ni dipanggil bola pow.
6. Mulakan permainan dengan break the rack oleh pemain pertama. Untuk membolehkan anda paw member belakang anda, anda perlu ada lesen. Untuk ada lesen senang saja, masokkan bola yang sama dengan kad yang ko ada. Contohnya ko ada kad 2, so masokkanlah bola dua, jangan ko bangang gi masokkan bola meja sebelah plak. Tak pasal2 apek meja sebelah tuh rodok dada ko japgi.
7. So dah ade lesen, maknanye ko bleh drive kete tanpa kena saman dan at the same time, ko leh POW member ko dengan indahnyer atas table. Bola 14 ngan 15 adalah bola-bola pow. Pajak masok bola-bola tersebut dan bersedialah ekau sambut raya hindhu dimana dengan tidak semena-mena member belakang kau akan hulur duit dengan muka baran tahap pukimak.
8. Pemenang setiap game lucky ball adalah sesape yang paling cepat perabih kad di tangan masing-masing. Perabih kad ni maknanya setiap bola yang kad dia ada sumer dah masok, dan bukannya beliau habih kad disebabkan aksi menyelit sumer kad masok coli nenek cina muka cam barua kat table sebelah. DAN PASTIKAN bile dah menang, kasi jerit "GAME" kuat-kuat sebagai tanda kegembiraan dan sebagai tanda bakar line keras kat member nub kat sebelah.

Haa tudia! Basic rules untuk permainan kegemaran rakyat malaysia yaitu lucky ball. Dah nama pon lucky ball, so sebelum main tuh ko pajak mandi air bunga dulu la nk kasi ada ong! Jangan dengan berbekalkan badan tak mandi dua hari ditambah plak bau celah cam bau taik cirit kuda belang afrika ko ada hati nak menang! Memang xpat la! Lainlah kalo ko nih punya skill setaraf dengan Guru Aweed so Sweet, tu kalo ko x mandi 8 tahun pon leh menang lagi.

So kepada sesape yang IQ rendah susah nk paham permainan nih, bole drop an email to me yer adiks-adiks.. awww.. Takpon kalo mmg yang bodoh bahalol tahap khaimak tuh yang susah nak paham, meh join ak men lucky ball tetiap jumaat. Biar ak ajar secara live camne nk men dan camne nk ubah muka ko jadi cam muka anjing hangus dek kena belasah teruk kena pow dengan pemain-pemain tegar lucky ball.

Tuesday, June 30, 2009

Alkisah kehidupan abang John Mayeronis

Salam sejahtera para kabilah ingin berhibur sekalian.

Yah! Editor blog mmg cukup ramai. Tapi sekor2 pemalas tahik nk update blog dengan penulisan2 bernas dan cemas. Biarlah atok update sket perkembangan sosial warga malaya di zaman post confederation cup ini. Tahniah kepada Dunga kerna bawak brazil menang cup tersebut!

Di sini, atok nk sentuh sket pasal perkembangan rakan-rakan internship terutama sekali warga-warga sekitar lembah klang nih. Seperti yang makcik jamaliah songsang tahu, hampir lapan bulan pelajar-pelajar UTP berlakon menjadi seorang professional di company masing-masing, dan kini penamatnya hampir tiba. Macam-macam ragam mak minah bole dilihat dikala hampir tamat tempoh internship ini. Ramai yang buat-buat sebok nk siapkan slide presentation lah (pala buttthh buat slide, seko2 duk sebok owning DOTA ngan BG!), ada yang stop masok ofis konon-konon nk pergi site amek bahan nk buat report(padahal pi site sekadar nk tengok muscle jubho mat indon yang mantap, pastuh blah), dan macam-macam lagi.

Ada seorang rakan baik atok, disini nama dia terpaksa atok rahsiakan takut nanti kantoi dengan bini baru beliau tentang betapa niaq haremnya perangai beliau ketika bekerja. Tapi ramai yang kenal beliau dengan panggilan hindhu putih seremban timur@ Tuan punya WPP khayalan@ Abang John Mayeronis. Untuk menceritakan kisah beliau ni sememangnya cukup menarik! tertarik! kau memang deboooooommmmm... debom abah kau!!.

Penceritaannya bermula di awal zaman internship dahulu, abang john mayeronis kita ni sememang seorang yang dedikasi terhadap kerja beliau. Dengan berbekalkan penginapan percuma 34 hari 6 malam di no.32, jalan SP 10/6, beliau sememangnya asyik dan tekun bekerja. Pagi-pagi datang kerja tak pernah lewat. Dah tu memang konpem xkan lewatla kalo dah mak aku kejut ko bangun pukul 6:30!!! Saravanan A/L muthumalai pon xkan lewat kalo mcm tuh!!

Huh.. mintak maaf. Ter-emo plak den. Sambung cerita. Berbekalkan sarapan telor arabia dari ibunda tersayang, tema sarapan adalah 'amek saja kalau mahu, jangan malu-malu kang ak lempang!', atok dan abang john kita ni akan bergegas menuju ke tempat kerja dengan perasaan riang gumbira bagaikan besok hari raya hindhu. Ketekunan beliau bekerja sememangnya membuatkan atuk kagum 2 saat, hari-hari pegang buku mentelaah di malam hari dan tidak sedikit pon tercabar dengan aksi-aksi pertempuran maya di kepulauan Quel Danas.

Hari demi hari, bulan berganti bulan, tuala bayi berganti tuala wanita, disebabkan oleh masalah2 tertentu, ditambah pula dengan kemenangan macha hitam Barack Obama sebagai presiden US, beliau akhirnya terpaksa berpindah ke TAR Villa wangsa maju meninggalkan No. 32, jalan SP 10/6. Penghijrahan abang john kita ni sememangnya memberi impak maksima terhadap keseluruhan hidop beliau. Disinilah bermulanya pertapaan beliau di Gua samchong pada setiap hari jumaat, dimana beliau akan menyembah dan berguru dengan guru snuker terkenal daerah puchong utama yaitu En, Aweed so sweeeeeettt. Yah! sgt hebat nama tuk guru beliau bukan? Pertapaan beliau bersama guru Aweed so sweeeettt sememangnya membawa kesan yang hebat terhadap skill2 penjolokan bola beliau. Semakin hari semakin sharp abang john kita ni mengukur dan menghentam masuk bola-bola keramat tersebut. Walaupun banyak kali beliau dihembur dengan kata-kata kesat oleh Guru Aweed so sweeeeet kerna beliau byk kali foul tanpa sebab, ditambah pulak kena maki kao kao (e.g "oih paria dublin!! jubho po wat masok bola putih?? buta warna?? masok bola merah la khaimak!!) dan macam-macam lagi ayat lahanat dilemparkan, beliau lek nothing saja dan tekun belajar dari sifu hebat lagi kachak itu.

Kegilaan abang john menjolok bola sememangnya telah mengganggu performance kerja beliau, dimana beliau selamba alam masok keje pukul 3:30 atau 4:00 dikala setiap hari jumaat. Ditambah pula dengan sokongan padu collegue2 beliau memberi semangat dan dorongan terhadap minat beliau terhadap skill penjolokan bola, abang john semakin leka dan hanyut tua ganyut di persada nova. Melihat beliau semakin sesat dan hilang arah ini, atuk telah memberikan beliau pelbagai nasihat berguna untuk memperbetolkan kehidupan beliau. Ayat nasihat seperti "Oih john, udah-udah la tu jolok bola merah. Meh start jolok bola belang plak la. ape nk jadi ko nih! tak pikir mak bapak kat umah?!!" telah atuk lontarkan kepada beliau tetapi abang john kita ni degil tak mau dengar nasihat. Nak haram ketegak liaq!!

Beliau yang dahulunya sangat dedikasi terhadap kerja akhirnya berubah menjadi tukang tidor professional di kediaman beliau yaitu TAR Villa. Waktu kerja beliau bukan lagi bermula pada pukol 9 pagi, tetapi sudah bertukar menjadi pukul 3 petang atau pukul berapa saja beliau nak datang. Ditambah pula dengan perkahwinan beliau dengan puteri Raja Zarul dari damansara, komitmen terhadap kerja semakin hari semakin kelam. Skang nih abang john mayeronis memang dah tak datang keje teros kut. Tar tar taraaabbaayeeekk!!!

Itulah dia kisah rakan kita En. John Mayeronis. Apa yang atuk bole harapkan beliau kembali dengar nasihat atuk supaya mulakanlah belajar menjolok bola belang. Sesungguh hidop akan lebih tenteram lagi damai dan kerendut telur pon boleh jadi licin dan gebu. Ko bayangkan kerendut telot ko smooth xdak bulu. Silap haribulan leh pajak masok iklan kulit baby, terpampang besar gambar kerendut ko kat federal highway. xke bangga?? Pape pon, disini marilah kita seluruh warga kabilah ingin berhibur mengucapkan tahniah kepada abang john kita diatas perkahwinan gilang gemilang beliau bersama puteri Raja Zarul. Diharap beliau berbahagia ke anak cucu.

P/s : Sesapa ada nombor telefon gadis2 comel dan suka jolok bola belang, sila bagitau atok. Leh atok ajar dia teknik2 menjolok dengan betol..

Wednesday, June 17, 2009

Nikmat Dunia

Salam and halu everybadi. nmpknyer blog semakin kusam dan masam akibat peninggalan bahan2 lama tanpa di periksa expiry date. namun, akan beta cuba mengilhamkan dan menanam benih2 ilmu dalam minda rakan2.

Seperti yg tertera tajuk di atas, 'Nikmat Dunia'. apakah sebenarnyer nikmat dunia?? ramai yg tidak tahu menahu tentang perkara di atas, namun masih juga ramai yg memajak perkataan tersebut tanpa meminta sebarang license angkara perbuatan pliagarism tersebut. Tp tidak lagi selepas ini, kerna segala apa yg anda ingin tahu tentang 'Nikmat Dunia' akan terburai sebentar saja lagi.

'Nikmat Dunia' dalam bahasa umumnya adalah kenikmatan yg dikecapi seseorg seketika dia masih dalam keadaan bernyawa dan berada di dunia yg nyata. Namun, dalam bahasa tidak langsung, 'Nikmat Dunia' adalah satu2nya nikmat yg paling hebat dirasai seseorg.

Memandangkan kita berada di zaman yg lebih moden dan mempunyai akal yg lebih kembang, 'Nikmat Dunia' juga mempunyai nilai2 dan erti kata sendiri dalam kamus 'Pajakan Alflabum'. erti 'Nikmat Dunia' dalam kamus tersebut adalah nikmat yg mungkin boleh dikecapi oleh seseorg ketika beliau berada dalam keadaan tenang tetapi ditemani oleh seseorg yg berada dalam keadaan terseksa akibat tidak mendapat Nikmat Dunia. mungkin ayat ini sgt lah berbelitnya dan terasa ingin menampar author post ini kerna fail dalam bahasa Malaysia. ini boleh diumpamakan spt contoh berikot;
(Situasi tiada kene mengena dengan yg idup atau pun yg mati)
Situasi 1:
Di dalam kereta di tengah2 highway, "A, benti kejap," kata encik P kepada A. "Nape P?", "Aku tak tahan da neh, ingin melakukan pelaburan sebanyak 3billion kepada amanah saham berhad neh," ujar P kepada A. "P, ko da nk terchirit tahap khaimak da kan?" ujar B kpd P. "a'a, asal?". "peh, alangkah indahnyer berada di tandas blok, dengan sebatang rokok, air paip, dan melabur tanpa perasaan ragu2, Nikmat Dunia sial. malangnyer, skang ada atas highway, xde jamban, tunggu ar 80km lagi."

Situasi 2:
G: Weh, korg lapar x?
B & P: Lapar ar sial, dah ar br bgn neh.
G: haha, sorry ar, aku bukan xnk ajak. tp korg tido nyenyak gile tadi. Peh, sepanjang idop aku, arineh lar ameeth masak toorbayek. White coffee ice, meggi goreng, rbtm. kenyang gile sial, sedap, lps tuh, isap rokok. fuuhh, nikmat dunia. rugi korg tdo.
B: Sorry G. ktorg org melayu, makan nasik.

Seperti contoh di atas, kita dapat lihat beberapa org dengan seronoknya memajak perkataan 'Nikmat Dunia' tersebut. Namun, penggunaan perkataan berikot masih belum ditelitikan lagi.
Sebenarnya, 'Nikmat Dunia' mempunyai beberapa peringkat yang dikategorikan mengikut tahap kenikmatan yg dikecapi. contohnya, ada nikmat dunia pertama, kedua, ketiga, kepatblas dan beberapa puluh lagi peringkat. Contohnya, Nikmat Dunia pertama dikategorikan sebagai nikmat yg paling dikehendaki akibat keadaan seseorg yg amat tertekan. spt contoh Situasi 1, kita dapat lihat dimana En. P berada dalam keadaan tertekan. mungkin jika diajukan soalan spt berikut kpd beliau, "P, ape nikmat dunia pertama?" mungkin diterima jawapan "Jamban yang ada rokok, tuala, air paip, air-cond, tv wide screen lcd 49", kipas, pewangi. takpon, longkang pon jadi.. cepat lah bwk kete sial". atau penampar cina mungkin di terima akibat bertanyakan soalan bodoh. Namun, dalam masa yg sama, mungkin juga A dan B mempunyai nikmat dunia yg lain contoh nya, "P, ko tau nikmat dunia yg first ape skang neh? A bwk kete laju2, langgar bonggol, jalan berayun, sambil minom air coke dan menghisap rokok. fuh. cube ko test P, konpem atas seat ko tabor. hahahah". keadaan tersebot dianggap lawak jenaka meminta tendangan hikmat halilintar dewa petir.

Oleh yg demikian, untuk menjaga kemandirian spisis masing2, pastikan pemajakan Nikmat Dunia ini tidak dipandang rengan oleh mana2 pehak. Sekian.

Sunday, June 7, 2009

Tangan Solar Paan

background: Dalam kereta pejol otw balek dari pulau kapas.

mood: bosan.

suasana: dendangan lagu flop poppy - masih.

Bon: Paan, cube ko rase telinge aku. Sejuk bak R3 Pejol neh.

Paan: A'ah la, sejuk gile sial. (sambil meletakkan telapak tangan di telinga Bon)

Bon: Peh, panas bak tangan ko Paan.

Pejol: Uish, aku nk gak Paan. Cmnie ar, pegang telinga Bon aje.

Paan: Haha, stended ah. Tangan aku mmg panas pun. Gadis pun ckp tangan aku panas......

(Paan terdiam, semua org pandang paan)

Dendangan lagu "Glory-glory..." kedengaran.

Paan, ingat sepanduk, batu, rim 17", ekzos kereta, R1 beterbangan.


(Haha)

Friday, May 29, 2009

Fakta - Fakta menarik lawatan ke Melaka Raya

1. 1%

Ya, 1 percent.
perkataan makan, tidur, rokok sebatang, lepak, minum dan kena saman sahaja yg didapati
berasas dan membawa makna dalam perbualan. Yang lain hanyalah bual-bual sampah. Buktinya?
sepanjang perjalanan tersebut, kadang-kala kami berbual tentang hal kisah tok aweed,
dan hal tok aweed kadang kala adalah sampah.

maaf atas kesalahan ayat post diatas. Bukan kadang kala, tapi selalunya hal tok aweed adalah sampah.
Harap maaf sekali lagi.


2. Malek Noor dan kisah cinta

Perasankah anda pada satu ketika dahulu, Malek Noor pernah berlakon dalam sebuah filem romantis dan aksi. Dalam filem tersebut malek noor cuba utk berlagak romantis dan malangnya, tidak menjadi. Anda sendiri boleh bygkan sekiranya ada mamat tough yg tiba-tiba menjadi romantis, mestilah geli bukan? sejak itu saya berikrar tidak akan melihat atau menyaksikan perbuatan sebegini lagi, sebab ianya boleh menyebabkan kerosakan minda. Namun begitu ikrar itu berkecai begitu sahaja, apabila tidur yg enak di waktu pagi dikejutkan oleh suara seseorang bergayut dengan manjanya.
oh...

3. Keras di luar, Lembut di dalam.

Begitulah keperibadian Tok Aweed. Di luar mungkin perwatakannya ganas, selalu mencerca dan mengeji serta bersikap ganjil ketika makan. Tetapi setelah dihalusi oleh kaedah tertentu, didapati peribadi didalamnya terlalu lembut, seperti kerandut telur. Dia juga mempunyai perasaan kasih dan sayang, ingin bebas , suka berkarya, berimaginasi tggi dan memerlukan kasih sayang. Kadang-kadang sahaja terzahir kelembutan hati Tok aweed ini. Sesiapa yg bertuah sahaja mampu melihatnya.

4. Bertolak dahulu , plan kemudian.

Itulah sinopsis lawatan ke Melaka, overall.

5. Keunikan Pasukan ingin berhibur

kanak-kanak bawah 12 - percuma
remaja sekolah - RM 2
dewasa - RM 5
dewasa (ahli ingin berhibur) = Rm 18

hal ini terjadi setelah pelbagai kerosakan yg berlaku dalam muzium. Uniknya menjadi ahli ingin berhibur adalah harga tiket dinaikkan, berbeza dgn menjadi ahli persatuan lain yg benefitnya mengurangkan harga tiket.Jarang ada persatuan seperti ini.

6. Sikap Malas membantu ekonomi.

Kemalasan adalah tunjang kepada pemangkin ekonomi negara. Kemalasan juga membolehkan seseorg itu menyara keluarga dan membiayai yurang pengajian.
Buktinya? Pada satu ketika, di kota a famosa, ahli-ahli pasukan berasa sangat malas untuk berjalan dan begerak dan berhasrat supaya pemandu dihantar ke kenderaan yg diparking jauh
menaiki beca, dan kembali ke lokasi tadi untuk mengutip ahli pasukan yg ditinggalkan. Kemalasan ini hampir membolehkan si pembawa beca mendapat keuntungan dan hasil titik peluh untuk menyara keluarga.
So selepas ini, jika ada org mengutuk dan mencerca anda malas, ketahuilah bahawa anda salah seorg penjana ekonomi negara,

7. Perbuatan pajak adalah universal

Ini dapat dilihat ketika lawatan ke model istana melaka. Ketika habis lawatan, abg penjaga disitu telah ditanya oleh Teloq tentang Tuah bersaudara, yg kewujudan merekabyk dipersoalkan. Ketika berdiskusi, abg itu berkata mmglah wujud dan etc2, tiba2 wujud pula diskusi oleh abg tersebut tentang org melayu dulu-dulu semuanya besar-besar belaka, spt yg cuba dibuktikan dgn kesan yg dipercayai tapak kaki Tuah di periginya. Disini timbul kekeliruan, jika org dulu semuanya besar-besar belaka, mestilah keris mereka pun besar juga. ini tak. kalau keris sebesar itu dan manusia sebesar yg dikatakan, adakah pahlawan dahulu membawa pisau lipat ke medan perang? Bayangkan situasi ini ketika org dahulu sedang lepak membuang kulit limau menggunakan "pisau lipat" itu , tiba-tiba org ajak berperang, "eh jom g perang" , maka terus tanpa segan silu menggunakan keris yg sebesar pisau lipat yg digunakan untuk membelah buah td untuk berperang? Oh dgn menaiki apa? kuda? kuda pon besarkah dahulu? oh buah limau tadi adakah sebesar kacang sahaja untuk org dahulu? atau sebesar buah kelapa?

Namun begitu kita tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini. Hal ini kerana perbuatan pajak ini sudah wujud ketika pembukaan kota melaka lagi.Ingatkah dialog Parameswara ketika sedang asyik melihat anjing peliaraanya ditendang oleh seekor Rusa (rasanya rusa) ?

"Oh sungguh gagah sekali haiwan disini, Beta amat teruja melihat kejadian tadi. Beta rasa amat sesuai kita berkerajaan disini.."

.......

"Memanda menteri, pokok apakah yg kita sedang berteduh ini??"

Ok situasi sekarang adalah sgt genting untuk masa depan memanda menteri. Sudahlah baru sampai ke tempat tersebut, hutan tebal pula, penat, tak sempat berehat dan tak kenal tumbuhan pula. Takkanlah dia nak menjatuhkan air muka dia di depan hulubalang dan orang ramai ketika itu? Jatuhlah kredibilinya nanti, dan berkemungkinan besar akan dipandang hina oleh rajanya sendiri. Mata-mata pula sekarang sudah merenungnya dengan muka serius memerlukan jawapan, Raja sudah penat menunggu..
oleh itu kesimpulannya?

"Oh ini pokok Melaka tuanku...."

Anak haram punya memanda menteri. Dipajaknya nama melaka. Bagilah nama sedap sikit.

Wednesday, May 27, 2009

Chapter 4.512 [Dataran Bersejarah Edisi Imbas Kembali] Melaka Raya

Sebaik sahaja membayar Tol sebanyak rm14.60 di Ayer Keroh, WPP dan 360 meluncur laju menyusuri jalan-jalan penuh berliku, selok belok, duri dalam lipatan, lincah dan bergaya bertema kan persekitaran Bandaraya Bersejarah Melaka. Segelinap gadis-gadis ayu berpelesaran di kaki-kaki jalan di tenung penuh nafsu oleh semua ahlul pasukan yang  rata-rata nya terkenal dengan kegersangan dan kegagalan dalam mengawal nafsu syahwat, terutamanya pemandu 360 yang begitu licik, comel dan berhemah dalam menyusun ayat-ayat penarik gadis-gadis ayu laksana lori ayam. Berbekalkan muka yang comel, nafsu yang membuak-buak, gadis-gadis dilontarkan dengan pepatah-pepatah melayu yang cukup indah bahasa nya seperti "Feewwiiitt!!Lai." dengan membuka pintu kereta tanpa rasa segan silu di tengah-tengah kota. Namun, tiada satu pun yang sangkut.

WPP di beri kan kepercayaan untuk mengetuai rombongan meronda sekitar Melaka. Destinasi pertama di dalam kotak fikiran adalah Zoo Melaka dan Taman Buaya kerna keadaan geografi nya yang berdekatan dengan tol ayer keroh memudahkan perjalanan. Akan tetapi kerna sikap bongkak dan takbur WPP meluncur laju sehingga terlepas pintu utama Zoo Melaka. Dengan sekelip mata kedua alat pengangkutan diberhenti kan di sebelah menara jam yang berada di Dataran Bersejarah.
Figurina Une:Ahli pasukan sgt gembira sebaik sahaja tiba di Dataran Bersejarah.

Figurina Mune:Dengan megah lagu pasukan dinyanyikan berlatar kan bendera Melaka.

Figurina Nale:Pertandingan Lumba Lari diadakan sebaik sahaja semua ahli tiba di lokasi.
Figurina Anji:Masing-masing bajet macho.

Figurina Yele:Memanjat adalah tema lawatan kami kali ini.

Setelah penat melaksanakan tugas-tugas sebagai kanak-kanak riang yang terencat setelah diabaikan oleh ibu-bapa, perjalanan diteruskan ke target seterusnya yakni Zoo Melaka. Zoo tersebut terletaknya kira-kira 200m dari Dataran Bersejarah. Perjalanan yang dilalui sangat memenatkan. Namun, yang tinggal hanyalah sekadar harapan tinggi melangit setelah seorng ahli terlintas sebuah papan tanda yang menyatakan WAKTU MELAWAT 9.00AM-6.00PM.
 
Figurina Yete: Muka i**hu jelas terpampang di wajah ahlul.
Figurina Pate:Muka pasrah ahli kerna tidak berjaya ke Zoo yang sudah tutup.

[Bersambung]

Tuesday, May 26, 2009

Chapter 3.020 [MALAM YANG BERPUAKA NIYANG RAPIK]



Setelah hampir 1 jam kami berbincang dan melontarkan bertan tan buah fikiran dengan Mufti Besar Melaka melalui public phone [pokai beb 5kg duet syiling tabungan dari darjah 2 sampai intern nih] akhirnya kata sepakat telah tercapai iaitu kami bersetuju untuk menyelusup masuk ke tanah tinggalan perang beratus ratusan mungkin juga ribuan tahun dahulu. Bukan sekali perang je tapi mengikut buku Biarlah Rahsia hasil nota kaki Siti Nurhaliza, terdapat lebih 18 kali 2 perang yang telah berlaku di kawasan HITAM dan KERAS ini.

Menurut seorang penduduk kampung yang bernama Pak Among [bukan nama sebenar] terdapat lebih dari 684 456 nyawa telah terkorban dan roh mereka masih merayau-rayau mencari sesuap nasi dikawasan ini. Beliau juga turut menyatakan inilah kubu hantu paling gila kuasa di Semenanjung Malaysia.
Pada tahun 1984 Di bawah akta kawasan keras dan hasutan kaum (b) hasil dari perbincangan Imam-Imam Masjid Tanah Melaka telah mewartakan tidak dibenarkan bagi sesiapa yang umurnya melebihi 18 tahun untuk menjejakkan kaki ke kawasan ini selepas jam 8.02 malam.

Ini bermakna kawasan ini telah menjadi kawasan larangan dari pukul 8.02 malam sehingga ke pukul 9 pagi pada keesokan harinya sejak dari tahun 1984 lagi!!.
Telah banyak gangguan2 yang telah berlaku di kawasan ini baik dari segi mental fizikal malah seksual turut terjadi. Menurut Pak Among [bukan nama sebenar] gangguan seksual amat mengira rupa paras hanya yang ensem dan cantik sahaja yang menjadi mangsa. Sungguh tidak adil….

Kami berlapan menjadi seram tak tentu hala sehinggakan anggota badan kami yang sentiasa tergangtung itu hilang dari tempat asalnya apabila mendengar kabaran itu. Tambahan pula beliau juga menyatakan yang kami ini hensem dan mungkin menjadi sasaran utama hantu2 di kawasan ini.

Tapi keputusan kami tegas mantap amanah fatonah dan zuhud untuk menguji keimanan kami di kawasan KERASS dan berpenunggu ini. Kami melangkah masuk dengan rasa gentar sambil membawa bekal iman yang tinggi dan ini menbuatkan semangat juang kami menghunus tajam tinggi ke kayangan.

Di bawah ini kami sertakan foto2 hantu yang sempat kami rakamkan.
Penonton yang mempunyai penyakit sawan babi , kencing berlari-lari , kusta , penempelan cagu di kaki kiri awek sendiri, dan kudis buta bakal mak mentua adalah dilarang dengan TEGAS. Kami ulang sekali lagi, DILARANG DENGAN TEGAS untuk melihat foto2 ini kerana mungkin akan menyebabkan serangan jantung di bahagian otak kiri dan akhirnya mati tak berkubur.
Kesian…..

**Melihat foto dengan risiko anda sendiri**

PINTU KE ALAM PUAKA

HANTU ANAI-ANAI





BOMOHSANTEKK

KUBUR BELANDA



AWWW SELAMBER JER









KAWAD CAM HANTU

APEFAKK

SEBATT MEREKA!!!!

HANTU TABIKK



HANTU GAYUTT